Ahad, 24 Mei 2015

Parti Pas Semakin Mengarut? - Mat Taib


Nampaknya perkembangan terbaru dalam PAS semakin menarik. Hari demi hari ramai golongan profesional semakin meninggalkan PAS.

Terbaru Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor, menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tak pedulikan lagi bukan Islam di negara ini.

Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya semalam, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kta Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Dah cabut awal

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar (gambar, kiri) meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor.

Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.

Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana.

Tiada ulasan: