Ahad, 24 Mei 2015

Operasi Jalan Genting Cegah Kemalangan Maut #SPAD


Sempena cuti sekolah ini, masih ingatkah kita kepada tragedi bas Genting Highland yang kemalangan dan membabitkan ramai nyawa. Bukan sekali ianya berlaku, malah sering kali kita mendengar kejadian berkenaan, lebih-lebih lagi bila cuti sekolah.

Disebabkan tidak mahu perkara sama berulang kembali. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Polis dan Puspakom, melakukan operasi yang mengambil masa selama 2 hari keatas pengangkutan awam berkenaan. Terdapat banyak juga kesalahan, namun ia membabitkan kesalahan permit luput dan dokumentasi.

Tentang kesalahan membabitkan kondisi serta fizikal badan bas pula, ianya hampir sempurna dan tidak banyak cacat cela. Pemeriksaan terhadap tayar dan brek kenderaan bas tampak, ramai yang mengikut syarat dan keperluan setanding kemampuan bas tersebut.

Dalam operasi khas di jalan ke Genting tersebut, SPAD dan pihak penguatkuasa tidak hanya menjadikan bas turun naik Genting sebagai sasaran, kenderaan lain seperti lori juga telah ditahan oleh penguasa SPAD dan Polis Trafik. Malah mendapati mereka lebih banyak kesalahan berbanding bas.


Antara kesalahan lori yang sering dilakukan ialah, lampu belakang yang tidak berfungsi, cermin retak, tayar tiada bunga dan ada juga lori yang tayarnya sudah berlubang dan ini membahayakan kenderaan tersebut serta pemandu lain dijalan raya.

Dalam operasi bersepadu diantara 3 agensi itu, 759 saman telah dikeluarkan kepada bas, lori dan lain lain kenderaan.

Dalam operasi tersebut juga, pihak penguatkuasa telah menahan 11 orang kerana positif syabu dan ganja.

Ternyata, operasi bersepadu seperti ini harus diteruskan bagi membendung kejadian dan kemalangan yang tidak di ingini berlaku akibat kerosakan kenderaan, salahlaku penguna dan juga kecuaian dari pemandu akibat dadah.

Tiada ulasan: