Khamis, 3 Mac 2011
PANAS!! AGAMA BARU WUJUD DI MALAYSIA!! MENGANUT AGAMA PAS!!
Selepas masuk Pas, Bob Lokman berjinak-jinak pulak dengan blog. Mc tak pernah pun masuk baca blog Bob, tapi Mc ucapkan selamat berblog.
Bila Bob Lokman masuk (menyertai) Pas, Mc antara blogger yang mengkritik Bob Lokman. Kritik bukannya apa, sebab cara Bob Lokman masuk Pas tu, macam dah tukar agama baru. Siap nangis, kata dah insaf la, masuk Pas ni jalan ke syurga Allah la dan macam-macam lagi.
Kita yang tengok ni pun jadi pelik. Apakah selama ini Bob Lokman tak pernah sembahyang? Apakah Islam Pas lebih bagus daripada orang Islam yang lain? Tahukah Bob Lokman, bahawa ramai pemimpin Pas nak lompat parti tapi tergendala disebabkan 'baiah' talak menyebabkan 'telur' mereka di pegang.
Baca tulisan baru Bob Lokman di blognya, baca yang ditanda merah.
Gambar-gambar ini Mc ambil di blog GMW. Terkejut juga Mc dengan tulisan si Bob Lokman ni. MENGANUT PAS! Memang benar bagai di kata, Bob Lokman menganggap Pas ni sebagai agama yang baru. Kiranya siapa yang masuk Pas ni, kiranya Islam peringkat tertinggi la ye? Aduhhaii.. berapa ramai lagi orang yang jadi bodoh disebabkan percaya perkara macam ni?
Islam tu Agama, berapa kali tah nak terangkan. Pas tu parti, UMNO tu parti. Dap ke, MCA ke, tu pun parti jugak. Ahli Pas yang bukan Islam, tu nak dianggap apa? Takkan Islam jugak kot? Dulu memang Pas benar-benar nampak perjuangkan Islam. Tapi sejak akhir-akhir ini, makin jelas Pas sebenarnya hanya memperalatkan Islam demi menang dalam Pilihanraya.
Ramai yang terpedaya dengan tipu helah Pas yang melaungkan Pas parti Islam. Kalau benar parti Islam, kenapa Pas ada ramai ahli yang bukan Islam? Cuba jawab!
Pada penganut Agama Pas, harap korang semua baliklah kepangkal jalan. Ingatlah dalam kubor nanti bila disoal, Apa agama kamu, takkan nak jawab Islam Pas agamaku kot? Sure kena balun punya..
Fikirla elok-elok wahai Bob Lokman dan rakan-rakannya yang sudah terpesong..
P/s: Sudah la idola Bob Lokman ialah Nik Aziz dan bukan Rasullulah SAW, nampak sangat terpesong..
Mctheory:
Perkara-perkara pelik pada akhir zaman!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Masya-Allah....Astaqfirullah hal 'azim....lahaulawalqhuwataIllahil'azim....apakah betoi cakap macam tu....maknya sebelum ini bukan bukan Islam, free thinker, athies, buddha, kristian...nauzubillah....awad jadi macam tu...habis nikah dia dengan bni dia dan anak-anak dia macam mana...zinalah tu...anak tak sah taraf.....Allah hu Akhbar....patutlah ramai sangat golongan seangkatan dengan Bob tu jadi macam-macam feil..patutlah nama pun BOB...la ni dalm masuk agama PAS takkan tak ada nama baru kot.....biaq betoi BOB.....jangan main bab aqidah..pasal panadol pun ada umat yang masuk neraka,,,,murtad....
Setuju 100%. Seolah-olah masuk PAS maka akan Islamlah kita yang sebelum ini bukan Islam? Ya Allah jauhkan aku daripada terpesongnya akidah aku yang menggangap PAS itu Islam.
Buat Bob, Islam yang dibawa oleh junjungan kita Muhammad SAW sudah cukup sempurna melalui Al Quran dan Hadisnya. Tak perlu adanya PAS untuk membetulkan Islam kita.
Habis tu datuk nenek kita yang dulu masuk Islam sebelum wujudnya PAS macam mana? Imam-imam besar sebelum adanya PAS macam mana? Adakah mereka tidak Islam?
Tindakan kita jangan menyerlahkan kejahilan kita terhadap Islam. bak kata penulis Islam ada Agama, PAS adalah parti duniawi yang belum menjaminkan Syurga.
PILIH ISLAM ANDA SELAMAT PILIH PAS ANDA SESAT!!!
Bob bukan nama Islam.
betul...betul.
Kalau nak nama betul betul Islam,aku cadangkan SAIDINA LOKMAN
Dalam opis aku kalau pasal Islam hanya geng budu yang layak bercakap.Orang lain semua tak layak,bila dia buka mulut, kito ni jadi macam tak pernah kenal Islam.Mereka lebih isle dari Islam.Semua perkara bagi mereka dari segala segi adalah tidak isle.Apa yang menariknya ialah mereka ini pendidikannya rendah,tidak suka membaca,tidak juga suka mendengar perkara yang membina minda,tidak berkawan dengan golongan cendikiawan seperti profesor dan sebagainya,akan tetapi banyak pula ilmu dia.Macamana sampai boleh jadi ilmuan?Mungkin inilah kehebatannya penganut isle yang sudah dijanjikan surga.Tak heranlah kalau ramai yang berpusu-pusu nak join mereka kerana tawarannya terlalu hebat.Harap-harap PRU 13 mereka berjaya perintah Malaysia.
jgn risau..tak lama si bob ni berperasaan gitu..lama-lama boringlah dia..tak mustahil lepas tu sewel jadinya...
rasanya itu bahasa puitis..cuba pahamkan betul2..payah gak bila semua anda nak politik kan..bersyukur la dia dah kembali ke fitrah..tapi andaaa???
Catat Ulasan