Jumaat, 1 Januari 2010

PANAS: Kenapa Kita Perlu Mempertahankan Nama 'ALLAH' Dari dipergunakan Oleh Kristian dan Agama Lain? (Umat Islam Wajib Baca!!) siri 2


Kali ini satu lagi cara penyesatan umat Islam yang sudah dirancang sekian lama oleh pihak Kristian. Sebuah cabang agama Kristian yang amalan ibadahnya direka hampir sama dengan cara bersolat umat Islam.

Umat Islam sudah tentu dapat membezakan solat amalannya kerana ia amat berbeza dengan solat dalam Islam tapi apa yang dirisaukan mengenai orang yang baru nak mengenal Islam, anak-anak kecil atau remaja yang belum kukuh keIslamannya, pasti akan menjadi keliru. Dipercayai tujuan direka agama baru itu bukan untuk orang-orang Islam yang sedia ada tapi untuk orang Islam yang akan datang, termasuk generasi muda kita.

Mazhab baru kristian ini memakai kopiah, mendirikan saf dan dipimpin oleh iman untuk bersolat. Cara amalannya seperti bersolat, berdiri, rukuk dan sujud cuma solatnya diiringi dengan muzik. Mazhab baru kristian ini dinamakan Kanisah Ortodok Syria. Untuk mengelirukan lagi cara mereka bersolat juga dengan mengunakan bahasa arab dan bertakbir menggunakan perkataan Allah.

Jika umat Islam solat lima waktu sehari, penganut Kanisah ortodok Syria ini bersolat sebanyak tujuh kali sehari dan setiap solatnya hanya dua rakaat sahaja. Waktu solat mereka ialah subuh yang mereka panggil sa'atul awwal, sa'atul tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (asar), sa'atul ghurub(maghrib), sa'atun (isya') dan sa'atul layl (tengah malam).

Mereka juga berpuasa selama 40hari dalam setahun dan amalan puasa mereka dikenali sebagai Shaumil Kabir, mereka berpuasa didalam bulan April. Sementara pula umat Islam berpuasa selama 30hari di bulan ramadhan (shaumu ramadhan). Mazhab ini juga mempunyai puasa sunnah, di hari Rabu dan Jumaat semata-mata untuk mengenangkan kesengsaraan kristus. Manakala kita umat Islam berpuasa sunnah pada hari Isnin dan Khamis. Jika umat Islam mempunyai zakat, begitu juga dengan mazhab kristian ini, zakat mereka satu persepuluh dari pendapatan.

Sebagai umat Islam seharusnya kita diminta berhati-hati dengan ajaran ini, kerana ia memang bertujuan untuk mengelirukan orang terhadap ajaran Islam. Mungkin kita dapat membezakannya, tapi bagaimana dengan generasi yang akan datang? mereka ini juga menggunakan perkataan Allah dalam amalan mereka, jika seseorang itu buta agama, pasti akan terjebak masuk perangkap ini.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, mazhab ini sudah bertapak di Indonesia dan hanya tunggu masa untuk masuk ke Malaysia. Setelah Mahkamah Tinggi membenarkannya penggunaan perkataan Allah semalam, pasti berduyun-duyun penganut mazhab ini masuk ke Malaysia untuk cuba mengKRISTIANkan umat Melayu Islam di Malaysia. Nauzubillah..

MctHeory: Adakah ini yang Khalid Samad, pemimpin Pas dan Pkr nak? Hancurkan masyarakat Islam Malaysia demi kepentingan politik, poket dan kuasa? MasyAllah.. bertaubatlah

2 ulasan:

matadua berkata...

ini lah manusia yang rasa dirinya pandai.. pemimpin semua kaum. rasa dirinya liberal. sampai semua perkara nak digadai. mana ulama PAS. Dato Taib Azzaamudin, apa komen ada..

Tanpa Nama berkata...

diorg sibuk dengan gula la bro. . 20sen gula diorg bising. pasal nama Allah diorg wat dunno je.