Khamis, 28 Januari 2010

UMNO ANTI KRISTIAN? - ANWAR IBRAHIM!



Mc tertarik dengan berita dari Utusan mengenai Brader Anwar yang kini dalam perancangan nak hentam UMNO yang dikatakanya anti-kristian.

Punyala nak pancing undi, sampai sanggup nak tuduh UMNO yang bukan-bukan. Brader Anwar ni bukan apa. Pilihanraya Sabah/Sarawak dah dekat. Dekat sana pula ramai penganut agama Kristian, sebab tu dia nak buat cerita macam ni.

Cuba baca berita dari Utusan ni.

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini didakwa dalam perancangan untuk melabelkan UMNO sebagai sebuah parti yang anti-Kristian dengan menjadikan isu penggunaan kalimah Allah sebagai mainan politik terbaru beliau.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli hari ini berkata, ini kerana, sekiranya terdapat isu yang melibatkan kaum bukan Islam, Anwar ialah orang pertama yang didakwa akan mempolitikkan isu tersebut dengan tujuan mendapat mendapatkan sokongan kaum bukan Islam terutamanya rakyat di Sabah dan Sarawak.

Semalam, Anwar terus mempertahankan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam seperti yang ditulisnya sendiri dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal bertajuk Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah
. - petikan Utusan Malaysia

Mc rasa Brader Anwar fikir rakyat Malaysia bodoh sangat ke? Ingat orang boleh percaya dengan cakap dia tu. Brader Anwar cuma cakap je lebih, buktinya takde, yang dia tahu main tuduh UMNO suka hati je.

Kalau betul UMNO anti-kristian, dah lama orang kristian di Malaysia menderita. UMNO kan teras kerajaan Malaysia. Ada dengar ke UMNO tak bagi tanah buat gereja? Ada dengar UMNO halang orang kristian pergi gereja setiap hari Ahad? Mana ada!.

Sudah 52 tahun Malaysia merdeka. Negara kita bebas beragama, cuma Malaysia mengutamakan agama Islam dan bangsa Melayu, sambil tidak mengabaikan agama dan bangsa lain. Itu saja, jangan dok main pusing-pusing Brader, nanti lu kena pusing balik.

kes-kes bakar gereja, bakar surau dan baling masjid dengan kepala babi ni kerja orang jahat. Kerja orang nak merosak negara. Orang yang propa dan provo je yang kerja bodoh macam ni. Ini bukan kerja UMNO!

Mc pernah ceritakan Brader Anwar punya nak bodek orang Kristian sampai sanggup pergi majlis atas jemputan seorang paderi besar, nak tau baca di sini.

Mc harap, takde orang yang percaya cakap sesumpah sekor ni, yang tak sudah-sudah nak mainkan isu sentimen. Saja nak panaskan keadaan.

MctHeory: Ingatlah Anwar dan Pakatan Haram Rakyat akan buat apa saja untuk mendapat undi, demi misinya ke Putrajaya. Perlu ingat, APA SAJA!

3 ulasan:

tebing tinggi berkata...

kalau yang mendengar tu sambil tutup mata mungkin percaya kot.
tetapi kalau bukak mata mungkin tidak.

YANG GAMBI berkata...

Salam MCt, Anwar dan Niky Aziz ni sama je...... kerjanya nak burukkan UMNO..... betul komen Tebing Tinggi... yang buta sahaja percaya cakap munafik ini....

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DR AWAL LG WA DH CKP MMG SI JUBOR BESO NI NK PECAH2KAN HATI ORG KRISTIAN DGN JADIKAN UMNO SBG KAMBING HITAM!. SKRG PIHAK MANE YG TIMBULKAN ISU KLU BKN DIA SENDIRI..HARKK PTUIHHH!!!..BANGSARTTT!!!