Rabu, 10 Februari 2010
KISAH PEGUAM-PEGUAM ANWAR DI MAHKAMAH!
Mc selalu mengikuti kes liwat Anwar ni. Kita pun tahu bahawa Anwar sudah mengupah peguam bela yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang diupah ni memang pakar pusing yang handal dan peguam yang sangatlah mahal upahnya, tapi apakah kita tahu gelagat mereka semasa mengendalikan kes Anwar ini?
Kita juga tahu bahawa kes Liwat Anwar ni banyak tangguh dari bicara. Semua ini akan membuatkan orang bosan untuk mengikutinya. Peguam Anwar pula, mencari alasan nak tangguhkan mahkamah. Pelbagai alasan diberi, awal-awal bicara, Karpal dah beri alasan kata Utusan mengulas kes ini secara berat sebelah dan tidak adil. Semalam, dengar kata Anwar nak tukar hakim pulak sebab Hakim ni berat sebelah.
Aduh.. bermacam-macam alasan yang dia beri sebab nak tangguh kes. Mungkinkah mereka ini diupah oleh Anwar menjadi peguam hanya untuk menangguhkan kes liwatnya? Apakah mereka ini tidak bersedia nak berhadapan dengan Saiful? Cuba baca petikan yang Mc ambil ni.
Wartawan di galeri awam ramai yang bercakap mengenai 'kebosanan' mereka menunggu kes yang tak pernah jadi. Sekejap adu pasal wartawan. Hari ini komplen pasal SB (special branch) yang ramai dalam mahkamah. Karpal ini dah tak ada kerja lain agaknya. Carilah modal yang bermaruah sedikit. Ini soal wartawan dan SB. Kes liwat, soal air mani, soal lain dia tak nak pula ambil peluang nak lanyak si Saiful ni. Kata hebat lah sangat.
Tiba-tiba, salah seorang macai Karpal panggil Anwar keluar. 'Karpal nak jumpa'. Lama juga. Ada sepuluh minit. Daripada riak muka Anwar bila masuk semula ke mahkamah, macam tak sedap hati. Sekejap lepas tu, Karpal 'disorong' masuk ke mahkamah. Hari ini, Karpal tidak ada mood nak berbual dengan Dato' Yusof. Dia malas nak layan. Dia hanya geleng kepala bila ditanya oleh DY. DY pun beransur pergi. Kita nak ucapkan tahniah kepada team pendakwaraya yang cekap dan hebat dalam mengemukakan hujahan balas. Kalau semalam Karpal hanya bercakap di dalam mahkamah; pagi tadi - pendakwaraya dah siap dengan afidavit. Hebat. Cekap
Nak sambung boleh baca dekat AIDC oleh Gelagat Anwar
MctHeory:
Nama kata peguam pro..tapi nampak macam kelam kabut semacam ja apahal?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Ini lah yang di katakan kita tiba pada tahap penilaian tepu. Dimana kita tidak dapat membezakan orang pandai dengan orang bodoh.
1+1=2. Kalau soalan ini di beri pada budak Tadika dan seorang professor yang terbilang dalam matematik. Jawapannya sama. Sama sama mencapai hasil yang gemilang. Tidak dapat kita membezakan kedua duanya.
Begitu juga dalam kes Anwar. Jawapannya jelas tiada keraguan. Peguam kelas kambing atau Kelas tinggi sama sama saja menuju jalan buntu.
Sekarang ini peguam peguam bijak laksana itu kena cari jalan supaya 1+1=2 oleh Saiful menjadi 1+1=3 dan boleh pula di terima alasan itu oleh mahkamah yang mulia.
Kerja gila la jadinya. Tapi nasihat saya pada peguam peguam itu ialah pastikan kamu di bayar dengan baik selama penangguhan ini. Dapat duit bla! cabut! Yang sakit bukan kalangan kamu semua. Si mangkuk tu la...
Akhirnya Anwar tinggal seorang diri. Ini lah perkara yang Anwar tidak faham. Apa kita buat, bagaimana sibuk kita, sebesar mana pun kita sebenarnya kita adalah bersaorangan. Itu lah kata orang tua tua. Mati pun seorang.
Takkan lah Anwar yang kena hukum dengan keluarga nya sekali masuk jel. Begitu juga orang lain... mereka ada keluarga dan tanggungjawab. Takkan la mereka sanggup merengkuk dalam penjara kerana perjuangan peribadi orang lain. Walau pun masuk jel sama sama tapi sel lain lain.
Selama ini hidupnya dalam erti kata sebenar sedalam dalam hatinya tersembunyi satu perasaan tidak mempercayai orang sekeliling. Jangan lah di harap orang lain dengan jujurnya mau berkorban untuk dia.
Heran, dia tiada kerja tetap. Berjalan merata. Ada pula wang kalau 100 kali pilihanraya kecil. Boleh bayar barisan peguam sebegitu ramai. Ada siapa yang boleh siasat mana datang punca kewangan En. Anwar kita?
Hantar lah 100 peguam. Bayar lah selagi boleh. Sukar untuk membuktikan yang Ayam didalam mahkamah itu adalah itik. Ha ha ha ha ha
hahn. .
Peguam anwar memang handal, tapi selama mana nak boleh tipu ye tak?
anwar kan dapat pertolongan kewangan dari yahudi dan usa.
Catat Ulasan