Rabu, 10 Februari 2010

SAIFUL TERIMA UGUTAN BUNUH!



Sambil kita mengikuti kes liwat Anwar ni, Mc ada terbaca mengenai Saiful kena ugut bunuh dan Saiful sudah pun membuat laporan polis mengenai perkara ini.

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis hari ini selepas menerima satu e-mel yang mengancam nyawanya dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentul pada pukul 12.25 tengah hari dengan diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idrus.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Saiful berkata tujuan utamanya ialah bagi melindungi dirinya dari sebarang keburukan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau menerima ancaman "bunuh".

"Saya mendapat ancaman bunuh tersebut dan ia adalah sangat serius. Saya membuat laporan ini untuk keselamatan saya," katanya.

Mohd Saiful berkata beliau menerima e-mel itu pukul 11 pagi semasa melayari internet melalui komputer ribanya semasa berada di mahkamah dari seorang yang tidak dikenali yang berbunyi "Kepada rakan-rakan sekalian...sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan di mana2 saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat...".

Selain itu, Mohd Saiful berkata sejak dua hari lepas, seseorang telah meletakkan buah-buahan di luar rumah keluarganya d Bandar Utama, Damansara dan beliau percaya ia adalah satu bentuk amalan ilmu hitam.

Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim berkata beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari sejak tiga hari lepas bermula 29 Jan.

"Kebanyakan SMS itu bersifat provokasi dan menakut-nakutkan," katanya kepada pemberita.
- BERNAMA

Mc juga membaca dalam AIDC News, nama 'Anaz Zahari' dipercayai seorang lelaki telah mendaftar diri di laman sosial facebook dan menulis kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Tidakkan ini satu bentuk ugutan yang serius dan mintak pihak polis mengambil tindakan dengan segera.

MctHeory:
Apakah ini tindakan terdesak dari Anwar atau pun penyokong Anwar? Dah takut ke kebenaran akan dibongkarkan?

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Mc, hamPAS yang buat ancaman ini perlu diberi hukuman setimpal....