Jumaat, 26 Februari 2010

SIAPA KIT SIANG UNTUK PERTIKAIKAN UNDANG-UNDANG ISLAM?


Baru Mc tahu, rupanya Kalifah Guan Eng mengikut jejak langkah Ustaz Kit Siang dalam mempersendakan agama Islam dan mempertikaikan segala undang-undang Islam yang cuba dilakukan oleh majlis agama Islam. Memangla bapak borek, anak rintik. Baru-baru ni kenyataan Kit Siang yang dibuat melalui portal propembangkang The Malaysian Insider bahawa hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini kerana kesalahan seks haram mendatangkan publisiti buruk kepada negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik.

Mengulas kenyataannya, Presiden Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pemimpin pembangkang berkenaan bukan setakat membuat kenyataan itu tetapi apa sahaja berkaitan undang-undang Islam yang dilaksanakan di negara ini akan ditolak.

Nakhaie mendakwa, tindakan itu seolah-olah menggambarkan Kit Siang mempunyai agenda supaya Perlembagaan negara dipinda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular.

"Kit Siang sepatutnya melihat hukuman sebat itu sebagai sesuatu yang boleh menginsafkan dan bukan untuk menyeksa dan memberi azab kepada pesalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Tegas Nakhaie lagi, hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah bukan bertujuan untuk menyeksa, sebaliknya mengajar pesalah supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermaruah dalam Islam.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu Kit Siang tidak mencampuri hal ehwal undang-undang Islam sekiranya tidak arif mengenainya.

''Jika tidak faham hukum syarak dan undang-undang Islam, lebih baik dia diam.

''Dia sepatutnya hanya memberi perhatian terhadap undang-undang sivil. Lagi pun hukuman sebat tidak meliputi orang bukan Islam,'' katanya.

Menurut beliau, sebagai pemimpin parti politik, Kit Siang tidak sewajarnya membuat kenyataan mengikut nafsu untuk tujuan mencari populariti.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan Kit Siang itu telah mencemar nama baik Islam di negara ini.

Jelasnya, hukuman sebat dilaksanakan bagi menjaga disiplin dan maruah umat Islam berikutan meningkatnya jumlah kes buang bayi serta perlakuan seks haram di kalangan golongan muda.

Menurut Amir, hukuman sebat itu membawa kebaikan kepada umat Islam dari segi moral dan ia tidak terdapat dalam agama lain.

"Orang Barat atau pelancong tidak perlu takut kerana hukuman itu hanya melibatkan orang Islam di negara ini.

"Mereka sepatutnya menghormati nilai-nilai agama lain dan bukan bimbang atau mencampuri apa-apa hukuman yang dilaksanakan dalam Islam," tegasnya.

Sumber Utusan Malaysia

Kit Siang seperti biasa berlagak hero dengan menyuarakan pendapatnya yang songsang mengenai Islam. Untuk pengetahuan Kit Siang, hukuman sebat yang dikenakan kepada pesalah zina dan minum arak, bukanlah sama dengan hukuman bunuh atau rogol seperti dipenjara. Rotan yang digunakan juga lebih kecil. Jangan samakan hukuman sebat ini dengan hukuman sebat di penjara biasa.

Kalau tak tahu diam. Dergar sini Kit Siang! Islam adalah agama yang sempurna dari segala segi. Islam ialah kehidupan, tidak ada sebarang ilmu yang diajar boleh memudaratkan umat Islam. Islam bukan untuk bermusuh macam Pas! Islam tidak digunakan untuk politik kejar kuasa, juga macam Pas. Islam adalah agama yang sungguh suci dan hanya mengajar untuk melakukan kebaikkan di dunia dan di akhirat.

Bila buat salah, tentu ada hukuman. Sama juga dengan undang-undang sekular. Islam ada undang-undang sendiri yang mengajar umatnya memperlihara kesucian diri dan agama. Hukuman yang dikenakan hanyalah untuk menyedarkan bahawa seseorang sudah membuat salah dan sebagai contoh (jangan, dilarang dibuat) kepada umat yang lain.

Kalau Kit Siang dan DAP yang lain masih tak faham-faham, memang korang ni benak (bodoh tahap tinggi) la.

MctHeory:
Pas tak bersuara pun? Dap pertikaikan hukum Islam. Kenapa Pas tak nak tolong jawab? Ahh. .Pas memang, bab Dap je depa macam biasala buat-buat buta tuli.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dap bodoh, tapi buat-buat pandai. tu yang sudah. pas biasala babik dap. bela dap sampai mati!

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu yang sokong DAP ni pun patut kena sebat!!!!!!!!!

Rodimaknok berkata...

Jangan beri alasan DAP bukan Islam bolehlah kutuk hukum Islam. Alasan dangkal Nik Ajis oii...