Rabu, 3 Februari 2010

WAJAH SEBENAR ANWAR!



Oleh S.A Najmuddin

Mc dapat aktikel ni dari web pemuda, satu aktikel berkenaan Brader Anwar yang sedang mengelabah dan terketaq-ketaq nak hadapi Saiful kat mahkamah.

Kuala Lumpur -- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak dapat menyembunyikan karakter sebenarnya yang bersifat diktator apabila mula "menyerang" Ahli Parlimennya sendiri daripada Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim, berkata tindakan Zulkifli yang menimbulkan "nafsu amarah" Anwar memperlihatkan prinsip kebebasan bersuara dan demokrasi yang dilaungkan di dalam pakatan pembangkang hanyalah satu retorik palsu semata-mata.

Menurut beliau, jika berpegang kepada prinsip berkenaan, langkah Zulkifli sepatutnya tidak menjadi masalah kerana ianya selari dengan prinsip pakatan pembangkang yang berpaksikan kepada demokrasi.

"Ini yang perlu diketahui oleh rakyat. Belum lagi menjadi pemerintah, Anwar dah mula tunjukkan pemerintahan diktator.

"Adalah jelas apa yang dilaungkan selama ini hanyalah satu strategi untuk mendapatkan sokongan dalam usaha mendapat kuasa di negara ini. Kita dah kenal siapa Anwar dan hari ini rasanya rata-rata dalam pembangkang pun sendiri sudah tahu siapa itu Anwar Ibrahim," katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR, Zulkifli Noordin telah melampaui batasnya.

Bercakap kepada pemberita sebelum ceramahnya di Hulu Kelang malam semalam, Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri.

"Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur...ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar.

Zulkifli baru-baru ini telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang didakwa menghina Islam dan institusinya di negara ini, khususnya di Selangor.

Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar seterusnya percaya sikap bermuka-muka Anwar bakal menjerat leher beliau satu hari nanti.

"Percayalah...tindak-tanduk beliau lambat-laun akan diketahui rakyat. Tindakannnya yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang untuk kepentingan diri bakal menghancurkan pakatan pembangkang satu hari nanti," ujarnya.

MctHeory:
Lambat laun rakyat akan sedar bahawa si brader Anwar ni memang seorang yang penipu, pembohong, penghasut dan peliwat yang tersohor!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALA BROO..MCM TAK TAU LA PLAK. DIA NI KAN SPESIS SUMPAH SUMPIT. SELAMA MANA PUN DIA TUKAR KARAKTER, RAKYAT DAH MASAK DGN PERANGAI KIWAK DIA TU. DIA SKANG TGH MENGELABAH BEROK! HUHUHU