Isnin, 22 Mac 2010
APAKAH KAUM MELAYU MASIH SELAMAT?!
Mc baru balik dari Johor ada kerja disana. Mc ada pergi ke Pagoh Muar. Kawasan parlimen TPM kita Ts Muhyiddin. Nampaknya walaupun Pagoh dalam kawasan agak pendalaman tetapi infrastuktur dan kemudahan untuk penduduk nampaknya hampir lengkap.
Bukan ini yang mahu Mc ceritakan, Mc mahu bercerita tentang kedudukan kaum melayu di Malaysia sekarang. Pada pendapat anda, adakah masih kukuh? Selamat? Kuat? atau langsung tak terusik?
Semasa Mc berada di Pagoh Mc ada berjumpa dengan seorang Tuan Guru Silat. Beliau hanya mahu Mc memanggil dirinya sebagai Hj. Ahmad. Salah seorang pendekar Melayu yang masih sihat walau berumur sekitar 80an. Beliau juga terlibat semasa tregedi berdarah 13 mei dahulu.
Sebagai orang lama Mc banyak berbual dengan beliau berkisar tentang pengalaman dan pendapat beliau mengenai kaum melayu dan keadaan politik dinegara kita. Beliau tidak berminat untuk berpolitik, dijiwa beliau hanya mahu melihat kaum melayu menjadi bangsa yang berjaya!
Mc sempat bertanyakan soalan kepada beliau mengenai 'Adakah kaum melayu masih selamat?' kemudian beliau merenung muka Mc, macam nak makan gayanya. Kemudian beliau menghembus nafas yang kuat. Beliau berkata 'TIDAK!' kaum melayu sekarang amat lemah.
Kemudian beliau berkata lagi, melayu sekarang tak macam melayu dulu. Melayu sekarang pentingkan wang dari bangsa. TAMAK! katanya. Bila wang dah kuasai hati dan jiwa. Perjuangan untuk agama,bangsa dan negara sudah hilang keikhlasannya.
Sekarang sudah wujud melayu mahu jual melayu. Melayu sudah hilang akan kemelayuannya. Semua sudah caca merba! Dulu pemimpin sanggup berdarah untuk pertahankan rakyat. tapi kini rakyat yang dihambakan oleh pemimpin.
Betul juga apa yang Tuan Haji katakan. Dalam maksud ayat-ayatnya tadi. .Mc akan huraikan semua ini dalam posting yang akan datang. Banyak lagi pengalaman disini. . Tapi ada ayat terakhir yang meninggalkan kesan pada Mc ialah. 'Apabila melayu sudah lemah, masa itulah kekuatan mahu bermula'. Insyallah. .parang terbang masih ada!'
MctHeory:
Meremang bulu roma bila beliau bercerita saat kebangkitan melayu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Kau pi tanya Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Hatta Mohd, cam mana dia dapat 11 projek sekolah & banyak lagi projek. Tanya dia lagi berapa ramai kontraktor melayu dia tak bayar. Hinggakan buat rumah dia macam istana pon dia tak bayar abis lagi walaupon dah banyak tahun.
jenis melayu makan melayu pastu nak cerita nak selamatkan melayu.
Seperti dalam sejarah.. bila bangsa itu semakin lemah, barulah penentangan itu muncul.. Tapi kita masih agi diulit mimpi2 indah dan masih berasa gah dengan kuasa yang sedikit... biarkan Melayu jadi lemah, baru ia akan bangkit dari lena..
muomali ni bacul orangnya.dah tahu ada kelemahan ,masuk umno,perangi la yg tak betul....
Dari segi perlembagaan Melayu selamat kecuali jika negara ini jadi republik di mana perlembagaan baru di buat.
Berdasarkan hak Melayu dalam perlembagaan, parlimen tidak ada keupayaan untuk mengubahnya.
Hanya Majlis Raja Raja Melayu sahaja berhak melucutkan hak Melayu dalam perlembagaan.
Ini adalah dari penerangan professor UIA yang pakar mengenai perlembagaan kita.
Sebab itu ada seorang wakil rakyat keturunan India yang bising mengenai ini semua tiba tiba macam nampak hantu dan menghantar surat mohon maaf kepada GPPMS.
Itu kekuatan yang ada dan dengan kekuasaan pada politik yang masih ada. Kita masih ada masa untuk membentuk Melayu yang lebih baik.
Catat Ulasan