Ahad, 28 Mac 2010
DAJAL PUNYA UMNO!
Mc nak cerita satu kisah yang diceritakan oleh kawan Mc. Satu kisah benar yang dialami oleh Mc apabila berdepan dengan seorang penyokong fanatik Pas (kalau tak salah la).
Ceritanya agak kelakar bagi Mc dan agak kurang ajar bagi sesetengah orang. Kawan Mc ni tinggal di Flat Taman Medan, Petaling Jaya. Flat ni ada beberapa blok. Penghuni disini ramainya melayu.
Kawan Mc ni dapat tugasan tampal poster ceramah UMNO dan Perkasa di Taman Kuchai Puchong dekat dewan tadika MCA. Dia pun bertungkus lumusla melekatkan poster-poster tersebut. Dalam masa yang sama, ada seorang orang tua berserban dan berkain pelikat sedang juga menampal poster.
Dia pun buat tak kisah je la. Janji orang tua tu tak kacau dia. Selepas habis dia tampal semua poster. Dia pun sedia nak balik. Dalam jalan naik tangga menuju ke rumahnya. Dia tersedar bahawa poster yang dia pasang tu, dah pun hilang!
Dia batalkan hasrat nak balik. Dia turun dan cuba siasat apa yang dah berlaku. Terkejut beruk kawan Mc ni bila tengok semua poster yang dipasangnya tadi dah hilang. Semuanya dah dikoyak dan berada dilantai.
Dia pun dengan rasa tak puas hati, terus berlari dari satu blok ke blok untuk tengok sama ada semua poster dah dikoyakkan atau masih ada. blok kedua pun kena koyak. Blok ketiga pun kena koyak juga. Sampai blok ke empat, dia nampak orang tua berserban yang dia jumpa tadi memegang poster kawan Mc dan sedang koyakkannya.
Dia terus sergah! orang tua tadi terperanjat, tapi dengan muka garang dan selamber, dia tetap koyakkan poster kawan Mc tadi. Kawan Mc sempat juga marah dan bertanyakan kenapa buang dan koyak poster tu. Nak tau apa jawapan orang tua tu? Dia kata UMNO DAJAL! TUIHH! dia meludah kelantai dan terus berlalu pergi.
Kawan Mc terkejut, terdiam dan terpaku. Dia tak sangka bahawa orang tua berserban tu sanggup buat perangai buruk seperti tu. Jadi Mc andaikan orang tua tadi ialah penyokong Pas tegar. Kalau perangai buruk serupa itu, memang dah takde puak lain, selain puak Pas.
MctHeory:
Moral cerita ini ialah, Orang Pas memang macam tu! Pas, Dulu, kini dan selamanya Bonggok!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan