Isnin, 8 Mac 2010

KENAPA SAYA BENCI PAS part 4



Mc nak sambung semula cerita pengalaman Mc di sebuah IPT di Shah Alam, cerita mengenai seorang pensyarah fanatik Pas yang terlalu taksub dengan Pas sehingga menghukum pelajar yang menyokong parti politik yang bertentangan dengannya. Mc ingat lagi pada suatu pagi semasa didalam kelas Tamadun Islam, tiba-tiba pensyarah Tamadun Islam masuk ke kelas sambil marah-marah.

Bila dia masuk ke kelas dia memekik, "siapa budak Kedah sila bangun?" Mc dan dua orang rakan sekelas bangun.

Kemudian dia kata "orang Kedah ni jahat! Zalim!"

Mc dan dua orang rakan terpinga-pinga dengan katanya. Satu kelas terdiam mendengar apa yang dia kata kepada kami.

Kemudian dia kata lagi "ko tahu Mahathir? Mahathir tu jahat ko tahu! dia orang Kedah! Apa orang Kedah semua takdak hati perut ke?" Dia sambung lagi, "Ko tahu apa dia buat kat anwar? dia tangkap anwar, dia belasah sampai lebam. Kenapala dia zalim sangat!"

Kemudian Mc cuba menjawab, "Apa kena mengenai kami semua dengan Mahathir?" Kami datang sini nak belajar, bukan nak berpolitik!"

Pensyarah tu muka merah padam, macam marah sangat. Kemudian dia dan mengarahkan Mc keluar pada kelasnya.

Kisah ini terjadi dizaman gelombang reformasi ciptaan anwar sewaktu dipecat oleh Tun Dr Mahahir sebagai TPM. Pensyarah tadi marah-marah disebabkan fitnah pembangkang meracuni otaknya yang mengatakan polis menangkap anwar atas arahan Tun Dr M.

Waktu itu juga kecoh anwar dibelasah polis dalam lokap, kena racun arsenik dan pelbagai lagi drama karut skrip pembangkang ciptaan anwar. Untuk menangih simpati rakyat dan mewujudkan rasa benci pada kerajaan Tun Dr M.

Salah satu ahlul yang begitu taksub dengan cerita tersebut ialah pensyarah Tamadun Islam Mc ni. Punyalah dia nak tunjuk dia orang kuat Pas, sampaikan button badge Pas penuh dilekatkan dibeg nya. Setiap kali bila kelas Tamadun Islam, bukan dia nak mengajar, dia menceritakan kisah politik dan kekejaman kerajaan terhadap anwar dan pembangkang.

Tidak dinafikan memang sebilangan besar pelajar IPT ketika itu terpengaruh dengan surat-surat layang dan note yang ditampal pada setiap hostel pelajar. Memang pemecatan anwar satu berita yang mengejutkan, ketika semua pelajar sedang tertanya-tanya kenapa anwar dipecat. Timbul pula penjelasan yang salah dan meracun minda pelajar. Sebab itulah pada zaman tersebut, ramai pelajar IPT menyokong anwar secara membuta tuli.

Kerajaan pula lambat untuk menjelaskan kenapa anwar dipecat. Sedangkan anwar sudah mengarahkan orang-orangnya bergerak diseluruh Malaysia bagi memberi jawapan kenapa dia dipecat. Pastinya rakyat akan percaya kepada anwar kerana dia bangun menjawab segala persoalan terlebih dahulu, kemudiannya meracun otak rakyat bahawa kerajaan semasa itu adalah kerajaan yang zalim. Hinggakan penjelasan oleh kerajaan tentang kes anwar, ditolak mentah-mentah oleh sebilangan orang yang terpengaruh dengan dakyah anwar.

Bukan seorang pensyarah yang terhasut dan membuat perkara buruk sebegini, banyak lagi tenaga pengajar yang menyalahgunakan tugas mereka dengan menghasut pelajar supaya membenci kerajaan. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan pensyarah Mc. Mc selalu bertekak dengan pensyarah tersebut. Ada suatu hari Mc pernah pergi kekelas dengan memakai topi BN. Apa lagi merah padam muka pensyarah tu, dia terus keluar kelas dan tak masuk-masuk lagi.

Akibatnya Final Exam, Mc diGAGALkan dalam subjek Tamadun Islam. Adakah logik Mc gagal Tamadun Islam. Sedangkan selama ini Mc tak pernah gagal. Punyalah dia dendam dan marahkan Mc sampaikan sanggup buat perkara terkutuk tu. Selepas itu, apa yang Mc dengar pensyarah terbabit, berhenti jadi pensyarah dan menjadi ketua cawangan Pas dekat bahagian Meru.

Semasa gelombang reformasi sedang bergelora, sesiapa yang memakai sticker UMNO atau BN di motor atau kereta. Pasti kenderaan mereka akan dicalarkan atau dibocorkan tayarnya. Kebencian mereka terhadap UMNO umpama UMNO ini musuh negara. Lihatlah betapa dahsyatnya propaganda pembangkang ketika itu. Sehingga boleh menganggu gugatkan keamanan negara.

MctHeory:
Pada pembaca yang terlepas Kenapa Saya Benci Pas bersiri
1, 2, 3 sila klik pada number tersebut.

18 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, begitulah khianatnya Melayu kepada bangsa Melayu sendiri..... tetapi yg peliknya pensyarah-pensyarah macam ini banyak ada di IPTA, masih nak cari mentekedarah beri makan anak bini dengan kerajaan UMNO-BN..... kalau jantan, kenapa tak cari IPT yg PAS anjurkan..... inilah manusia paling dayus dalam dunia, tidak amanah dan khianat...

Tanpa Nama berkata...

hahaha.....aku dulu di ITM s.alam buat dip.grad thn 91. lepas tu aku sambung di obesi...

nak cerita pasal pensyarah tamadun islam tu dulu. aku pun sama mcm tu, tapi zaman aku dia masih lagi tak fanatik.

tapi student faham kearah mana dia cenderung. so aku dan geng2 pun memang tak sebulu cara dia tafsirkan ayat al-quran yg hanya menyebelah pada dia.

so masa exam aku pentik satu dua ayat al-quran di tulis maknanya dan tafsiran yg cenderung utk menyokong pendirian politiknya. akhirnya tamadun islam aku dapat A. hehehe.....

joe.

Tanpa Nama berkata...

PAS ni memang parti sial wal pukimak. Tapi N.Ajis tu bukan pukimak lagi, tapi dah tahap SIALest. Aku sekarang letak gambar dia bawah semua lapik kaki kat rumah aku

TAAVEEKUN PERAK berkata...

aku pulak grad di itm s alam pd thn 87.B.eng lah katakan.macho bebeno aku masa tu.tutor aku pulak mmg penyokong tegar umno.politik malaysia masa tu takdeler kes panas sgt mcm skrg.PAS masa tu tak abih2 dgn kes memali kat baling.tapi masa tu PAS adalah tikus mundoq.yg umno ade tu cuma kes bbmb saja.masa tu org gua musang leading benda tu.lelain aman.ambik scrol pulak di pwtc.geng yg pertama lah kononnya berjubah ke pwtc.walau apa2 pun hanya UMNO lah yang the great.Terima kasih byk2 kpd kepimpinannya atas segala kemudahan yg aku sudah dan sdg kecapi dari dulu kini dan selamanya.bravo UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Bro suma,

pas aku grad kat mara dulu aku sambung wat sarjana kat negeri boomerang ni.masa tiba konvo ada sorang pegawai MITI ni datang dgn councillar malaysia nak raikan kejayaan budak2 malaysia ni. masa majlis makan malam kita dok borak ngan si mamat ni. kita x bukak pun tajuk politik tapi waduhh dia yg lebih2... punya ler teruk dia kutuk dr mahathir masa tu pasal sacked anwar. dia lagi siap puji2 menggunung si aljuburi ni. langsung x lalu makan kami malam tu. alahai.. mcm mana ler pegawai kerajaan leh jadi macam ni...rosak malaysia pasal dia org ni kira duta perdagangan kita tapi jadi baruah perosak imej negara..

Tanpa Nama berkata...

Aku benci pas sebab pas dibodohkan oleh dap

Tanpa Nama berkata...

Aku benci pas sebab pas dibodohkan oleh dap

Manjung Mari berkata...

Alahai kau orang....
Setakat grad dpd ITM tu jangan la nak tunjok pandai sangat,belum cukop ilmu kau orang.Orang kami banyak yg lepasan Al-Azhar,Jordan,Syria,Pakistan dan India tak pun buat komen2 bodoh mcm kau orang!
Cuba tengok TGNA tu- ilmunya lebih tinggi dpd Dr.Mahathir,tak pun dia mendabik dada kata dia tahu itu tahu ini.Itulah sebenarnya sifat2 seorang yg bertaraf khalifah yg sebenar.TGNA ada aura yg tersendiri.
Dan kalau kau orang merasa stress dan rimas,tatap la wajah TGNA lama2.Insyaallah,akan hilang segala kerunsingan itu.Try la...

PAS FOR ALL

Tanpa Nama berkata...

manjung mari,,
betul la macam ko cakap.tadi aku renung lama lama gambar nik ajis...huh..memang stim..
aku ingat besok nak beli limau 3 biji dengan colok 3 batang..letak depan gambo dia,mana tau boleh jadi ibu duit..
ko try lah plak manjung mari...

Tanpa Nama berkata...

Manjung. .

kalau agak2 ko nak mati nanti kami tolong ko bawa gambar n.ajis besar2 gantung depan rumah ko. mana la tau. . boleh juga tambah pahala ko sebelum mati. ye tak?

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,Pas ni ingat parti puak ni saja islam medabik dada kata islam tu islam ni tapi apa,sebesar hama pun takada perjuangan nya yg puak ni tahu berebut kuasa dan harta peningalan perang siapa masuk pas SESAT bertaubat lah sebelum terlambat (PAS)PARTI AZIZ SEKELUARGA.

Tanpa Nama berkata...

Teknik baru pengurusan stress oleh
manjung mari aka pengamal ilmu tahap tinggi "tenung gambar nik aziz lama2"

-jurus asas-

Tanpa Nama berkata...

Aku grad ITM tahun 1989 dulu x panggil BSc tapi Adv Dip. tapi kualiti bagus.
Tahun 1987 atau 1988 aku kurang Pasti..masa itu anwar menteri Pelajaran..kami sokong gila...demonstrasi lawan DAP..kes sekolah Cina.Kita org sokong anwar dan demo di TPCA Kg. baru.Ramai ahli politik masuk ISA (operasi lalang) termasuk Ibrahim ali.Anwar cerdik tak datang TPCA lepas x kena tangkap.Konon p luar negeri baru nak balik.
La ni sikit pun aku x sokong Anwar lagi.Dia ni pandai gunakan orang.

Tanpa Nama berkata...

Inilah dikatakan melayu.. bertelagah tak abis-abis.. ko org tau tak? Kalau ko org mcm ni dan taknak berubah, org kafir/yahudi kat luar tu TEPUK TANGAN tau.. Malulah sikit.. Kalau aku cakap bangang kat ko org ko org marah..

Tuan Guru Penjamin Syurga berkata...

aku suka MANJUNG MARI. sebab apa, manjung mari telah memberi satu fatwa (mungkin fatwa ni yang orang PAS amalkan selama ni untuk elak terpengaruh dengan pengaruh umno dan bn) yang bagus untuk puak puak bn amalkan.

nanti akupun nak cari kat internet gambo nik ajis nak jadikan macam kata "tanpa nama" - jurus asas kat atas tu. aku nak beli 2, 3 kilo limau cina tu, sementara stok masih ada, dan beli colok dan kemenyan nak letak kat laluan pejalan kaki bangunan PAS jalan raja laut. masuk waktu solat 5 waktu kita ajak ramai ramai kumpul minta TGNA hilangkan stress/ masalah kita, amacam???

akumanusiabiasa berkata...

korang xskong pas tau dsai...
xpe hak korang..
egat kat luar 2 ramai yg sokong mereka 2...
korang xleh watpe2...

Tanpa Nama berkata...

aku benci orang pas yg fanatik sebab diaorang ni anggap apa diorang cakap semuanya betul... kononnya diaorang saja yang menentukan syurga dan neraka.. pastu kata nak perjuangkan negara islam, dah dapat kuasa jgn kata undang2 islam.. di ikut pulak cakap si kafir dap lahanat tu.. so islam mmg jahanam kalau pas memerintah..

Tanpa Nama berkata...

-semut merah lepak2-
HAHA skang itm dikenali sebagai uitm...
tahun 2000-an.. so tak nampak sangat yg pensyarah yg fanatik atau fantastiko... so stedy je... mungkin uitm dah buat clearence kot.. haha...
tapi yg fanatiknya student! haha...
aku sangat berhati2 masa kelas IMK (insan manhaj ketuhanan) sbb lect aku dia pro-pas.. hehe.. tapi skill nak pass exam kena ada... so aku berbaiklah... hanguk2 geleng2...pusing2 tapi aku tak tonggeng... apa ada kesah, janji aku tak sangkut paper... tridididid...
skang aku kerja... tapi dikelilingi oleh pembangkang... aku dah tak cm dulu se kat uitm, xda angguk2 xda geleng2.... sbb aku suka pulangkan paku buah keras... hehe... lom masa aku transform.. kerja cr makan dululah...