User Online

Politics Blogs

Seminar Autisme 2014

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Isnin, 8 Mac 2010

APAKAH KEBAIKKAN GST? FAKTA ATAU AUTA?



Kadang-kadang kita dengar tentang sesuatu benda, kita tanpa berfikir atau berusaha mencari maklumat yang betul. Kita cuma dengar dan percaya kepada apa yang sampai kepada kita. GST adalah satu cukai baru yang akan dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat. Kita telah dengar bahawa pemimpin pembangkang, menghentam kerajaan dengan isu GST dan terpekik terlolong kononnya mereka pentingkan rakyat.

Di bawah sini adalah senarai kebaikkan GST yang patut anda semua baca. Jangan hanya dengar kepada satu pinak sahaja. Dengar kedua-dua pihak dan cuba imbangkannya. Insyallah pembaca semua akan mengerti, apa itu GST. Selamat Membaca!

GST: Manfaat serta-merta

PUTRAJAYA - Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

"Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

"Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

"GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain," katanya.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai.

"Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan," katanya.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.

"Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST.

"Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain," katanya.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.

Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.



GST tidak sebabkan harga barang naik


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

‘‘Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang,’’ katanya pada Forum GST anjuran Affin Bank Bhd. di sini, hari ini.

Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.



GST tidak membebankan


SEMPORNA – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.

‘‘Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali.

‘‘Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.



Cukai GST sekitar 4%

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

‘‘Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

‘‘Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.

Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.

Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.

Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.

GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.


GST: Naik harga kena tindakan


PUTRAJAYA - Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.

Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar empat peratus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.

''Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai pelaksanaan GST kepada para pengarang media di sini hari ini.

Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas

''Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam,'' kata beliau sambil menambah kadar cukai sifar dan pengecualian diperkenalkan untuk mengurangkan beban rakyat.

Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

''Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

''Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan," katanya.



Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

IPOH - Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.

''Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai RM300,000 untuk pembinaan pasar di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.

Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

''Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST," ujar Ahmad Husni.

Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.


Kajian komprehensif GST


IPOH — Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.

"Kita telah membuat kajian yang mendalam...matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak terhadap pelaksanaan GST.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.

Dari Kementerian Penerangan

MctHeory:
Sebelum kita mempercayai sesuatu berita. Kita perlu mengkaji terlebih dahulu. Jangan dengar khabar angin dan sokong membabi buta.

3 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

adat manusia. lebih suka dengar yang buruk dari yang baik!

Din

Tanpa Nama berkata...

ameno takde keje lain selain mencekik rakyat. jangan percaya ini smua ini dakyah ameno shaja.

Luke berkata...

GST hanya wajar dikenakan pada barangan mewah bukan barang keperluan asas.

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review