Khamis, 1 April 2010

ANWAR SI BALACI YAHUDI!



Mc ambil artikel dari blog kawan-kawan untuk disiarkan disini. Mc agak sibuk dengan tugasan khas yang diberikan. Mc masih banyak artikel yang tergendala untuk diterbitkan. Artikel bawah mengenai hal Apco yang diulas oleh Che Wan dari blog Pusaka Ayahanda.

Hangat di sidang Parlimen sebelum ini tentang pendedahan Anwar Ibrahim mengenai isu 1Malaysia yang dikatakan adalah salinan pendua kepada Satu Israel yang dirangka oleh syarikat perunding APCO Worlwide.

Bagaimanapun, syarikat perunding ini telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan Anwar.

Sebenarnya tuduhan yang dibuat oleh Anwar ini jelas hanyalah satu propaganda untuk memburuk-burukkan slogan 1Malaysia yang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia.

Perlu diketahui bahawa APCO Worlwide ini tak mungkin menjadi agensi yang mencipta konsep 1Malaysia kerana DS Najib telah bercakap mengenai slogan 1Malaysia ini sebelum beliau menjadi Perdana Menteri lagi.

Slogan 1Malaysia ini juga telah muncul didalam laman blog DS Najib sewaktu beliau masih menjadi TPM dan dimana ketika itu APCO belumpun lagi dilantik menjadi juruperunding perhubungan awam antarabangsa.

Anwar nyata kehabisan modal untuk mencari kelemahan DS Najib. Jika isu yang mahu diketengahkan hanyalah bunyi sebutan slogan yang hampir sama, mengapa Anwar tak mahu pertikaikan slogan Middle Malaysia dan juga slogan Pas For All ?

Middle Malaysia yang dicetuskan oleh DAP adalah mirip dengan ruangan Middle Israel yang digunakan oleh Jerussalem Post dan journalist mereka iaitu Amotz Asa-El bagi memaparkan pandangan Israel mengenai agama dan politik negara tersebut.

Begitu juga dengan slogan Pas For All yang digunakan oleh parti Pas. Ianya menyerupai slogan Israel For All yang digunakan oleh sebuah syarikat perlancongan Israel yang menguruskan perjalanan perlancongan orang yahudi ke negara itu.

Kalau Anwar mahu mengaitkan 1Malaysia dengan Israel hanya kerana persamaan dari segi sebutannya, mengapa kedua-dua ini tak pula didedahkan oleh Anwar di parlimen ?

Bukankah Middle Malaysia dan Pas For All juga mempunyai persamaan dengan slogan yang digunakan di Israel?

Tuduhan yang tak berasas oleh Anwar ini nyata mempunyai niat jahat disebaliknya. Mungkin di pihak Pakatan Rakyat kini semakin gerun dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap DS Najib sehingga menyebabkan mereka sanggup menuduh yang bukan-bukan.

Jelas kini penerimaan rakyat terhadap konsep perpaduan 1Malaysia telah membuatkan semangat Pakatan Rakyat semakin goyah. Mereka akan sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat pengaruh DS Najib dikalangan rakyat.

Biar apapun propaganda yang dilakukan oleh pihak pembangkang bagi memburukkan polisi kerajaan, sokongan terhadap kepimpinan DS Najib dilihat makin bertambah dari hari ke hari.

Ini hasil dari usaha mendekati dan memahami masalah rakyat keseluruhan yang diamalkan oleh Perdana Menteri. Nyata slogan "rakyat didahulukan" bukanlah sekadar omongan kosong.


Dari Pusaka Ayahanda

MctHeory:
Sesungguhnya..yahudi dan anwar adalah rakan sehidup dan semati!

Tiada ulasan: