Sabtu, 24 April 2010

BUKTI MASYARAKAT CINA SOKONG BN!



Banyak bukti masyarakat cina di parlimen Hulu Selangor sudah kembali menyokong BN. Kampung Asam kumbang, Ulu Yam dan sekitar Bukit beruntung semuanya menaruh harapan kepada BN untuk memenangi pilihanraya esok sekaligus menjadi wakil rakyat mereka.

Mereka menyandar harapan kepada BN kerana selama dua tahun ini memang sudah terbukti bahawa kerajaan Pakatan haram di Selangor tidak boleh membawa apa-apa kemajuan di hulu Selangor. Kalau tak percaya salah satu buktinya berita dibawah:

HULU SELANGOR 24 April - MCA percaya sokongan pengundi Cina di Hulu Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat berdasarkan kepada sambutan yang ditunjukkan mereka ke atas gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Sebagai contoh, katanya, sokongan pengundi Cina di Kampung Assam Kumbang dekat sini hanya dianggar 18 peratus ketika beliau memulakan kempen dua minggu lepas.

"Namun selepas berjumpa dengan mereka beberapa kali, peratusan sudah meningkat kepada 25 peratus.

"Di sini terdapat 1,457 pengundi dan saya berharap kita akan mendapat lima peratus undi daripada kawasan ini apabila tempoh berkempen tamat tengah malam ini,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat kampung itu hari ini.

Turut serta, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha.

Terdapat sejumlah 16,964 pengundi Cina di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang merangkumi 26.3 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar
- sambung baca Utusan

Mc juga melihat jentera MCA dan Gerakan membuat kerja, setelah sekian lama dua parti cina BN ni bergolak sesama sendiri. Harapan yang dulu tipis disandarkan kepada kaum cina, kini kembali kukuh setelah melihat segala perubahan dan reaksi yang ditunjukkan kepada jentera pilihanraya kecil BN.

Mc percaya BN akan menang besar esok! Melayu sudah kembali kepada UMNO. India sudah pasti menyokong MIC dan keyakinan masyarakat cina kepada MCA sudah pulih! Itulah tanda kejayaan Barisan Nasional!

Mctheory:
cak pung! cak pung! ewahh!

Tiada ulasan: