Rabu, 21 April 2010

HULU SELANGOR! PERKASA SUDAH MARI!



Mc tak sabar menunggu kedatangan Tok Ibrahim Ali datang membantu kempen BN di Hulu Selangor. Pastinya kedatangan Tok Ibrahim sebagai Presiden Perkasa yang dianggap sebagai pejuang sejati bangsa Melayu amatlah digeruni oleh konco-konco Pakatan haram yang bencikan beliau.

Belum lagi Tok Ibrahim menapak ke Hulu Selangor, telah pelbagai cerita, tohmahan dan andaian dibuat oleh pihak Pakatan dan PKR yang mengutuk pendirian Perkasa itu.

Tok Ibrahim sudah menyatakan bahawa beliau dan Perkasa menyokong calon BN dari MIC, P.Kamalanathan. Beliau menyokong P.Kamal adalah kerana beliau menyokong dasar BN yang ditunjangi oleh UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib.

Kenapa beliau tidak menyokong Zaid, bukankah Zaid orang melayu? Beliau berkata Zaid bukanlah seorang yang menyokong Perkasa. Zaid walaupun melayu tapi pendirian dan tingkahlaku Zaid tak serupa melayu pun, buat apa dia nak sokong orang seperti itu.

Tentunya nanti di Hulu Selangor, Tok Ibrahim tidak datang berseorangan, beliau pastinya membawa senjata-senjata berkesan yang pasti memeritkan lagi perjuangan PKR di Hulu Selangor. Masih ingat lagi Zahrain, Zul Nordin dan beberapa lagi bekas ahli Parlimen PKR yang sudah menjadi bebas?

Mereka pastinya menyertai kempen tok Ibrahim bagi mengkuburkan terus PKR dan Zaid di Hulu Selangor. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen PKR itu pastinya memberi kesan yang amat besar kepada pengundi di Hulu Selangor.

Perkara itulah yang amat ditakutkan oleh PKR dan puak Pakatan yang lainnya. Sampai ada diantara mereka yang bercadang mahu menghalang kedatangan bekas Ahli-ahli parlimen PKR itu masuk menyertai kempen BN di Hulu Selangor.

Pastinya perjuangan PKR akan menjadi perit jika semua pembohongan dan fitnah mereka sudah didedahkan. Tambahan pula orang melayu pasti menyahut seruan Perkasa untuk mengundi BN kerana pengaruh Perkasa dikalangan orang melayu bukan calang-calangnya.

MctHeory:
Kita tunggu kedatangan Dato Ibrahim Ali!

3 ulasan:

amieiezam berkata...

tuan,

kata zul beliau tak mungkin sempat turun ke hulu selangor kerana urusan kerja di US akan mengambil masa sehingga tarik pembuangan undi...hanya juak2 PR yang mengembar gemburkan cerita kononya mereka ditaja utk memburukkan calon BN di HS. sebanarnya teman yakin dengan calon sebersih kamal(setakat ni sbb PR takder isu moral beliau) BNM hanya perlu nyatakan kebenaran tanpa terikut2 budaya politik samseng dan kotor pembangkang!!!

doa teman kita lihat pembangkang PR TERKANGKANG...opppsss elly!

amieiezam berkata...

pembetulan *memburukkan calon PR di hulu selangor

McTheory berkata...

betul tu amie!

Zul sibuk keje! bukan macam sakai pakatan!