Selasa, 13 April 2010

KELUAR PARTI LAGI? PKR YANG HARU BIRU!


Mc dapat berita ni dari blog rakan R,A,M mengatakan ada 200 lagi ahli PKR keluar parti sebab tak puas hati dengan janji-janji pilihanraya dulu. Saban hari pelbagai cerita kita dengar mengenai ahli PKR yang keluar parti sebab tak puas hati dengan kepimpinan parti peringkat negeri bahkan pusat.

Apabila ada kes keluar parti masuk BN, mesti PKR atau Pakatan Haram mengatakan ahli itu dibeli untuk masuk kedalam BN atau semua itu adalah helah BN untuk membusukkan Pakatan Haram. Ini merupakan sifat semula jadi Pakatan Haram yang tidak mengakui kesalahan sendiri.

Baca berita dibawah:
Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.
Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12. ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya lagi.
- sambung baca disini

Apa lagi PKR dan ahlulnya nak kata? Bukti semua sudah ada, sebabnya pun sudah ada. PKR semakin hari semakin kurang ahlinya. Siapa nak yakin pada parti tangkap muat macam PKR ni. Siapa nak percaya pada Pakatan Haram yang bersama tanpa nikah ni? Hanya orang bodoh saja yang menyokong PKR dan Pakatan Haram!

MctHeory:
Tue pun masih ada ahlul mereka yang tak sedar diri dok sembang sana-sini!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejeka kebelakangan ini terdapat banyak laporan kononnya ramai ahli PKR keluar parti sama darai kalangan ahli Melayu ataupun India, tapi tak ada pun dari kalangan ahli Cina. banyak juga cawangan PKR dibubarkan. Tapi tidak sedikit pun nampak sokongan orang ramai terhadap PKR berkurangan, malah ianya makin meningkat seperti jumlah kehadiran dalam ceramah ataupun majlis anjuran PKR. Betulkah mereka ini keluar dari PKR tapi masih sokong perjuangan PKR....