Selasa, 13 April 2010

BANYAK PERKARA BURUK ZAID AKAN DIBONGKAR!



Mc dapat berita ni dari Malaysian Insider, Mc paste kan artikel ni bukannya apa. Ini petanda buruk bagi PKR yang memilih Zaid. Dia ni bekas tahi busuk dalam UMNO. Dari dulu lagi dia nak keluar UMNO nak ikut Anwar, tapi buat sementara waktu dok jadi spy Anwar kat dalam UMNO. Ts Muhyidin Yassin dan bunyikan gendang perang untuk Zaid. Tunggu masa nak kena kebumi saja la.

Mc dan beberapa orang rakan nak turun pi Hulu Selangor tengok keadaan nanti. Sementara ni sibuk dengan kerja so agak susah nak bergerak. Apa pun baca kenyataan dibawah!

KUALA LUMPUR, 13 April — Barisan Nasional (BN) akan membongkarkan banyak perkara tentang Datuk Zaid Ibrahim yang bakal diturunkan oleh Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Dalam pilihan raya ini banyak yang kita akan bongkar tentang Zaid Ibrahim ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Antara Pemimpin BN Perlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kangar hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu:

“Kita tahu latar belakang Zaid Ibrahim. Tapi bagi kita, siapapun kita boleh hadapi,” katanya.

Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Umno ini, orang ramai patut ke Kota Baru jika mahu mengetahui dengan mendalam siapa sebenarnya Zaid.

“Kalau pengundi Hulu Selangor nak tahu latar belakang Zaid Ibrahim pergilah ke Kota Baru dan tengok sendiri, Zaid Ibrahim pernah jadi Ahli Parlimen dan ketua bahagian,” katanya.

Maklumat tidak rasmi menyebut, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah dipilih untuk diturunkan di Hulu Selangor kali ini.

Pengumuman rasmi mengenai pemilihan beliau akan dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat malam ini.

Zaid memenangi kerusi Parlimen Kota Baru pada 2002.
- M.I

Lagipun Zaid bukan anak tempatan. Buat apa bagi dia bertanding kat Hulu Selangor, Apakah PKR Selangor sudah kehabisan ahli untuk buat calon? Kesian-kesian..tunggu buah tangan kami seterusnya nanti!

MctHeory:
PKR sudah korek lubang kubur sendiri!

2 ulasan:

FAN berkata...

bongkar jgn tak bongkar..bongkar sampai dia telanjang bulat..kali ni BN jangan kesian..balun jek jgn toleh belakang lagi..hari tu noraizad habis di selongkar luar dalam..kali ni bola cantek punya tanggung..so balun je sampai PKR maut...

Tanpa Nama berkata...

betui betui betui..kasi jahanam sama pkr!