Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Zaid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zaid. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2012

GEMPAR!! Zaid Ibrahim kena Sindrom Lemah Tenaga Batin?




Aikk.. belum sampai PRU dah bubar? Apa jadi ni Zaid? Takdak sokongan ka? Atau ada pihak tertentu dari Pakatan Haram menyuruh parti KITA dibubarkan? Kalau difikirkan, baik bubar saja, sebab parti KITA ni serpihan PKR. PKR pula serpihan UMNO. Baik ko masuk je balik PKR tu. PKR pun dah tak ramai ahli sekarang ni, ramai yang dah keluar. Jadi adalah lebih baik, ko bawak masuk semua ahli ko masuk PKR.

Jumaat, 27 Mei 2011

STOP!! PKR SUDAH TAMAT TEMPOH!! - Zaid Ibrahim..


Zaid Ibrahim – ”PKR Sudah sampai akhir hayat agaknya,”.

Begitulah reaksi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berhubung laporan yang menyebut parti itu kini berhadapan dengan krisis terbaru – ibu pejabat mereka bakal dilelong!
Ibu pejabat PKR yang terletak di bangunan Merchant Square, Bandar Tropicana dijangka dilelong berikutan kegagalan pemilik bangunannya membuat bayaran pinjaman bank.

Sebelum ini PKR berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu. Difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
Berdasarkan surat ROS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti itu, yang ditubuhkan April 1999.

Mengulas mengenainya, Zaid berkata, parti tersebut kelihatan ‘gagah’ hanyalah disebabkan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi keadaan tidak lagi sama seperti dulu.

” Gagah Anwar gagahlah PKR, begitulah sebaliknya,” katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim dari London kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Untuk rekod, buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara RM10,000 hingga RM20,000″.

Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Zaid turut ditanya mengenai ‘masa depan’ PKR berdasarkan pemerhatiannya.

Menurut Zaid, beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu.
” Saya tak tahulah masa depan PKR, tetapi bagi saya ia (PKR) tidak menyakinkan,” katanya lagi - Aidc

McTheory:
Benda-benda expired ni patut kena buang cepat-cepat nanti busuk!!

Jumaat, 25 Mac 2011

APABILA SEORANG LIBERAL PERSOALKAN KEISLAMAN PARTI SYURGA??!!


Tak terhinakah rasa Pas apabila Zaid Ibrahim yang mereka anggap sosial dan liberal mempersoalkan moral parti berkenaan? Nampak sangat Pas sudah semakin sesat.

Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.

Menurutnya, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.

Isnin, 15 November 2010

BENARKAH ZAID RINDU UNTUK KEMBALI PADA UMNO?

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,”
(Sumber Blog Zaid Ibrahim)


Akhirnya Zaid Ibrahim berundur. Berundur dari PKR. Berundur dari percaturan politik kotor PKR. Beliau bertindak meletak kesemua jawatan di dalam PKR termasuklah jawatan Ketua PKR Cabang Wangsa Maju.

Apa yang hendak saya perkatakan. Desakan saya bersama blogger2 Wangsa Maju akhirnya berjaya. Memang benar kata saya. Tiada apa yang hendak diperjuangkan di dalam PKR. Ini realiti.

Zaid Ibrahim diharap lebih insaf dengan tindak tanduk yang dia telah lakukan selama ini. Tindakan Zaid keluar dari UMNO dan memilih PKR sebagai wadah perjuangan 'keadilannya' memang silap. Dan saya percaya, Azmin Ali kini sedang bergumbira kerana strategi politik kotor dia kini berjaya. Memang rabak dia buat pada Zaid Ibrahim.

Jika dilihat dari kesan pada wadah perjuangan UMNO Wangsa Maju, ianya dilihat berjaya. Berjaya menyingkirkan PKR Wangsa Maju secara total. PKR Wangsa Maju kini terpaksa merangkak sendiri setelah bekas Bos mereka tidak berminat lagi meneruskan perjuangan palsu Anwar Ibrahim.

Tapi kesan pada UMNO dan BN Pusat? Adakah Azmin adalah pesaing utama kita dalam arena politik tanah air? Jangan lupa, Azmin seorang ahli politik yang licik. Jangan kata mencantas UMNO, Anwar Ibrahim sendiri dia mampu cantas. Cantas dengan apa jua cara, walaupun dengan cara kotor.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan."
(Sumber Blog Zaid Ibrahim)


Tak mengapalah Zaid. Saya tahu, kini anda begitu merindui UMNO. UMNO yang kamu katakan dahulu parti yang tidak telus. UMNO yang kamu katakan semakin kotor. UMNO yang kamu katakan mengamalkan politik penuh penyelewengan, tidak adil dan cantas mencantas yang melampau. Kini? Kamu yang menjadi mangsa. Bukan mangsa di dalam UMNO. Tapi mangsa di dala parti yang kamu sanjungi ketika dahulu.

Apa parti pilihan anda selepas ini? PAS? atau DAP? Zaid, kamu memang menjadi bahan sarkas selepas keluar dari UMNO. Pergilah ke mana2 parti pembangkang yang kamu pilih. Kamu memang akan terus dipijak.


Dari sini pun kita sudah tahu, betapa buruknya PKR berbanding UMNO, betapa jijiknya pentadbiran PKR berbanding UMNO. Zaid ni begitu setia pada Anwar, hinggakan semasa dalam UMNO dahulu pun beliau masih menyokong Anwar, cuma tindakan Zaid bagaikan silap percaturan apabila mempercayai cakap Anwar yang kononnya sudah mahu menjadi PM Malaysia dengan projek 16 Septembernya.

Akhirnya kini, Zaid menjadi mangsa buli di PKR, demokrasi yang beliau cari selama ini musnah di tangan Anwar dan Azmin. KeADILan yang diperjuangkan oleh PKR hanyalah KEADILAN untuk Anwar dan juga kroni2nya, bukan keadilan untuk Malaysia.

P/s: Sedih betul mengenang nasib Zaid sekarang.

Mctheory:
Dulu eksyen sangat, sekarang baru nak menyesal.  

Jumaat, 12 November 2010

LAAA NAK TUBUH PARTI BARU LA PULAK!!


Baru dua tiga lepas Mc dok perli suruh Zaid bukak parti baru. Tiba2 semalam memang benar dia buat kenyataan kalau dia dipecat dia akan tubuhkan parti baru. he he he.. Parti baru untuk parti Keadilan.. Apa agaknya nama parti tu ye? Parti Keadilan Liberal? Atau Parti Demokrasi Keadilan? he he..tah apa2 la si Zaid ni.

"Kalau mereka pecat saya, maka saya kena buat (parti) Keadilan Baru. Takkanlah saya nak pencen dan balik nak jadi peguam, tua dah tak boleh.


"Saya akan teruskan perjuangan. Saya percaya dapat melakukan transformasi politik dengan cara begini.


"Apa yang saya cuba lakukan mungkin tidak berjaya sepenuhnya, tetapi ia memang menjadi hasrat saya dari awal," katanya pada majlis dialog bersama lebih 100 ahli PKR dari kawasan Kedah Tengah di Pejabat PKR Taman Intan di sini. Sambung baca klik SINI

Dengar kata si Zaid ni nak rancang buat demo untuk bantah Majlis Pemilihan PKR nanti. Bagus la tu Zaid, selalu Anwar ajar orang ber'demo' kali ni ko pulak buat demo nak ajar Anwar. he he he.. Pusing sana. pusing sini.. nanti sama2 pening.

Tak payah ko pedulikan PKR lagi, ko keluar parti, tubuh parti baru, lepas tu, parti baru ko tu, hentam aje PKR 24 jam. Sampai Anwar nak kentot pun tak sempat. Bab nak hentam, ko upah la blogger dua, tiga ketul. Janji ko hentam PKR, Mc percaya mesti ramai yang sokong ko. Termasuk Mc sendiri.. he he he..

P/s: kalau ko nak upah blogger tu, jangan lupa yang disini... ha ha ha...

Mctheory:
Kami sokong siapa saja yang hentam Anwar... ha ha ha... hentam politik, bukan hentam belakang weoo.. he he he..

Selasa, 9 November 2010

APABILA ZAID DAH MULA 'GIVE UP' DENGAN PKR!!

"Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini dalam tulisan terbaru blognya, disiarkan semalam."

Berita yang menggemparkan semalam ialah Zaid Ibrahim telah meletakkan semua jawatan dalam PKR serta menarik diri dalam perebutan pemilihan jawatan Timb Presiden PKR . Beliau mendakwa pemilihan PKR kali ini dicemari dengan kecacatan dan tidak ada ketelusan .

Akhirnya Zaid Ibrahim telah buka matanya apabila parti yang baru disertai ini adalah 40 kali lebih teruk dari UMNO. Tangan-tangan Ghaib dalam PKR yang mencaturkan orang tertentu dalam pemilihan kali ini menunjukkan demokrasi dalam parti ini telah hancur !!

Keputusan Zaid ini pasti memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim selaku penasihat yang dilihat gagal menyelesaikan masalah dalaman dalam parti . Memang patut pun Dr Asri menggesa Anwar supaya berundur dari politik kerana rentak tari politiknya sudah sumbang .

Lihat lah sendiri parti inikah yang kita boleh harapkan menerajui kerajaan Persekutuan di Putrajaya ?? Poorah !!! Masalah dalaman dalam parti pun tak boleh selesaikan , ada hati nak ke Putrajaya ............

PKR kini sedang menuju kehancuran !!

sumber Pejuang Bangsa

Kesian la si Zaid ni, dulu ingat masuk PKR boleh jadi menteri penuh ke (kalau 16 sept menjadi), Timbalan Presiden ke, akhirnya jadi kuli kongkang jugak. Dah ramai orang bagi amaran, PKR ni parti keluarga dan rakan-rakan. Ko ni bukan rakan anwar, soo.. faham2 je la ye. Takdak harapan la ko nak hidup senang dalam PKR ni.

Disyorkan, ko bukak je parti baru. Parti Melayu Liberal ke, parti jack daniel ke, pun bagus jugak. Letak je lambang botol kat situ, nanti ramai kaki2 botol akan pilih ko punya. Jangan risau.. he he he..

P/s: alahai Zaid, masuk angin keluar asap... heh..

Mctheory:
Melepasssss.... ha ha ha..

Jumaat, 17 September 2010

ZAID IBRAHIM HANYA LAYAK MASUK PARTI 'TUPPERWARE'


Oleh JEFRI ZACHARIAH

Saya tidak tahu sebenarnya apa yang Datuk Zaid Ibrahim mahukan dalam perjuangan politiknya.Mana tempat yang dia pergi, pasti akan berlaku huru-hara.

UMNO, parti yang telah mengangkat namanya serta telah menjadikannya seorang yang berjaya, dilihatnya hanya sebuah parti yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah

Ini bukan saya yang kata, tetapi Zahid sendiri yang tulis dalam blognya.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dalam tulisannya menuduh ahli-ahli UMNO sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Zahid juga mendakwa yang ahli UMNO sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini

Amboi, bukan main pedas lagi dia menghina ahli serta parti yang pernah menjadi tempat dia bernaung dan 'cari makan' dulu.

Tak mengapalah, itu hak dia. Jadi sebagai manusia, saya terpaksa menerima hakikat yang kita sentiasa perlu menghormati pandangan orang, jadi dalam hal ini saya menghormati pandangan Zaid.

Lalu bila dia masuk PKR, saya ingat perangai buruknya yang asyik tak puas hati tu dah berubah, rupanya masih 'dok macam tu jugak' kata orang utara.

Terbaru dia meluahkan kekecewaannya pula terhadap PKR.

Apatah lagi bila dia lihat sokongan ahli PKR terhadap musuhnya, Azmin Ali 'lebih rancak' menjelang pemilihan jawatan dalam parti itu tidak lama lagi

Menurut Zaid, ketika dia ketika diterima masuk PKR setahun lalu, dia digelar sebagai wira, tetapi setahun kemudiannya dia dituduh tidak setia, pengacau dan menjual parti pada UMNO

Dakwa Zaid, sejak dia mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini".

"Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya.

" Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR" katanya.

Pulak dah!

Saya sekarang betul-betul keliru dengan Zaid.

Jika parti ini tak betul, parti itu tak betul, habis parti apa agaknya yang betul di mata peguam kita ini sebenarnya?

Lalu sewaktu saya sedang berehat-rehat, saya teringat zaman-zaman 70-an dulu.

Dulu mak-mak kita sering menganjurkan satu jamuan kecil-kecilan di antara sahabat dan jiran tetangga

Dalam jamuan tu selalunya mak kita akan goreng bihun dan buat air sirap atau teh 'O' untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang

Ini akan diikuti dengan sesi promosi barangan Tupperware, pada masa ini jugalah, tetamu yang mempunyai barangan Tupperware yang rosak boleh menukarkannya untuk mendapat barangan Tupperware yang baru

Jamuan ini dipanggil 'Parti Tupperware'

Saya rasa mungkin Zaid lebih layak untuk masuk ke parti ini. Dia boleh pecah monopoli jurujual Tupperware yang selama ini dikuasai golongan wanita.

Tetapi saya minta sangat-sangat, tolong jangan buat hal lagi.

Kalau dalam Parti Tupperware pun Zaid nak bergaduh, saya rasa dia dah cukup syarat untuk mendapatkan ubat atau setidak-tidaknya mendapatkan pemeriksaan pakar perubatan wad psikiatri daripada mana-mana hospital yang berhampiran.

Amacam, ada berani Datuk?

Sumber Malaysia Instinct

MctHeory:
Ahhh... sesuai.. memang sesuai bangat..

Khamis, 22 April 2010

ZAID JUAL BANGUNAN UMNO KELANTAN!



Mc ada cerita menarik pasal si mabuk botol ni. Ini bukan serang peribadi, ini cuma serang perangai buruk si pemabuk ni. Mungkin ada yang telah mendengar cerita ini dari berita, tetapi disini Mc nak terangkan lagi kenapa dan mengapa perkara ini berlaku.

Kisah ini terjadi pada tahun 2000. UMNO Kelantan telah membina bangunan yang bertapak di Kota Bharu. Pembinaan termasuk tanah dalam anggaran 5 juta kalau tak salah Mc la. Akan tetapi apabila sumber kewangan dari UMNO Kelantan terjejas dan ada pula kesilapan teknikal oleh pihak-pihak tertentu, sehingga menyebabkan bangunan UMNO yang telah siap dalam 80peratus tersebut tergendala dan hampir terbengkalai.

Dengan budi bicara dan jasa baik Zaid Ibrahim sebagai diantara orang kaya di Kelantan, selain N.ajis, kroni dan menantunya. Zaid dengan penuh ikhlas (kononnya) membantu UMNO Kelantan dalam sumber kewangan untuk menyiapkan bangunan UMNO tersebut dalam 20 peratus lagi.

Kini bangunan UMNO Kelantan sudah siap sudah beroperasi sekejap dan kini dikatakan sudah ditutup selepas Zaid dipecat dari UMNO, kemudian bangunan itu akan dijual pada pihak tertentu. Maklumat yang Mc dapat, mengatakan, Zaid mengaku bangunan UMNO tersebut kepunyaan dirinya dan jika UMNO mahu mengambilnya semula, Zaid mahukan 8 juta ringgit sebagai ganti duit proses penyiapan bangunan UMNO tersebut.

Jika permintaannya ditolak, Zaid al mabuki akan menjual atau mengadaikan bangunan UMNO di Kota Bharu kepada pihak yang lainnya. Begitula cerita yang Mc terima dari seorang individu yang boleh dipercayai. Kenapa la perangai ko buruk sangat Zaid? Kalau nak minta ganti rugi penyiapan bangunan tu pun, takkan sampai 8 juta? Banyak tu!

Rasanya kalau bangunan dah siap 80 peratus, kita cuma perlukan kemasan dan sedikit tambahan bagi mencantikkan bangunan. Takkanlah sampai 8 juta? Kenapa nak duit banyak sangat? dah kalah judi ke? Atau dah banyak habiskan duit untuk Hulu Selangor ni? Kita ni, biar rupa je buruk, perangai tu janganla buruk sangat. Macam ni nak jaga kawasan? Pakai lingkup la!

MctHeory:
Tolak Zaid di P094!

Selasa, 20 April 2010

BUKTI ZAID KAKI JUDI!

Perhatikan keratan web dibawah ini terutamanya yang dibulatkan. Cuba tengok nama siapa yang bertaruh didalam bulatan tersebut.






Dah habis baca dan tengok? Mungkin ada ada sesetengah pembaca yang sudah membaca keratan ini dan ada yang belum. Ini adalah bukti nyata yang menunjukkan Zaid Ibrahim ialah seorang kaki judi kuda. Dia selalu bertaruh pergi ke New Zealand untuk berjudi secara besar-besaran. Inikah yang calon wakil rakyat istimewa dari Pakatan untuk penduduk Hulu Selangor?

Dalam Portal Malaysiakini Zaid menafikan bahawa dia berjudi,

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan, jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan, katanya.

Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.
sambung baca sini

Kiranya masa dia dalam UMNO dia jahat la. Macam tu la dia nak beritahu kita. Lepas dia keluar dari UMNO, dia terus jadi baik ke? Macam mana pula dengan keratan web di atas? Bukankah tarikh taruhan itu selepas dia dah keluar dari UMNO? Apa dia nak cakap lagi? Nak kata fitnah lagi ke?

Kalau orang macam ni pun penduduk Hulu Selangor mau undi, nampaknya habis la musnah masalah sosial di Hulu Selangor nanti. Pasti banyak kedai judi dan nombor ekor yang akan diluluskan olehnya.

sumber TheUnspinners

MctHeory:
Lepas ni Pas boleh keluar fatwa kata judi kuda takpa tu sukan tak haram la!

Ahad, 18 April 2010

AHLI PAS TOLAK ZAID!


gambar diatas adalah sebagai hiasan semata-mata, bukan ahli Pas yang ni kot! Kalau yang ni, sahih sokong BN punyalah! keh keh keh!

Mc gumbira mendengar berita bahawa masih ada ahli Pas yang sedor diri dan berfikiran waras. Rupanya masih ada lagi ahli Pas yang memegang teguh pada perjuangan asal Pas yang mahu menegakkan syiar Islam.

Mc bukan menyokong Pas. Tapi Mc menyokong ahli Pas yang mahu menolak Zaid di Hulu Selangor. Walaupun Hadi Awang sudah mengeluarkan arahan supaya menyokong calon PKR dalam PRK kali ini, akan tetapi masih ramai yang terkilan dengan pemilihan Zaid sebagai calon disana.

Apakah pak imam, bilal, tok siak dan khatib-khatib masjid mahu menyokong seorang sosialis dan berfikiran sekular? Sedangkan dulunya bersembur dan berbuih mulut orang masjid ahli Pas ni mengutuk UMNO kerana menolak Islam, tetapi kini mereka dipaksa menyokong seorang yang lagi maha teruk dan berfikirkan ala barat.

Memang patut pun mereka menolak Zaid ni. Sebab dia ni teruk, dalam UMNO dulu pun ramai orang tak suka dia ni, perangai macam jamban. Agama langsung tak penting, memang sesuai dengan Anwar, pejuang sosialis, liberal, sekular dan kebebasan segala-gala.

Apapun, dari calonkan Zaid. Baik ambil je si Ronnie Dap bertanding kat situ, lebih kurang je, takde bezanya. Pasti banyak pusat-pusat spa, kedai minuman keras, nombor ekor dan kedai cafe game judi dibuka kat Hulu Selangor. Baru maju betul tak?

MctHeory:
Undilah Zaid untuk kebebasan segalanya!

Selasa, 13 April 2010

BANYAK PERKARA BURUK ZAID AKAN DIBONGKAR!



Mc dapat berita ni dari Malaysian Insider, Mc paste kan artikel ni bukannya apa. Ini petanda buruk bagi PKR yang memilih Zaid. Dia ni bekas tahi busuk dalam UMNO. Dari dulu lagi dia nak keluar UMNO nak ikut Anwar, tapi buat sementara waktu dok jadi spy Anwar kat dalam UMNO. Ts Muhyidin Yassin dan bunyikan gendang perang untuk Zaid. Tunggu masa nak kena kebumi saja la.

Mc dan beberapa orang rakan nak turun pi Hulu Selangor tengok keadaan nanti. Sementara ni sibuk dengan kerja so agak susah nak bergerak. Apa pun baca kenyataan dibawah!

KUALA LUMPUR, 13 April — Barisan Nasional (BN) akan membongkarkan banyak perkara tentang Datuk Zaid Ibrahim yang bakal diturunkan oleh Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Dalam pilihan raya ini banyak yang kita akan bongkar tentang Zaid Ibrahim ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Antara Pemimpin BN Perlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kangar hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu:

“Kita tahu latar belakang Zaid Ibrahim. Tapi bagi kita, siapapun kita boleh hadapi,” katanya.

Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Umno ini, orang ramai patut ke Kota Baru jika mahu mengetahui dengan mendalam siapa sebenarnya Zaid.

“Kalau pengundi Hulu Selangor nak tahu latar belakang Zaid Ibrahim pergilah ke Kota Baru dan tengok sendiri, Zaid Ibrahim pernah jadi Ahli Parlimen dan ketua bahagian,” katanya.

Maklumat tidak rasmi menyebut, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah dipilih untuk diturunkan di Hulu Selangor kali ini.

Pengumuman rasmi mengenai pemilihan beliau akan dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat malam ini.

Zaid memenangi kerusi Parlimen Kota Baru pada 2002.
- M.I

Lagipun Zaid bukan anak tempatan. Buat apa bagi dia bertanding kat Hulu Selangor, Apakah PKR Selangor sudah kehabisan ahli untuk buat calon? Kesian-kesian..tunggu buah tangan kami seterusnya nanti!

MctHeory:
PKR sudah korek lubang kubur sendiri!

ZAID MABUK IBRAHIM CALON PKR HULU SELANGOR!



Mc mendapat berita bahawa calon bagi PKR Hulu Selangor nanti ialah Zaid Ibrahim. Penyelaras Pakatan haram dan juga kroni terdekat anwar.

Mc sudah menerangkan bahawa PKR pastinya akan meletakkan Zaid jika mereka mahu menang di Hulu Selangor. Biro politik PKR yang mesyuarat dirumah anwar pagi tadi mengesahkan keputusan ini.

Ini bermakna, PKR menurunkan orang kuatnya dan menghabiskan modal yang besar bagi PRK kali ini. Bagaimana pula dengan BN? Masih MIC ke? Zaid bukan calang-calang orang, walaupun terbuang dan mabuk tapi dia ni pandai memusing dan menipu.

Nampaknya anwar begitu percayakan si zaid. Mc percaya PKR akan mengunakan segala yang mereka ada untuk mempertahankan PRK kali ini. Bak kata orang, bertahan lagi teruk dari yang menyerang. Betul tak?
MctHeory:
PKR dah takde orang lain. Zaid tumbang, tumbang la PKR!

Sabtu, 6 Mac 2010

APABILA ZAID MABUK CUBA MENJADI HERO PKR!



Dalam kekecohan mengenai ahli parlimen dan adun PKR melompat keluar parti. Tiba-tiba si Zaid mabuk bersuara memarahi Ds Najib, kononnya Ds Najib adalah dalang kepada semua ini. Zaid ni cuma menuduh Ds Najib dengan tanpa sebarang bukti. Nampak sangat kesan kemabukkannya masih belum lagi hilang dan membawa kesan jangka panjang kepada otaknya.

Apa perlunya Ds Najib membeli ahli parlimen PKR yang tiada kepentingan untuk keluar daripada parti? Buat rugi duit je. Sudahla mereka keluar PKR, mereka juga tidak menyokong UMNO/BN. Mereka betul-betul bebas dan keputusan mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Atas motif apa Ds Najib membeli mereka? takdak untung pun.

Hanya Pakatan Haram yang mengesyaki Ds Najib, sedangkan Ds Najib sendiri tidak mengetahuinya. OKlah anggap saja jikalau Ds Najib hanya mahu kedudukan BN 2/3 dalam parlimen. Mc ingat semua itu tak perlu lagi, Zaid sendiri dah terangkannya, betapa tidak perlunya 2/3 dalam parlimen. Kerana kerusi ahli parlimen BN tetap lebih dan tetap lebih berkuasa dalam parlimen.

Bila Mc membaca kenyataan Zaid dalam Haramkah dan portal anti melayu. Mc ketawa sendiri, adakah patut Zaid menyuruh Ds Najib mencontohi kepimpinan Pak Lah dan cara pentadbirannya? Jika Ds Najib betul-betul mencontohi Pak Lah, maka lingkuplah sekali lagi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang. Seterusnya Malaysia pun lingkup!

Zaid juga mendoakan Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (masih PKR) keluar daripada parti secepat mungkin. Mc nak tanya Zaid, apakah jika Zulkifli ini lompat keluar dari parti, bermakna dia juga sudah dibeli oleh Ds Najib? Sedangkan kita semua tahu bahawa Zul memang bermasalah dengan anwar dan PKR.

Masalah Zul tercetus apabila dia menghentam anak buah anwar si Khalid Gereja berkenaan isu kalimah Allah dan membuat report keatas Khalid. Atas sebab demikian, anwar terus menyerangnya dan menganggap Zul umpama anggota pembangkang yang sesat. Kes tersebut sudah lama sejuk. Kini timbul pula Zul akan keluar PKR. Tetapi kenyataan Zul bahawa dia tidak mahu keluar PKR membuktikan dia hanya hangat-hangat tahi ayam dalam segala hal.

Mc taktahu si Zul ni wayang kononnya perjuangkan Islam. Atau wayang nak popularkan dirinya untuk mencari perhatian rakyat. Kini Zaid pula siap berdoa semoga Zul keluar dari PKR. Bagus la tu, sipemabuk doakan si pembohong. Memang kena sangat! Apapun, setiap kenyataan yang Zaid keluarkan untuk akhbar dan portal, hanyalah untuk menunjukkan dia hero dalam PKR dan pakatan haram. Tapi dia tak sedar, bahawa dia hanyalah seorang pemabuk tegar dalam PKR.

MctHeory:
Dulu depa kata yang lompat keluar ni semua sebab bermasalah. Lani depa kata mereka ni lompat sebab Ds Najib yang beli. Yang mana satu yang betui ni? Cakap serupa orang mabuk betui la!