Sabtu, 6 Mac 2010

APABILA ZAID MABUK CUBA MENJADI HERO PKR!



Dalam kekecohan mengenai ahli parlimen dan adun PKR melompat keluar parti. Tiba-tiba si Zaid mabuk bersuara memarahi Ds Najib, kononnya Ds Najib adalah dalang kepada semua ini. Zaid ni cuma menuduh Ds Najib dengan tanpa sebarang bukti. Nampak sangat kesan kemabukkannya masih belum lagi hilang dan membawa kesan jangka panjang kepada otaknya.

Apa perlunya Ds Najib membeli ahli parlimen PKR yang tiada kepentingan untuk keluar daripada parti? Buat rugi duit je. Sudahla mereka keluar PKR, mereka juga tidak menyokong UMNO/BN. Mereka betul-betul bebas dan keputusan mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Atas motif apa Ds Najib membeli mereka? takdak untung pun.

Hanya Pakatan Haram yang mengesyaki Ds Najib, sedangkan Ds Najib sendiri tidak mengetahuinya. OKlah anggap saja jikalau Ds Najib hanya mahu kedudukan BN 2/3 dalam parlimen. Mc ingat semua itu tak perlu lagi, Zaid sendiri dah terangkannya, betapa tidak perlunya 2/3 dalam parlimen. Kerana kerusi ahli parlimen BN tetap lebih dan tetap lebih berkuasa dalam parlimen.

Bila Mc membaca kenyataan Zaid dalam Haramkah dan portal anti melayu. Mc ketawa sendiri, adakah patut Zaid menyuruh Ds Najib mencontohi kepimpinan Pak Lah dan cara pentadbirannya? Jika Ds Najib betul-betul mencontohi Pak Lah, maka lingkuplah sekali lagi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang. Seterusnya Malaysia pun lingkup!

Zaid juga mendoakan Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (masih PKR) keluar daripada parti secepat mungkin. Mc nak tanya Zaid, apakah jika Zulkifli ini lompat keluar dari parti, bermakna dia juga sudah dibeli oleh Ds Najib? Sedangkan kita semua tahu bahawa Zul memang bermasalah dengan anwar dan PKR.

Masalah Zul tercetus apabila dia menghentam anak buah anwar si Khalid Gereja berkenaan isu kalimah Allah dan membuat report keatas Khalid. Atas sebab demikian, anwar terus menyerangnya dan menganggap Zul umpama anggota pembangkang yang sesat. Kes tersebut sudah lama sejuk. Kini timbul pula Zul akan keluar PKR. Tetapi kenyataan Zul bahawa dia tidak mahu keluar PKR membuktikan dia hanya hangat-hangat tahi ayam dalam segala hal.

Mc taktahu si Zul ni wayang kononnya perjuangkan Islam. Atau wayang nak popularkan dirinya untuk mencari perhatian rakyat. Kini Zaid pula siap berdoa semoga Zul keluar dari PKR. Bagus la tu, sipemabuk doakan si pembohong. Memang kena sangat! Apapun, setiap kenyataan yang Zaid keluarkan untuk akhbar dan portal, hanyalah untuk menunjukkan dia hero dalam PKR dan pakatan haram. Tapi dia tak sedar, bahawa dia hanyalah seorang pemabuk tegar dalam PKR.

MctHeory:
Dulu depa kata yang lompat keluar ni semua sebab bermasalah. Lani depa kata mereka ni lompat sebab Ds Najib yang beli. Yang mana satu yang betui ni? Cakap serupa orang mabuk betui la!

3 ulasan:

amieiezam berkata...

McT,

syd husin kata ini proses pembersihan

saifudin nasution kata ia bukan masalah dalaman parti

aisehhh Nuar plak kata YA PARTI ADA SIKIT MASALAH..

banyaknya helah!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini dia firaun firaun kecil yg YB Zul katakan sudah diketahui.Hanya Firun besar belum diberitahu olih YB Zul.

Bakaq beca Biol berkata...

Soalan kpd Nik Najis..

Apa hukumnya menuduh orang tanpa usul periksa??

Jawab Pork Nik Najis..

1. Kalau naok tuduuh Najip tak po..kecek lah gapo pun Najib altantuya, Rosemah puaka..kawe setuju belako..puok2 sete


2. Kalau naok tuduuh Nuar jubo, haram. Bahke mahkamah kena guguu tuduhe... ado saksi/bukti ko, tipu belako...