Sabtu, 6 Mac 2010
WASIAT BAPA KEPADA ANAK!
Kepada Anakku!
Wahai anakku andaikata engkau lahir nanti, nescaya bapa mahu engkau hidup seperti mana bapa rasai dahulu. Bapa mahu engkau juga rasa bagaimana amannya negara kita, seperti mana datuk nenek kita berjuang dan mempertahankan keamanan negara dan mewasiatkannya kepada bapa dan generasi akan datang.
Bapa mahu engkau rasa bagaimana kuasa Islam diutamakan di Malaysia. Hak Islam tak boleh dicabar! Hak Islam hanya untuk eksklusif umat Islam. Penggunaan Kalimah Allah telah lama menjadi milik kita. Bapa akan pertahankan seperti mana umat Islam Malaysia yang terdahulu mempertahankannya.
Malaysia Raja dan tetap akan mengekalkan sistem dirajanya. Raja ialah bukti kuasa Melayu dan Islam akan terus berkuasa. Tanpa raja, umpama orang melayu sudah tiada payungnya. Sudah tiada pelindung jika ada orang yang cuba mencemarkan agama dan bangsa kita. Maka sebagai orang melayu kita perlu mempertahankannya.
Bapa rasa amat bertuahnya kaum Melayu ada Tanah Air sendiri. Kaum melayu ada negaranya sendiri. Walaupun negara kita berbilang kaum, hak melayu tetap tak dipinggirkan. Hak kita semasa perjanjian kontrak sosial bersama kaum lain pasti akan kekal untuk generasi yang akan datang dan pastikan ia kekal!
Bapa juga berbangga kerana parti orang melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dan hak melayu masih wujud dan kukuh untuk membela melayu. Andaikata engkau besar nanti, janganlah engkau harap ada parti melayu selain UMNO yang akan membela nasib orang melayu. Masakini orang melayu sanggup jual kepenting melayu demi wang dan kuasa!
Insyallah. .anakku, apa yang telah menjadi hak kita dan diperturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu, akan bapa pertahankan. Bujur lalu melintang patah. Andaikata Malaysia kehilangan salah satu perkara diatas, maka malulah kita generasi masakini kerana tidak dapat mewasiatkan negara Malaysia yang telah diperjuangkan sekian oleh nenek moyang kita dahulu kepada anak dan cucu kita kelak.
Jangan sampai sejarah kegemilangan Malaysia dan bangsa melayu berakhir ditangan kita (masakini). Jangan sampai anak cucu kita merempat di Tanah air sendiri. Jangan sampai anak cucu kita sudah tidak kenal mana satu Allah Islam dan Allah Kristian.
Jangan sampai kita disalahkan oleh generasi akan datang kerana memusnahkan Malaysia disebabkan tamak wang, harta dan gila berpolitik.
MctHeory:
Anakku! andaikata bapa pergi dulu. .engkau sambunglah perjuangan bapa. .untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air. Sekian!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
sapalah buat wasiat bodoh ni
tolak Umngok
UMNO-APCO
Catat Ulasan