Isnin, 15 November 2010

BENARKAH ZAID RINDU UNTUK KEMBALI PADA UMNO?

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,”
(Sumber Blog Zaid Ibrahim)


Akhirnya Zaid Ibrahim berundur. Berundur dari PKR. Berundur dari percaturan politik kotor PKR. Beliau bertindak meletak kesemua jawatan di dalam PKR termasuklah jawatan Ketua PKR Cabang Wangsa Maju.

Apa yang hendak saya perkatakan. Desakan saya bersama blogger2 Wangsa Maju akhirnya berjaya. Memang benar kata saya. Tiada apa yang hendak diperjuangkan di dalam PKR. Ini realiti.

Zaid Ibrahim diharap lebih insaf dengan tindak tanduk yang dia telah lakukan selama ini. Tindakan Zaid keluar dari UMNO dan memilih PKR sebagai wadah perjuangan 'keadilannya' memang silap. Dan saya percaya, Azmin Ali kini sedang bergumbira kerana strategi politik kotor dia kini berjaya. Memang rabak dia buat pada Zaid Ibrahim.

Jika dilihat dari kesan pada wadah perjuangan UMNO Wangsa Maju, ianya dilihat berjaya. Berjaya menyingkirkan PKR Wangsa Maju secara total. PKR Wangsa Maju kini terpaksa merangkak sendiri setelah bekas Bos mereka tidak berminat lagi meneruskan perjuangan palsu Anwar Ibrahim.

Tapi kesan pada UMNO dan BN Pusat? Adakah Azmin adalah pesaing utama kita dalam arena politik tanah air? Jangan lupa, Azmin seorang ahli politik yang licik. Jangan kata mencantas UMNO, Anwar Ibrahim sendiri dia mampu cantas. Cantas dengan apa jua cara, walaupun dengan cara kotor.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan."
(Sumber Blog Zaid Ibrahim)


Tak mengapalah Zaid. Saya tahu, kini anda begitu merindui UMNO. UMNO yang kamu katakan dahulu parti yang tidak telus. UMNO yang kamu katakan semakin kotor. UMNO yang kamu katakan mengamalkan politik penuh penyelewengan, tidak adil dan cantas mencantas yang melampau. Kini? Kamu yang menjadi mangsa. Bukan mangsa di dalam UMNO. Tapi mangsa di dala parti yang kamu sanjungi ketika dahulu.

Apa parti pilihan anda selepas ini? PAS? atau DAP? Zaid, kamu memang menjadi bahan sarkas selepas keluar dari UMNO. Pergilah ke mana2 parti pembangkang yang kamu pilih. Kamu memang akan terus dipijak.


Dari sini pun kita sudah tahu, betapa buruknya PKR berbanding UMNO, betapa jijiknya pentadbiran PKR berbanding UMNO. Zaid ni begitu setia pada Anwar, hinggakan semasa dalam UMNO dahulu pun beliau masih menyokong Anwar, cuma tindakan Zaid bagaikan silap percaturan apabila mempercayai cakap Anwar yang kononnya sudah mahu menjadi PM Malaysia dengan projek 16 Septembernya.

Akhirnya kini, Zaid menjadi mangsa buli di PKR, demokrasi yang beliau cari selama ini musnah di tangan Anwar dan Azmin. KeADILan yang diperjuangkan oleh PKR hanyalah KEADILAN untuk Anwar dan juga kroni2nya, bukan keadilan untuk Malaysia.

P/s: Sedih betul mengenang nasib Zaid sekarang.

Mctheory:
Dulu eksyen sangat, sekarang baru nak menyesal.  

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ZAID NI DAH KAYA

JANGAN DIA NAK MENAFIKAN BAHAWA UMNO MENYUMBANG KEPADA KEKAYAAN DIA

SPESIS ZAHID, ANUAR, DAN LAIN LAIN YANG DAH MENTAHKEDARAH DUIT DALAM UMNO NI MEMANG SIAL, MEMANG CELAKA, PADAN PUN MUKA MEREKA MEREKA NI JADI MACAM NI.

INI SEMUA KES TAMAK, TAK CUKUP KUASA, MAHU BOLOT SEMUA HARTA NEGARA, BUAT APA SAHAJA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.

KEPALA BU*** LAH PERJUANGAN ...

KAMI RAKYAT YANG DIBAWAH NI YANG TAHU BERSYUKUR, TAK KAYA KERANA PARTI ,, KALAU KAMI BODOH PUN KERANA KAMI GAGAL JATUHKAN PUAK PUAK MACAM ZAHID DAN ANUAR NI MASA DALAM UMNO DULU ..

BABI LU ZAHID , ANUAR , AZMIN, CUKUP CUKUPLAH , DAH BUNCIT PERUT TU DAH ,MENTAHKEDARAH ARAK DAN DUIT HARAM

TAUBAT TAUBATLAH , JANGAN MENYUSAHKAN KAMI DENGAN PERANGAI KORANG ...

walau apa pun dikata aku tetap UMNO

jejakazman berkata...

betul jugak tu , dia dah kaya cuma takde kuasa saje .
Orang dah kaya takde kuasa tak ada guna jugak .
Sebab itu orang dah kaya banyak masuk politik sebab nak kuasa dan dari kuasa baru boleh lebih kaya .
Bagus lagi kalau dia buat amal banyak2 sebab umur bukan muda lagi dah .
Duit yang banyak tu infakkan sahaja ke jalan allah , itu baru lah besar untungnya , Bukan gitu zaid ....

jejakazman berkata...

bagus kalau dia tumpukan pada penyatuan melayu , insaflah ada agrnda yng lebih mustahak lagi jika di bandingkan dengan berpolitik tak tentu hala ni .

Tanpa Nama berkata...

MCM ORG BERCINTAN..BENCI2 TP RINDU TU BROO. MATE ASIK JELINK2 KAT UMNO TAPI HATI BERAT NAK NGAKU YG DIA MASIH ADE HATI KT UMNO..NASIB KO LA ZAIDD ADOIYAII