Khamis, 22 April 2010

ZAID JUAL BANGUNAN UMNO KELANTAN!



Mc ada cerita menarik pasal si mabuk botol ni. Ini bukan serang peribadi, ini cuma serang perangai buruk si pemabuk ni. Mungkin ada yang telah mendengar cerita ini dari berita, tetapi disini Mc nak terangkan lagi kenapa dan mengapa perkara ini berlaku.

Kisah ini terjadi pada tahun 2000. UMNO Kelantan telah membina bangunan yang bertapak di Kota Bharu. Pembinaan termasuk tanah dalam anggaran 5 juta kalau tak salah Mc la. Akan tetapi apabila sumber kewangan dari UMNO Kelantan terjejas dan ada pula kesilapan teknikal oleh pihak-pihak tertentu, sehingga menyebabkan bangunan UMNO yang telah siap dalam 80peratus tersebut tergendala dan hampir terbengkalai.

Dengan budi bicara dan jasa baik Zaid Ibrahim sebagai diantara orang kaya di Kelantan, selain N.ajis, kroni dan menantunya. Zaid dengan penuh ikhlas (kononnya) membantu UMNO Kelantan dalam sumber kewangan untuk menyiapkan bangunan UMNO tersebut dalam 20 peratus lagi.

Kini bangunan UMNO Kelantan sudah siap sudah beroperasi sekejap dan kini dikatakan sudah ditutup selepas Zaid dipecat dari UMNO, kemudian bangunan itu akan dijual pada pihak tertentu. Maklumat yang Mc dapat, mengatakan, Zaid mengaku bangunan UMNO tersebut kepunyaan dirinya dan jika UMNO mahu mengambilnya semula, Zaid mahukan 8 juta ringgit sebagai ganti duit proses penyiapan bangunan UMNO tersebut.

Jika permintaannya ditolak, Zaid al mabuki akan menjual atau mengadaikan bangunan UMNO di Kota Bharu kepada pihak yang lainnya. Begitula cerita yang Mc terima dari seorang individu yang boleh dipercayai. Kenapa la perangai ko buruk sangat Zaid? Kalau nak minta ganti rugi penyiapan bangunan tu pun, takkan sampai 8 juta? Banyak tu!

Rasanya kalau bangunan dah siap 80 peratus, kita cuma perlukan kemasan dan sedikit tambahan bagi mencantikkan bangunan. Takkanlah sampai 8 juta? Kenapa nak duit banyak sangat? dah kalah judi ke? Atau dah banyak habiskan duit untuk Hulu Selangor ni? Kita ni, biar rupa je buruk, perangai tu janganla buruk sangat. Macam ni nak jaga kawasan? Pakai lingkup la!

MctHeory:
Tolak Zaid di P094!

2 ulasan:

McTheory berkata...

Maaf tadi ada kesalahan, Mc sudah betulkan! Harap Maklum!

fantaghiro berkata...

Dalam hal ini, aku tidak menyalahkan Zaid Ibrahim.

Ini kerana bangunan tersebut terbengkalai bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia jadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu dan menyiapkan bangunan tersebut.

Sudah pasti Zaid Ibrahim ada jasanya juga kepada UMNO.

Cuma dia tu terlalu angkuh masuk UMNO tapi nak orang dengar katanya 100% sedangkan dia masih orang baru.

Takkan orang lama nak dengar cakap orang baru.

Orang baru perlulah naik secara berperingkat dan jangan pula ingin orang lama mendengar cakapnya saja.

Kalau awak tu dah jadi orang lama juga, lainlah.

Undi Barisan Nasional di Hulu Selangor.