Jumaat, 27 Mei 2011
STOP!! PKR SUDAH TAMAT TEMPOH!! - Zaid Ibrahim..
Zaid Ibrahim – ”PKR Sudah sampai akhir hayat agaknya,”.
Begitulah reaksi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berhubung laporan yang menyebut parti itu kini berhadapan dengan krisis terbaru – ibu pejabat mereka bakal dilelong!
Ibu pejabat PKR yang terletak di bangunan Merchant Square, Bandar Tropicana dijangka dilelong berikutan kegagalan pemilik bangunannya membuat bayaran pinjaman bank.
Sebelum ini PKR berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu. Difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
Berdasarkan surat ROS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti itu, yang ditubuhkan April 1999.
Mengulas mengenainya, Zaid berkata, parti tersebut kelihatan ‘gagah’ hanyalah disebabkan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi keadaan tidak lagi sama seperti dulu.
” Gagah Anwar gagahlah PKR, begitulah sebaliknya,” katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim dari London kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Untuk rekod, buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara RM10,000 hingga RM20,000″.
Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Zaid turut ditanya mengenai ‘masa depan’ PKR berdasarkan pemerhatiannya.
Menurut Zaid, beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu.
” Saya tak tahulah masa depan PKR, tetapi bagi saya ia (PKR) tidak menyakinkan,” katanya lagi - Aidc
McTheory:
Benda-benda expired ni patut kena buang cepat-cepat nanti busuk!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan