Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Keluar Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluar Parti. Papar semua catatan

Rabu, 27 November 2013

INFO! Punca 11 Cabang PKR Keluar Parti di Sabah!



Mc sebenarnya menunggu respon dari Anwar atau mana-mana pemimpin tertinggi PKR untuk menjawab punca 11 cabang PKR Sabah keluar parti. Bukan seorang dua, tapi 11. Tentu ada sebab musabah yang menyebabkan semua ini berlaku.

Takkan PKR Sabah secara tiba-tiba saja syok nak keluar parti. Tentu ada alasannya tersendiri.

 

Sinarharian melaporkan:

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri. - Sinar.

Nak kata story ni untuk Pilihanraya, rasanya pilihanraya pun lambat lagi. Nak kata tipu, semua keluar tu ketua cabang. Apa kes ni agaknya?

Berita Sinarharian tu juga melaporkan:
Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katannya.

Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud). - Ibid. Dalam satu lagi berita Sinarharian melaporkan:

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin dari 11 cabang PKR keluar parti.

Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat Pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi... beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya. - Sinar.



PKR ada hati nak jaga negara, kononnya nak jaga rakyat, tapi dalaman parti sendiri pun berserabut dan tak terurus. Kalau bagi PKR jaga negara, entah, apa pulak jadi lepas ni.

Cuma yang Mc mushkilnya pasai apa sampai posting ni keluar pun, langsung takdak satu berita pun pasai ni keluar dalam Keadilandaily. Takkan ralit sangat berkonvensyen sampai tara tu punya masalah pun langsung takdak komen dalam media rasmi depa?

McTheory:
Ataupun Anwar dah blank taktau nak mohung apa lagi dah? he he..

Isnin, 19 Ogos 2013

PANASS!! Adun Dap Bakal Tinggalkan Parti!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sabah – Luyang, Hiew King Cheu dilaporkan The Star sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas di DUN Sabah.

Hiew berkata, beliau kini mendapatkan maklum balas daripada para penyokongnya untuk melihat apakah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya beliau meninggalkan DAP.

“Rakyat telah menyokong saya dan sekiranya saya tidak memberi sebarang pembangunan kepada kawasan saya, maka lima tahun sehingga pilihan raya umum yang akan datang tanpa sebarang pembaharuan akan membazirkan masa dan kerugian buat rakyat,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.

“Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat,” jelasnya.

Hiew berkata, peluang untuk mengubah kerajaan seperti yang diharapkan sebelum pilihan raya pada 5 Mei lalu kini tidak lagi boleh berlaku.

“Lima tahun merupakan tempoh yang panjang dan daripada saya tidak berbuat apa-apa dan berpendirian dalam parti sendiri, adalah lebih baik saya mempertimbangkan pilihan yang terbaik untuk rakyat,” katanya, sambil menambah ia tidak semestinya bermaksud beliau perlu menyertai Barisan Nasional.

“Saya masih lagi menunggu lebih banyak maklum balas. Saya tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Hiew juga turut meletak jawatan sebagai Penasihat DAP Sabah pada 12 Ogos lalu.

“Beberapa teman cuba ‘membunuh’ saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas,” kata Hiew.

“Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti,” tambahnya.

Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.

Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila empat Yang Berhormat (YB) membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Datuk Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.

Lajim yang asalnya mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) telah menyertai PKR dan berminat untuk menjadi Ketua PKR Sabah, sebaliknya Bumburing kekal sebagai ketua Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan menolak pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sertai PKR.

Pada 4 Ogos lalu, Hiew berkata tiada ‘arahan’ hitam dan putih untuk menyokong Bumburing dan beliau bersedia berhadapan dengan tindakan disiplin jika tindakannya melanggar arahan parti.

“Tiada perintah hitam dan putih untuk menyokong Bumburing. Saya mengikut naluri saya dan menyokong Lakim apabila beliau mendapat sokongan majoriti daripada di kalangan 12 anggota pembangkang dengan PKR mempunyai tujuh Adun,” kata Hiew kepada The Star Online.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru DAP memenangi 4 daripada 8 kerusi DUN yang dipertandingkan, PKR memenangi 7 daripada 43 kerusi dipertandingkan dan STAR hanya memenangi satu kerusi daripada 49 kerusi dipertandingkan.

Sementara itu, Pas tewas semua kerusi daripada 9 kerusi yang dipertandingkan, begitu juga SUPP tewas semua kerusi daripada 41 kerusi dipertandingkan. – AIDC

Ahad, 14 April 2013

TUDIAA!! Lagi PKR Kedah Keluar Parti!! #TukarKedah #SaveKedah


Semalam, 150 ahli PKR dari cabang Padang Serai termasuk Timbalan Ketua Cabang, Johari Teh telah mengumumkan keluar parti dengan menyertai Umno dan menyokong BN .

Kami dimaklumkan akan ada ramai akan keluar dari Pkr di Padang Serai selepas ini.

Borang keahlian diserahkan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan.

Nampaknya, selepas Lembah Pantai, Permatang Pauh ...kini PKR Padang Serai pulak terus berpecah !

Macam mana Bang Non ?? Apa dah jadi ni ?? Nak tawan Putrajaya macamana kalau jentera2 sendir dah hilang kepercayaan dan keluar parti- GPB

Keadaan ini berterusan, di Sik dah beribu-ribu orang Pas keluar parti dan masuk UMNO. Tak percaya? Tunggu yang panass dan Team Media Kedah kelak..

McTheory:
Pas Kedah dah nazak sekarang ni.. macam MB dia juga..

Jumaat, 12 April 2013

PANASS!! Kisah Bekas MB Selangor Confirm Nak Masuk Pas? #PRU13 #TolakPR


Dua hari yang lepas Nizar bekas MB Pakatan Perak kecoh kata bekas MB BN Perak dulu si Tajol Rosli nak masuk Pas. 

Lepas orang tuduh dan kata dia fitnah, tiba-tiba si Nizar ubah pulak statement kata bukan bekas MB Perak tapi bekas MB Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad.


“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

“Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat.

Jadi sekarang ni, Pas kata Mat Taib nak masuk Pas? Bukan Mat Taib ni dok sibuk berniaga kat Indonesia ka? Kata dah tak minat dengan politik lagi, sampai bahagian dia pun dia tak jaga dah. Tiba-tiba dengar nak masuk Pas, apa cerita ni Mat Taib?

Yang tua, yang reject, yang tamat tempoh semua nak masuk Pakatan, kenapa ya?

McTheory:
Pakatan Haram, pusat pengumpulan sampah-sampah terbuang!

Khamis, 4 April 2013

TUDIAA!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti!! #TolakPR #PRU13


Aiyoo.. makin lama makin karam la PKR, mungkin orang dah malas nak duduk dalam parti anak beranak ni kot. Kalau boleh nak angkut satu keluarga semua masuk dalam parti tu. Kemudian, apa yang anak beranak depa cakap, semua kena ikut, walaupun tak betul.

Siapa yang boleh tahan dengan perangai puak Anwar ni!!

SUNGAI SIPUT - Seramai 40 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan.

Ketua Pemuda PKR bahagian Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah.

"Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

Kawasan itu disandang Dr. Micheal D.Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri S. Samy Vellu dan calon Bebas Nor Rizan Oon dengan majoriti 1,821 undi.

Aminuddin berkata, mereka juga difahamkan pucuk pimpinan PKR merestui calon PSM untuk bertanding atas tiket sendiri di kawasan parlimen berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Beliau yang menjawat jawatan ketua pemuda sejak 2001 akan mengatur strategi supaya BN dapat merampas semula kawasan berkenaan.

Sementara itu, Dzulkifli berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Aminuddin dan anggotanya kerana memberi sokongan kepada BN.

"UMNO bahagian bangga kerana kembalinya bekas pemimpin PKR yang juga anak didik saya dahulu. Tepat pada masanya...kehilangan keyakinan mereka kepada pembangkang dapat membantu BN Sungai Siput," katanya. -Bernama

Ahad, 23 September 2012

PANASS!! Lagi Ahli UMNO Keluar Sokong Dap!!


Ishh silap pulak tajuk tu.. rupanya ahli Dap masuk BN!! Aduhh.. kalau korang keluar dari Dap. Nanti dalam Dap tu nak tinggal sapa? Tinggal adik beradik dinasti Lim saja ka? he he..

Ahad, 29 Julai 2012

PANASS!! Rahsia Datuk Lajim Ukin Masuk PKR??


Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.

Pada 11 November 2010, semasa NGO penubuhan pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Tawau, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.

Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah. Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.

Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort.

Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.

Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).

Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.

Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti.

Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.

Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.

Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%. Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN.


Maka, mengapa perlu bimbang?


Artikel ini dipetik dari blogger jentayuabaka.

Selasa, 26 Jun 2012

TUDIAA!! Lagi Ahli UMNO Masuk Pas di Kedah!! #TukarKedah



Ehh.. silap pulak.. ahli Pas masuk UMNO.. he he..

BUJANG - Abdul Mutalib Jaafar, 55 bersama isteri Mariam Bakar 58, hari ini menyertai kira-kira 30 ahli Pas dari sekitar kampung Jilid 8, Kampung Gelam dan Kampung Teluk Che Lela menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela disini.

Beliau yang telah menjadi ahli dan mengundi Pas sejak hampir 20 tahun berkata, keputusan itu dibuat kerana merasakan hanya UMNO yang mampu menjaga kebajikan rakyat memandangkan wakil rakyat dari Pas yang sepatutnya menjaga mereka gagal berbuat demikian selain faktor Pas yang kini dilihat lebih gilakan kuasa berbanding menegakkan Islam.

"Walau apa pun masalah yang dihadapi penduduk, mereka tidak pernah cuba untuk selesaikan walaupun masalah itu kecil",

"Malah mereka langsung tidak mencuba dan menyerahkan bulat-bulat untuk diselesaikan oleh wakil UMNO yang banyak membantu kami", katanya.



 Abdul mutalib mewakili bekas ahli Pas, menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Tajul. 

Sementara itu, Dato' Hj. Tajul Urus berkata, Pas telah banyak berubah dan lari dari perjuangan asal kerana taksub untuk berkuasa dan mengalahkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP yang jelas anti Islam dan melayu.

Tambahnya, Pas juga tidak segan silu untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri meskipun menyedari bahawa Anwar terpalit dengan begitu banyak masalah yang tidak melayakannya untuk menjawat jawatan tersebut.

Beliau berharap penyokong Pas menyedari bahawa Pas kini lebih banyak membawa kesesatan apabila sanggup membuat hukum berdasarkan kehendak DAP dan Anwar Ibrahim. 

Selasa, 29 Mei 2012

PANASS!! Pemuda UMNO Hulu Selangor Keluar Parti!!


Sebenarnya dah berapa minggu lepas lagi Mc dah dengar cerita ni. Tapi Mc malas nak layann.. cuma kenapa dan sebab apa mereka ni keluar parti, itu yang menjadi masalahnya.. tiba-tiba nak keluar..

Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor Yusri Ishak telah mengisytiharkan keluar parti . Beliau membuat pengisytiharan di hadapan penyokongnya .

Apabila ditanya wartawan, adakah hanya beliau yang keluar. Penyokongnya bersorak mengatakan mereka juga akan keluar UMNO.

Namun, benarkah beliau betul-betul mahu keluar UMNO, jangan jadi macam Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar yang begitu marah nak masuk DAP akhirnya kembali semula kepada UMNO.

Yusri Ishak berkata, beliau keluar parti kerana nak tumpu kepada perniagaan dan keluarga, bukan kerana perkara lain. Malah beliau juga tidak akan menyertai parti politik lain kerana beliau keluar parti, bukan atas alasan mahu berpolitik lagi.

Inilah perkara yang paling pelikk.. namun dalam politik, apa-apa pun boleh jadi.


McTheory:
Tak mau aktif pun, tak payah la nak keluar parti.. pelik-pelik..

Jumaat, 3 Februari 2012

GEMPAR!! Zaid Ibrahim kena Sindrom Lemah Tenaga Batin?




Aikk.. belum sampai PRU dah bubar? Apa jadi ni Zaid? Takdak sokongan ka? Atau ada pihak tertentu dari Pakatan Haram menyuruh parti KITA dibubarkan? Kalau difikirkan, baik bubar saja, sebab parti KITA ni serpihan PKR. PKR pula serpihan UMNO. Baik ko masuk je balik PKR tu. PKR pun dah tak ramai ahli sekarang ni, ramai yang dah keluar. Jadi adalah lebih baik, ko bawak masuk semua ahli ko masuk PKR.

Rabu, 1 Februari 2012

GEMPAR!! Akibat Mempermainkan Islam, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!!



Seramai 320 ahli PAS telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal. Mereka mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul.

Jumaat, 27 Januari 2012

EKSKLUSIF!! Lagi Ahli Pas Tegar Keluar Parti di Sik Kedah!!

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Tajudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS di Sik, Kedah, bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik, yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS.

Rabu, 25 Januari 2012

EKSKLUSIF!! Pemuda Pas Serah Borang Masuk UMNO!! #SaveKedah

sedikit ucapan sebelum serahan borang

penyerahan borang

check dulu...

siap kira lagi, nak confirm.. hehe..


Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Selasa, 17 Januari 2012

KASI PANAS!! Video Ahli Pas Masuk UMNO!! Betul ke?


Video ahli Pas masuk UMNO?

Betul ke.. bukan UMNO masuk UMNO?

Selalunya Haramkahdaily tak percaya kalau ada ahli Pas masuk UMNO. Dorang dok muhung kata ahli UMNO masuk UMNO.

Pencacai Pas pun terlopong mulut percaya apa yang haramkahdaily kencing..

Depan mata pun boleh kena kencing.. memang bangang tahap Mat Sabu, puak Pas ni.

Sabtu, 14 Januari 2012

TUDIA LAA!! Penangan Hasan Ali, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!! Update Gambar!








Gambar dari blog Keris7lok

KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Isnin, 26 Disember 2011

KASI PANAS!! LAGI AHLI PAS MASUK UMNO!!



Makin lama makin meluat orang dengan Pas. Janji macam-macam tapi haram apa pun takdak. Apa yang Pas tahu hanyalah jilat Dap, sanjung Dap, puja Dap. Sebab Pas percaya, Pakatan Haram sekarang amat bergantung kepada Dap untuk mengalahkan BN. Jika Dap takdak, PKR dan Pas.. boleh bungkuih buat nasi lemak. he he he...

Jumaat, 23 Disember 2011

KASI PANAS!! APA NIH? AHLI PKR KELUAR PARTI LAGI??


Asyik cerita pasal Kedah saja.. kali ni Mc ambil cerita dan video dari rakan bloggers Penang MPP.

Sapa kata rakyat tak percaya pada video chinadoll Anwar? Sapa kata ahli PKR sendiri masih setia pada Anwar selepas kes liwat dia di Mahkamah?

Hari ni jadi bukti, 130 orang ahli PKR dikawasan Tanah Liat Permatang Pauh bertindak beramai-ramai keluar parti sebab dah bosan dengan janji hancing Anwar.

Selasa, 15 November 2011

PANAS LAGI!! Makin Ramai Pulak Ahli PKR Keluar Parti!!



Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Selasa, 25 Oktober 2011

GEJUT KEDAH! Ahli Pas Kuala Muda Keluar Parti!!



Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.

Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.

Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.