Sabtu, 14 Januari 2012

TUDIA LAA!! Penangan Hasan Ali, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!! Update Gambar!








Gambar dari blog Keris7lok

KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.


Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA

McTheory:
Ramai lagi yang rancang nak keluar.. 

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belakun je semuanya muka UMNO belaka yang tu dolah pak mat ibrahim saya kenal belaka.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah saya bersama dengan 457 orang ahli PAS akan menyertai UMNO dlm masa terdekat, ada kemungkinan ramai lagi akan mengikut jejak kami.

Kami berpendapat walaupun UMNO bukanlah sebuat parti yang sempurna disebabkan oleh segelintir ahlinya yangcorrupt tetapi jauh lebih baik dan bermenafaat dari PAS.

Saya dan rakan2 berazam untuk membantu UMNO dari dalam untuk menuju kearah yang lebih cemerlang demi perpaduan Melayu Islam.

Anda bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Patut Demeni dah lama tinggalkan
PAS..Yeob!!

Ate dah bodoh..mane Deme nak
keluor tinggalkan PAS.

Oghang lain cheghodekk..

Kalau nak tau Permata, belajor
lah ilmu Permata dulu...
Kalau tak, kacapun mu kato
Permata, bodoh,bahalul.

Nak perjuangkan Islam,tapi ape
tu Islam pun mu tak tahu.
Sifat Allahpun mu tak kenal..
Mu kata kalimah Allah pun
DAP boleh pakai..aaahh ghosaklak
Aqidah mu..Mu ikut wahabi kato
Tuhan dok di langit ada kaki
ada tangan,aahhghosak lah
Aqidahmu.

Ada Nabi Jadi Menteghi Besor nak
kembangkan Islam?? Ada ??
Ada Nabi sughoh begaduh sesama
Islam?? Ada.. Mu tak tahu Yeop.
Deme tu nak Politik pangkat je
Yeop..deme gunakan lah perkataan
nak bangunkan Islamlah kununnya.
Jangan jadi bodoh macam Hasan Ali
Yeop.. dah lama baghu nak nampak.

Itu pasai kena banyak belajor
dulu. Kalau buta hati, solatlah
isthigharah dulu Yeob.

Ate..tunggu ape lagi....???

Tanpa Nama berkata...

tak rugi masuk UMNO...kita nak suara Melayu dan suara Islam kuat ...kalau sokong PAS...alamat suara DAP lah yang paling kuat... simpang maut malaikat oiiii...

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi..ni ha sebelah aku ni pun nak join umno..nak kumpul 2000 org PAS 25.1.2012 ni..PAS dgr ckp DAPig..MCA MIC dgr ckp UMNO..mane lg bagos..sy rasa UMNO lg bagos..maaf tuan guru!

Tanpa Nama berkata...

gambar bawah sekali..tgh2..dlu ko kutuk umno macam2 ko kater umno kafir la..skunk ko nk masuk umno plak??klu aku xbg ko masuk umno..to izzat pkr bodoh..keluar la blek ko dr barisan nasional!..skunk baru ko percaya ckp aku??

Tanpa Nama berkata...

umno salah, tp ada betulnye, Pas plak betul tp ada salahnye.. kalau rasa islam dan survival bangsa melayu dapat ditegakkan melalui pas, masuklah pas.. kalau rasa matlamat tu dapat direalisasikan melalui umno, join la umno..

Tanpa Nama berkata...

sejak bergabung dgn kafir dan pulerisme..Pas semakin rosak menuju kehancuran....

Pas jadikan islam sebagai galang ganti utk memuaskan nafsu serakah depa...

ramai yg sudah tinggalkan Pas