Jumaat, 27 Januari 2012

EKSKLUSIF!! Lagi Ahli Pas Tegar Keluar Parti di Sik Kedah!!

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Tajudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS di Sik, Kedah, bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik, yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS.

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni, nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la, namun kini angin perubahan telah melanda di kampung tersebut, seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari parti termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik (MP Sik Che Uda), dan selepas ini ramai lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat, kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik, siapa dalam gambar bawah ni..

Mek Endang Bt Jusoh

Agak-agak, Ahli Parlimen Sik kenal tak dengan wanita ini? Bukankah wanita ini adalah Ibu kepada saudara Ahli Parlimen Sik? Bukankah suatu ketika dahulu, wanita ini pernah menyuapkan makanan dan basuh pungkoq Ahli Parlimen Sik? Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12, ada pernah walaupun sekali, Ahli Parlimen Sik menjejakan kakinya melawat wanita ini yang pernah satu ketika dahulu menjaga Ahli Parlimen Sik bagai anak sendiri?? 


Wanita ini bercerita lagi pada Team Media Kedah walaupun Ahli Parlimen itu datang berceramah berhampiran dengan rumahnya, namun sekali pun tak pernah di ziarahnya atau menjenguk muka sedangkan... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malah beliau diantara penyokong kuat Pas yang selama ini membantu jentera Pas di Sik.

Abdul Wahab Shaari

Bagaimana pulak dengan lelaki ini, Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki  sepupu kepada Ahli Parlimen Sik dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua, Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua, Sik.Kedah. Namun selepas ini semuanya telah berubah..

Kalau dulu BN nak pacak bendera di Kampung tersebut, BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu la..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini rasanya berbangga, di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani nak usik bendera tersebut..

Zainudin B Abdul Wahab (Apit)

Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik, pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO di Sik ni, dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik, dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS... tidak dihargai..

Mat Isa

Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua, merupakan Ahli PAS sejak azali lagi, niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama, setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik, Adun Jeneri dan juga MKK, tapi keinginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan, tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah. 

Sedangkan pernah sekali ceramah Pas cuma diadakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan, namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Tajudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh ketatnya..

Shukri b Wahab (Mat)

Abdul Rahman Abdullah


Abang Mat dan Abg Man, juga merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua ni rasanya keluar darah hijau.. he he..begitulah perumpamaan yang dapat kami berikan betapa hard core nya mereka bersama PAS, namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar iaitu memperjuangkan Islam, tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS.

Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar, Mukim Teloi Tua ,Sik. Dan mereka akan menjadi sejarah apabila buat kali pertama BN menjejak kaki di tempat berkenaan, di sini Mc juga nak mengingatkan UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik, jangan lupa jasa mereka ini, kerana jasa mereka, seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS, dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan pada masa akan datang dan semoga mereka di hargai..

Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)


 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)

Ahli Parlimen dan juga Adun ini akan merima akibatnya pada PRU 13 ini,

Nampaknya rakyat sudah sedar bahawa parti Pas hanya pandai mengunakan orang sewaktu pilihanraya. Kononnya berjuang secara jihad sewaktu mereka susah, namun diketika mereka sudah senang, mereka melupakan siapa yang pernah bersama mereka. Itulah Pas.. itulah jihad Pas. Sudah sama-sama, senang sorang-sorang..

KEDAH SEJAHTERA

RAKYAT SENGSARA!!



McTheory:
Terima kasih pada Pisau Kedah, kerana melaporkan dari Sik Kedah..

Tiada ulasan: