Selasa, 15 November 2011

PANAS LAGI!! Makin Ramai Pulak Ahli PKR Keluar Parti!!



Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.


Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.

Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.

Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat.

"Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai.

"Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya.

Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan.

Perjuangan UMNO dan BN dalam usaha untuk membela rakyat lebih meyakinkan, katanya. - Utusan


McTheory:
Awat makin ramai keluar ni? Nanti PKR nak ada sapa? heh..

2 ulasan:

mat sidik berkata...

Setiap hujung minggu,Melaka sesak dengan pelancung.
rakyat untung...hotel penuh..penarik beca,taukey bas,teksi untung.....kedai makan untung...penjual cenderamata untung..coffee house untung....pekerja bot untung..pemain muzik pun untung.
Ramai lagi yg untung,penat nak tulis
INI SEMUA IDEA ALI ROSTAM.....HIDUP ALI ROSTAM.

Tanpa Nama berkata...

Kedah apa ada haaaaaaaaaaaaaaaa?

Keadah di kedua-dua pintu masuk ke
Alor Setar tidak sedikit pun menggamit para pelancung seperti pintu masuk Negeri Melaka, Pintu masuk ke Melaka sungguh mengagumkan, indah dan bersih. Tetapi pintu masuk ke Alor Setar di penuhi dengan papan iklan gergasi sahaja, maklumlah ianya menguntugkan pihak tertentu.

Bila anda masuk sahaja melalui tol utara sebaik saja sampai di simpang lampu trafik anda akan dihidangkan dengan papan iklan yang aku kata tu dan di sebelah kanan selepas simpang itu merupakan tanah kosong yang dipenuhi oleh semak samun.

Hebat sungguh Negeri Kedah ni.
Lepas ni ada lah gambak MB akan menanti anda dengan melemparkan senyuman yang tak berapa menjadi itu. Tak berapa lama dulu dipaparkan "Kejayaan Kerajaan Kami" tapi tak semena-mena dipindahkan pula ke sebelah papan tanda di seberang jalan dan akhirnya telah ditanggalkan.

Warga Sebelum Merdeka