Selasa, 15 November 2011

PANAS!! Cerita Kain Nurul Izzah Bakal Terlondeh!!



1- Mydin, Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), setelah menunggu dan berdiam sekian lama akhirnya semalam mengadakan sidang akhbar khas di Gudang Kelana Jaya. Rupa-rupanya mereka sedang menunggu laporan makmal.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersama pembekal membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka bahawa barangan mereka adalah berkualiti dan tidak seperti didakwa oleh Tony Pua.

Ameer berkata tuduhan Pua tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.






"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,”
- berang Datuk Ameer

2- Jikalau telah lengkap dengan laporan makmal, bermakna Tony Pua dan Dr Zulkifli akan terlondeh seluar dan Nurul Izzah akan terlondeh kain menunggu saman dari Mydin dan pembekal-pembekal. Mydin mesti mewakili semua pembekal-pembekal untuk menjaga integriti Mydin.

Sekarang kita menunggu Perang Mydin-PKR. DS Najib mungkin boleh berehat bab kedai KR1M.

Pesatuan Penguna tak mahu masuk campur ka, kerana Tony Pua telah membohongi pengguna-pengguna Malaysia?

H Halem

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takpa lah hang tak tau nak compare kapal perang, ini sabun pun hang tak tau nak compare price,bangang betul tony pua .. pi la belajaq kat mat sabun!!