Sponsor

Memaparkan catatan dengan label KR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KR1M. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

PANAS!! Cerita Kain Nurul Izzah Bakal Terlondeh!!



1- Mydin, Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), setelah menunggu dan berdiam sekian lama akhirnya semalam mengadakan sidang akhbar khas di Gudang Kelana Jaya. Rupa-rupanya mereka sedang menunggu laporan makmal.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersama pembekal membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka bahawa barangan mereka adalah berkualiti dan tidak seperti didakwa oleh Tony Pua.

Ameer berkata tuduhan Pua tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.