Rabu, 25 Januari 2012

EKSKLUSIF!! Pemuda Pas Serah Borang Masuk UMNO!! #SaveKedah

sedikit ucapan sebelum serahan borang

penyerahan borang

check dulu...

siap kira lagi, nak confirm.. hehe..


Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling.

Mc dah kata, rakyat Kedah dah muak dengan janji-janji palsu kerajaan negeri. Adun tak buat kerja, ahli parlimen pun sama. Kerajaan negeri tak ambil berat langsung, tak pantau apa yang terjadi disetiap kawasan dun dan parlimen. Janji tinggal janji, cukup 5 tahun nanti, janji manis datang lagi.

Kawasan perkampungan sekeliling Gunung Pulai sekarang ni, ada masalah serius yang membabitkan dengan kerajaan negeri. Isu ini akan jadi ISU KEDUA terbesar, Selepas Madrasah Salihiah! Isu ini isu rakyat, isu yang boleh merebahkan terus kerajaan negeri Kedah dari pemerintahan mereka.

Nak tau isu apa.. sabarr.. pembongkaran akan dimulakan nanti!



McTheory:
Pas buat kerja tak guna otak.. sebab tu rakyat marah!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok ni boleh pakai ka? macam tipu saja?

Tanpa Nama berkata...

bubarkan Pas Baling,dok ada pun buat menyemak,bukan nak tolong.rakyat! tuihh!

Bekas Pas Baling

TENGGARAisSOUTHEAST berkata...

Salam Bro,
Mohon link semula bro!
http://dtenggara.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kau tu yg ngok, bodoh, bangang dan tolol.. klu anuar aljuburi cakap kau percaya aje..

Tanpa Nama berkata...

bubarkan PAS Kawasan dan Baling!

Alhamdulillah, yg baik tetap dikenang wpun bertalu2 org PAS hina dan fitnah Dato Azeez

HAsil usaha baik Dato Azeez ibarat air yg mengalir..xkn dpt disekat wpun musuh berhempas pulas menyekatnya..

PAS dimurkai Allah!

Tanpa Nama berkata...

bukan bubar PAS Baling saja..bubarkan PAS seluruh Kedah..
ajaq sket ostad PAS peangai kapiaq laknat.. muhong, fitnah sana sini.. kami x bodo mcm org PASngok la!

Tanpa Nama berkata...

PAS bagus tapi telah diselewengkan perjuangannya oleh pemimpin yang tak ada kualiti dan ketandusan idea dan berfikiran pendek .

Tanpa Nama berkata...

1107, pasngok lagi la kuat menipu. selain menipu pasngok juga perasan pandai dan perasan suci. pandang orang lain kecik, walhal yang tu semua adalah ciri pasngok.

Safarudin berkata...

Orang Baling bijak.Ahli UMNO.Bila undi pangkah PAS kerana adik beradik depa jadi calon.

Begitu ahli PAS undi dan pangkah BN kerana adik beradik depa jadi calon.

Oleh itu kalau mahu bagi BN menang Parlemen Baling kenalah letak calon anak watan Baling.Bukan impot mari.

Impot mari kalu alamatlah PAS menang lagi.Orang Baling cerdik.Yang tak cerdik ahli UMNO Baling itu sendiri.

Ahli UMNO Baling kena muhasabah banyak-banyak.Cerdik tapi tak pintar.

Tapi tak pa kalau BN kalah pun peruntukan turun lagi banyak.Rakyat tak rugi pun.


Selamat pengundi PRU 13 nanti.

Safarudin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
McTheory berkata...

Datuk Azeez kata, kalau beliau kalah lagi nanti, beliau takkan bertanding dan pedulikan lagi rakyat Baling. Biar rakyat Baling susah di tangan Pas. Tak semua orang UMNO boleh lakukan apa yang Datuk Azeez lakukan. Kalau beliau kalah, rugi besar orang Baling. Fikirkanlah..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya Baling mau dibawah zaman Dato Raja dulu.

Anak tempatan pun boleh majukan Baling lagi hebat dari dia.Duit yg turun pun adalah wang kerajaan.

Mana ada manusia keluar duit poket sendiri.Sikit tu ada laaaa.Dia bukan ada kilang duit.

Anak Baling pun ramai ada Phd.Master.Ijazah tulin dari dlm dan luar negera.Bukan beli sijil atau ijazah.

Apa jenis calon sama ada PAS ke UMNO ke biarlah anak watan Baling.

Rezeki orang Baling bukan ditentukan manusia .Allah yg menentukan.

Biarlah Baling diwakili anak Baling.Suara Baling sejati dan tulen.

Cukup lah zaman impot mali.

Tanpa Nama berkata...

DAH KONPOM AKAN KALAH....

Tanpa Nama berkata...

Datuk Azeez mmg bukan berasal dari Baling. tetapi apakah ada orang Baling yang sanggup buat apa yang Datuk Azeez buat? Apa yg saya tahu Datuk Azeez buka Yayasan Pmbangunan Rakyat Baling dari duit dia sendiri. Ada orang Baling mampu buat mcm tuh?