Selasa, 24 Januari 2012

GEMPAR!! Akhirnya Masjid dan Surau dijadikan Tempat Berpolitik!! #SaveKedah


PAS Langkawi nampaknya begitu terdesak dan tersepit didalam perjuangan politik mereka. Ini adalah kerana kebanyakkan ceramah (pembohongan) mereka di sini kurang mendapat sambutan seperti tahun yang sudah-sudah. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan strategi lapuk iaitu berpolitik diatas mimbar masjid. Masjid/ Surau yang malang tersebut yang sepatutnya di laungkan kalimah-kalimah suci dan nasihat telah disalahgunakan oleh juak-juak PAS di Langkawi untuk memaki hamun dan memfitnah Kerajaan.


Kejadian tersebut telah berlaku acapkali di Masjid/Surau Kuala Melaka, Langkawi. Dikhabarkan juga yang AJK Masjid/ Surau tersebut sanggup menjemput seorang tali barut PAS dari Gurun untuk menyampaikan ceramah (pembohongan) di situ. Tidak sangka ya, PAS Langkawi begitu terdesak hendak heret masyarakat setempat untuk menyertai perjuangan palsu mereka.

Ini baru permulaan...akan ada lagi pendedahan yang berikutnya.

P/S dari MKT : Elleh...sepatutnya juak-juak PAS kena faham masjid, siapa yang membinanya? Siapa yang beri peruntukkannya? Jikalau Kerajaan nak buat sedemikian, seluruh masjid atau surau di Malaysia sudah mengkafirkan PAS sejak dari dahulu lagi. Jangan jadi manusia yang bongkak dan bodoh, wahai juak-juak PAS...

Melayu Kedah Terakhir

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak berapa lama dahulu khatib di sabuah Masjid di Alor Setar mempertahankan "Saudara Anuar" dalam khotbahnya. Aku ingin nak dengar sekali lagi khatib itu memasukkan nama Anuar dalam khotbahnya. Khatib itu selalu kata begini "Saya ulang sekali lagi" untuk memberi sesuatu peringatan kepada jemaah yang hadir. Macamlah semua jemaah tak dengar khotbah yang disampaikannya atau menganggap bahawa semua jemaah ni pekak!

Warga Sebelum Merdeka

Tanpa Nama berkata...

Artikel paling bodoh aku pernah jumpa...Fungsi masjid bukan sahaja tempat beribadah malah tempat berpolitik dan tempat menjalinkan ukhwah...Buka buku PI ting2 kalau anda terasa diri anda terlalu bodoh buat artikel sebegini.Nabi sendiri berpolitik di dalam masjid..mahu pertikai Nabi Muhammad S.A.W?fikir2lah