Isnin, 19 Ogos 2013

PANASS!! Adun Dap Bakal Tinggalkan Parti!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sabah – Luyang, Hiew King Cheu dilaporkan The Star sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas di DUN Sabah.

Hiew berkata, beliau kini mendapatkan maklum balas daripada para penyokongnya untuk melihat apakah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya beliau meninggalkan DAP.

“Rakyat telah menyokong saya dan sekiranya saya tidak memberi sebarang pembangunan kepada kawasan saya, maka lima tahun sehingga pilihan raya umum yang akan datang tanpa sebarang pembaharuan akan membazirkan masa dan kerugian buat rakyat,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.

“Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat,” jelasnya.

Hiew berkata, peluang untuk mengubah kerajaan seperti yang diharapkan sebelum pilihan raya pada 5 Mei lalu kini tidak lagi boleh berlaku.

“Lima tahun merupakan tempoh yang panjang dan daripada saya tidak berbuat apa-apa dan berpendirian dalam parti sendiri, adalah lebih baik saya mempertimbangkan pilihan yang terbaik untuk rakyat,” katanya, sambil menambah ia tidak semestinya bermaksud beliau perlu menyertai Barisan Nasional.

“Saya masih lagi menunggu lebih banyak maklum balas. Saya tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Hiew juga turut meletak jawatan sebagai Penasihat DAP Sabah pada 12 Ogos lalu.

“Beberapa teman cuba ‘membunuh’ saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas,” kata Hiew.

“Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti,” tambahnya.

Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.

Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila empat Yang Berhormat (YB) membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Datuk Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.

Lajim yang asalnya mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) telah menyertai PKR dan berminat untuk menjadi Ketua PKR Sabah, sebaliknya Bumburing kekal sebagai ketua Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan menolak pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sertai PKR.

Pada 4 Ogos lalu, Hiew berkata tiada ‘arahan’ hitam dan putih untuk menyokong Bumburing dan beliau bersedia berhadapan dengan tindakan disiplin jika tindakannya melanggar arahan parti.

“Tiada perintah hitam dan putih untuk menyokong Bumburing. Saya mengikut naluri saya dan menyokong Lakim apabila beliau mendapat sokongan majoriti daripada di kalangan 12 anggota pembangkang dengan PKR mempunyai tujuh Adun,” kata Hiew kepada The Star Online.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru DAP memenangi 4 daripada 8 kerusi DUN yang dipertandingkan, PKR memenangi 7 daripada 43 kerusi dipertandingkan dan STAR hanya memenangi satu kerusi daripada 49 kerusi dipertandingkan.

Sementara itu, Pas tewas semua kerusi daripada 9 kerusi yang dipertandingkan, begitu juga SUPP tewas semua kerusi daripada 41 kerusi dipertandingkan. – AIDC

Tiada ulasan: