Isnin, 26 Disember 2011

KASI PANAS!! LAGI AHLI PAS MASUK UMNO!!



Makin lama makin meluat orang dengan Pas. Janji macam-macam tapi haram apa pun takdak. Apa yang Pas tahu hanyalah jilat Dap, sanjung Dap, puja Dap. Sebab Pas percaya, Pakatan Haram sekarang amat bergantung kepada Dap untuk mengalahkan BN. Jika Dap takdak, PKR dan Pas.. boleh bungkuih buat nasi lemak. he he he...


KEPALA BATAS - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.

Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.

"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.

"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.

Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang. = Utusan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan jika DAP menerajui kerajaan pusat. Apa akan jadi pada MARA, FELDA, DASAR EKONOMI BARU, UiTM, semua sektor yang membabitkan Bumiputera?

Jangan terpengaruh dengan cogan kata PAS iaitu "PAS ganti UMNO". Cuba renungkan sejenak berapa kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 dahulu? jawabna ialah hanya 23 kerusi sahaja, jika dibandingkan dengan kerusi yang dimenangi oleh UMNO ialah 78 kerusi Parlimen. Lojik kah kumpulan yang kecil meminta kumpulan yang lebih besar masuk kumpulan mereka? jika dikira peratus kemenangan PAS di Parlimen tak sampai 30% pun.

PAS ganti UMNO? sedangkan ahli-ahli PAA yang telah mula sedar keluar dari parti tersebut dan menyertai UMNO maka UMNO perlu diganti dengan PAS.

PAS sering mengubah hala tuju perjuangannya mengikut rentak rakan sepakatannya. Sedangkan UMNO dari dulu hingga hari ini memperjuangkan "DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA" dan tidak pernah berubah dari asas perjuangan tersebut.

UMNO lahir atas PERJUANGAN, perjuangan menentang MALAYAN UNION, PAS lahir dari pemimpin-pemimpinnya yang kecewa lalu menubuh parti PAS.

Syabas ahli-ahli PAS yang sudah sedar akan mainan politik parti tersebut, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada 42 ahli PAS yang telah meninggalkan Parti PAS dan menyertai UMNO.

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

WARGA SEBELUM MERDEKA