Isnin, 26 Disember 2011

TERPANAS!! PERKARA-PERKARA YANG BOLEH BUAT PAS KEDAH ANGKAT BUNGKUIH!!

5 DUN yang buat Pakatan Haram 
gelabah tak senang duduk di Kedah



Negeri Kedah Mempunyai 36 Dewan Undangan Negeri 

Pas     = 16 Kerusi                     Bebas = 1 Kerusi(menyertai PKR kemudian letak
PKR   = 4 Kerusi                                       jawatan PRK Bkt Selambau PKR menang)
DAP   = 1 Kerusi                                          
BN     = 14 Kerusi

Majoriti Mudah 36 kerusi bahagi 2 = 18 + 1 = 19 kerusi
majoriti  2/3                                                     = 24 kerusi

BN kalah sebanyak 1463 undi kepada Pakatan Haram di 5 kawasan dun
1) N.26 Tanjung Dawai kalah kepada PAS                  = 79 undi
2) N.24 Jeneri kalah kepada PAS                                  = 167 undi
3) N.09 Bukit Lada kalah pada PAS                             = 208 undi
4) N.27 Pantai Merdeka kalah pada PAS                      = 503 undi
5) N.04 Ayer Hitam kalah pada PAS                             = 506 undi

                                                                            Jumlah = 1463 undi


N26 Tanjung Dawai (PAS)
Jumlah Pengundi  =   29,589 = Kaum = Melayu-80.80%, Cina-12.94, India-5.37%, lain-lain-1.02%

DR Hamdan Mohamed Khalib (PAS)  = 11,497 undi
Datuk Arzmi Hamid  (BN)                    = 11,418 undi
Majoriti                                                   = 79 undi   undi rosak  = 618 undi ?????
Jumlah Undi                                          = 23,533 undi..peratus mengundi 79.535%
penyandang  (PRU11)                           = Datuk Arzmi Hamid (BN) majoriti = 5,151 undi



N.24 Jeneri (PAS)
Jumlah Pengundi   = 21,382 Kaum = Melayu-92.58%, Cina-1.42%, India-0.06%, Lain-lain-5.93%


Yahaya Abdullah (PAS)                      = 8,608 undi
Datuk Hasbullah Lebai Isa (BN)        = 8,441 undi 
Majoriti                                                 = 167 undi     undi rosak = 251 undi ????
jumlah undi                                          = 17,300   Peratus mengundi= 80.91 %
Penyandang (PRU 11)                         = Ismail Harun (BN) majoriti= 640 undi



N.9 Bukit Lada (PAS)
Jumlah Pengundi      =  23,444 Kaum= Melayu- 89.11%, Cina-8.42%, India-1.78%, Lain-lain-0.69%


Ahmat Izzat Shauki (PAS)                 = 9,600 undi
Datuk Ariffin Man (BN)                    = 9,392 undi
Majoriti                                                = 208 undi     undi rosak=395 undi ?????
Jumlah Undi                                       = 19,387 undi     peratus mengundi = 82.69%
Penyandang (PRU11)                         = Datuk Ariffin Man (BN) Majoriti = 2,769 undi



N.27 Pantai Merdeka (PAS)
Jumlah Pengundi      = 34,428 kaum=Melayu-82.69%, Cina-9.95%, India-6.95%, Lain-lain-0.45%


Abdullah Jusoh  (PAS)                     = 11,654 undi
Datuk Dr Suib Saedin (BN)             = 11,151 undi
Majoriti                                              = 503 undi      undi Rosak= 296 undi
Jumlah Undi                                     = 23,101 undi       Peratus mengundi = 67.1%???
Penyandang (PRU11)                       = Datuk Suib Saedin (BN) Majoriti=2661 undi???



N.4 Ayer Hitam (PAS)
Jumlah Pengundi                             =25,742


Abd Ghani B Ahmad (PAS)             = 10,652 undi
Othman Aziz (BN)                            = 10,146 undi
Majoriti                                              = 506 undi         undi rosak =352  ????
Jumlah Undi                                     = 21,171 undi       Peratus Mengundi 82.24%


Kawasan 5 dun ni BN mempunyai harapan cerah untuk merampas kembali, sekiranya peristiwa permasalahan dalaman UMNO PRU 12 tidak berulang  pada PRU 13, dengan keadaan Parti PAS yang sekarang mempunyai permasalan dalaman, mahu pun di peringkat Pusat dan juga peringkat Negeri, maka PAS menempuhi saat getir PRU kali ini.

Tambahan pulak ura-ura DAP mahukan 4 lagi kerusi di Kedah, bagai satu tamparan bagi Pas. Dalam kenyataan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Wajar pertimbangkan cadangan DAP) - Klik Sini . Bagai mengiakan niat DAP yang mahukan 4 kerusi di Kedah, sekiranya begitu bertambah la kerusi DAP dalam Pakatan Haram, ia membuatkan pengundi melayu atas pagar akan merasa hilang kepercayaan terhadap PAS

Kegagalan PR atau PAS sendiri gagal melunaskan janji pada PRU 12 juga sudah di ketahui umum, rakyat Kedah tertipu dengan janji manis PAS, pandai berjanji tapi tak pandai tunaikan, ini telah menimbulkan ketidak puasan hati pengundi atas pagar,

Kerajaan Negeri yang di Tadbir PAS tidak Amanah, dengan peruntukan Kerajaan Pusat untuk menyelangara jalan yang tak di gunakan sepenuhnya untuk memberi keselesaan pada rakyat dan pada awalnya Kerajaan Negeri cuba sembunyi hal yang sebenar dan menyatakan peruntukan tersebut di simpan di dalam Tabung Amanah Jalan Raya. 


Namun akhirnya terdedah, apabila Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan penyelangaraan jalan raya yang di beri Kerajaan Pusat untuk membayar gaji Kakitangan Kerajaan Negeri. Yang menjadi persoalannya kenapa pentadbiran PAS tidak amanah dan kemana hala perginya duit balak yang di katakan untung yang membuat Kerajaan Negeri bongkak sebelum ini.

PAS kedah juga terbahagi kepada dua kumpulan, 1 kumpulan PRO  Phahrolrazi, 1 kumpulan lagi PRO Azizan, Azizan di hentam PAS sendiri dengan mengatakan Azizan PRO UMNO, kerana layanan Azizan terhadap UMNO.

PKR pulak bagai akan hilang bisanya di Kedah, apabila khabar angin Kaum India mula hilang kepercayaan terhadap PKR, ianya bagai satu tanparan buat PKR di Kedah..tambahan pulak permasalan terbaru telah wujud di antara PKR dan PAS di Kuala Kedah  Klik Sini

Isu hukum hudud juga memberi satu lagi masalah pada Pas Kedah. Jika dahulunya mereka pernah berjanji akan melaksanakan hudud di Kedah. Namun setelah menjadi kerajaan, Ustaz Azizan sendiri telah membuat kenyataan bahawa Pas tidak akan melaksanakan hudud. Ini membuatkan ada sesetengah ahli Pas kecewa dengan kenyataan Ustaz Azizan. Apakah hudud hanya mainan politik Pas untuk menagih undi?


Permasalahan Antara Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan PAS pusat juga memberi impak sebenarnya kepada reputasi PAS di Kedah. Perpecahan diantara Pro Ulama dan Pro bukan Ulama juga akan meresapi di kalangan Ahli PAS di Kedah..begitu juga kes Taib Azamudden Md Talib yang di singkirkan dalam jawatan PAS Negeri bagai memberi satu bonus untuk BN Baling. Tambahan ada khabar angin mengatakan bahawasanya Taib Azammuden  ingin beralih angin kepada UMNO.

PAS Kedah juga gagal mewujudkan peluang pekerjaan baru pada rakyat dan gagal menarik pelabur ke Kedah, ini telah menunjukan PAS lemah dalam pentadbiran, segala pelabur-pelabur yang sedia ada adalah daya usaha BN yang memerintah sebelum PR ambil alih Kedah.


Garapan terbaik dari Media Kedah

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MINTA BLOGER YANG BERKEMAMPUAN BUAT ANALISIS DI SEMUA NEGERI YANG DIPERINTAH PEMBANGKANG SEPERTI SELANGOR,KELANTAN DAN PULAU PINANG SUPAYA SENANG KITA SERANG URAT SARAF PEMIMPIN PR YANG BONGKAK DAN SOMBONG. MELAYU KENA BERSATU JANGAN HARAP KEPADA CINA, MEREKA SEMUA HIPOKRIT, LIHAT AJA APA YANG BERLAKU PADA KOH SO KOON

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 100$% komen diatas, setidak2nya kita dapat menilai.

Tanpa Nama berkata...

hang tak nak kira ke kalau dia bawa penggundi luar untuk tambah, pas pakar dalam cara ni, sebab dia dah buat CULA, dan tau berapa ahli umno sebab sebelum ni diorang ada maklumat berapa dan siapa ahli umno dalam sesuatu kawasan.

AnaQarbana berkata...

anon 12:03...you ada sikit betul...semua maklumat UMNO ada dalam tangan PAS Negeri Kedah selaku kerajaan kerana KEDA di bawah mereka walaupun pengerusinya orang UMNO, tapi semua hampir 80% stafnya adalah orang PAS. Apa juga maklumat yang di salorkan oleh JKKKP kepada KEDA semuanya sampai kepada Kerajaan PAS Kedah...mana ada rahsianya lagi....jadi PAS sedang melakukan culaan dan hipotesis pengundi, manakala UMNO masih bertokak sesama sendiri psaia bab sapa nak jadi calon....ini virus yang masih kekal dalam UMNO....lihat dalam Bhg Merbok....PAS sekarang dalam serba salah...tapi UMNO tidak bijak mengabil kesempatan dari isu yang PAS tak boleh atasi..corak ceramah UMNO yang memperkudakan Kamal Saidin adalah lagu lama di mainkan semula...sedangkan banya lagu baru yang boleh di ketengahkan seperti isu jalan raya rosak...bayaran bil air...takrf bil air yang mahal, masalah tanah wakaf dan nak roboh surau....tapi UMNO masih bisu dok main lagu lama.....lagu kena ikut suasana, persekitaran, ikut perkembangan semasa, penceramah kena bijak.....kreatif baru ada Umph....

Tanpa Nama berkata...

PAS kedah tidak kuat tapi UMNO yang lemah UMNO Kedah ada tiga sifat burukyang perlu di buang jika mahu rampas kembali Kedah dari PAS ia itu sifat gila jawatan tapi lari dari tugas dan tanggung jawab,sikap cantas kawan bila geng dia tak di calonkan dalm pru. dan sifat anti golongan terpelajar untuk aktif dalam UMNO.