Jumaat, 25 Mac 2011

APABILA SEORANG LIBERAL PERSOALKAN KEISLAMAN PARTI SYURGA??!!


Tak terhinakah rasa Pas apabila Zaid Ibrahim yang mereka anggap sosial dan liberal mempersoalkan moral parti berkenaan? Nampak sangat Pas sudah semakin sesat.

Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.

Menurutnya, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.


"Saya anggap sikap Pas yang tidak mahu mencari jawapan sebenar adalah tindakan politik yang merugikan. Ia berbeza sama sekali jika skandal sebegini membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas pasti mendesak siasatan menyeluruh dibuat.

"Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan secara sambil lewa semata-mata demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin Pas yang mudah menuduh pihak lain terlibat dalam isu tanpa berusaha menyelidiki ketulenan serta 'aktor' sebenar yang aksi seksnya bersama seorang pelacur dikatakan dari China dirakam dalam video tersebut.

Katanya, pemimpin Pas patut melihat sendiri rakaman tersebut kerana individu yang dikaitkan dalam video berkenaan didakwa adalah tokoh pembangkang di peringkat nasional.

"Saya sendiri sudah menonton video berkenaan Selasa lalu dan bagi saya tiada sebarang keraguan mengenai ketulenan dan siapa pemimpin pembangkang tersebut," jelasnya. Sambung baca sini.

Kita yang belum tengok pun dah boleh agak video seks itu adalah tulen, disebabkan beberapa perkara, bukti utama jam Omega, sampai sekarang Anwar masih lagi belum tunjuk jam Omega miliknya yang dikatakan disimpan oleh Azizah.

Kedua, pihak Datuk T langsung tidak takut untuk menjemput siapa saja bagi menyiasat video terbabit, termasuk dari pihak asing dan pembangkang sendiri.

Ketiga, tiada aliabi yang menunjukkan Anwar berada dimana-mana, walaupun dia mendakwa dia sedang ber'twitter' dengan penyokong-penyokongnya. Selama 2 jam Anwar hilang tanpa dikesan.

Melihat pada 3 perkara di atas, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, tidakkah boleh kita berfikir. Pihak mana yang memperjuangkan kebenaran dan pihak mana pula yang nak kelirukan keadaan?

Wahai Pas, usah la bodoh sangat..

P/s: anwar dah kecut-kecut telur.. takut kebenaran sebenar terbongkar..

Mctheory:
Insyallah.. kebenaran akan timbul jua..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua rakyat Malaysia yang layak mengundi pada pilihan raya berhak untuk menonton sendiri video seks yang melibatkan bakal pemimpin, supaya boleh menyiasat dan memastikan kesahihannya. Kerana rakyat berkuasa memilih pemimpin mereka. Semua rakyat inginkan pemimpin yang amanah dan berakhlak.