Sponsor

Memaparkan catatan dengan label judi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label judi. Papar semua catatan

Rabu, 29 September 2010

PANAS!! DUIT DERMA JUDI KUDA DIPULANGKAN SEMULA!! Ambil balik duit ko Guan Eng!!


Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.


Sumber Media Permatang Pauh

Pergghhh.. ini satu tamparan hebat kepada Lim Guan Eng!! Mc nak tunggu apa komen dari Guan Eng dan konco-konconya. Dahsyat ni..

P/s: Mau Lompat tinggi Guan Eng kali ni.

Mctheory:
Kita patut salute pada pakcik makcik dan atuk nenek ni.

Isnin, 28 Jun 2010

BENARKAH JUDI HAK BUKAN ISLAM?! - DR. RIDHUAN TEE



Kupasan dan ulasan yang menarik dari seorang pendakwah bebas yang amat terkenal di Malaysia. Pengalaman beliau mengkaji pelbagai agama demi mencari kebenaran digunakan sebaik-baiknya dalam penulisan beliau. Beliau juga pernah teruk dikutuk oleh Dap serta pakatan haram kerana isu teoh beng hock dan isu-isu lain. Hingga digelar ustaz proksi UMNO. Baca hasil tulisan Dr. Ridhuan Tee mengenai isu judi, yang dikatakan hak kepada bukan Islam. Post ini bukan untuk menghina sesiapa, cuma kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai sesuatu. Baca di bawah!

Albert Einstein pernah berkata, "God does not play dice with the universe." If God isn't a gambler, are his followers? Kata-kata ini membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan adalah hak orang bukan Islam. Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? atau kenyataan tersebut sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya. Jangan cakap ikut sedap mulut tanpa fakta yang kukuh, takut nanti diketawa orang. Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju, berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sedarlah, kita tidak akan tahu semua perkara. Dengan sebab itu, kita mempunyai pengkhususan bidang masing-masing. Lebih baik bercakap mengikut bidang. Apatah lagi menyentuh sensitiviti agama. Lebih menyedihkan, kadang-kadang yang jahil murakabpun mahu bercakap. Akibatnya, makin banyak cakap, makin terserlah kelemahan. Ini memberikan ruang dan peluang untuk mereka yang ingin mengambil kesempatan menangguh di air keruh, terutama ultra kiasu dan sekutunya.

Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang turut sama tidak dihalalkan seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.

Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33, pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII.54, pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ethics_s.htm).

Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi, dimanakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php. Saya merasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda UMNO yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana.

Persoalannya, kala agama lain bersependapat dengan kita, kenapa kita pula bertindak melawan arus mahu menghalalkan judi bentuk baru ini? Saya tidak nafikan ada sedikit kebaikan yang dibawa jika ianya dijalankan mengikut lunas undang-undang, sekurang-kurangnya tidak wujud lagi penjudi-penjudi haram.Persoalannya, adakah kita yakin dengan membenarkan operasinya, segala masalah akan dapat diselesaikan?

Pada hemat saya, yang haram tidak boleh disahkan, kerana implikasi haram akan menerbitkan keputusan yang haram juga. Logiknya mudah, bila halal + halal, jawapan halal tidak ragu-ragu lagi. Namun, jika haram + halal, jawapannya masih lagi haram. Jika tidak harampun, ia akan menimbulkan sangsi dan was-was. Apatah lagi jika haram + haram, sudah tentu menjadi lebih haram.

Justeru, oleh kerana tidak ada satupun agama yang membenarkan judi, eloklah kita fikirkan semula bagaimanakah kesannya, jika ianya dibenarkan atau dilesenkan.

Berasaskan pengalaman saya ketika tidak Islam dan pernah berjudi secara haram, judi langsung tidak mendatangkan kebaikan, malahan akan menimbulkan ketagihan walaupun judi itu tidak boleh dimakan, rasa tidak puas hati akan menimbulkan ketagihan. Apatah jika menjadi sumber rezeki, seterusnya menjadi darah daging.

Saya tidak pernah lihat ada taukeh judi yang bankrap atau jatuh miskin disebabkan oleh perniagaan haram ini. Yang jelas, rata-rata masyarakat atau rakyat menjadi mangsa. Sudah tentu ia bercanggah dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Dilihat dari sudut mana sekalipun tidak ada satupun kebaikan hasil perjudian. Menang sekali setelah ratusan kali dan ribuan kali kalah. Judi telah mengakibatkan penderitaan dan reputasi seseorang. Soal mereka masih melakukannya, sehingga menjadi amalan hidup, itu adalah soal individu. Adalah tidak wajar dikaitkan dengan peradaban dan agama mereka sehingga kita sanggup mengatakan bahawa ia merupakan hak mereka, tidak boleh diganggu-gugat.

Kadang kala saya tidak faham kenapa kita begitu cepat melatah dengan membuat kesimpulan? Apa niat dan matlamat kita sebenarnya? Apakah kita pernah membuat kajian kesan judi terhadap kehidupan seseorang? Sebelum memeluk Islam, saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bahana judi. Ada yang terpaksa melacurkan isteri kerana kalah berjudi kerana tidak dapat melangsaikan hutang judi. Tidak kurang pula yang membunuh diri. Ada juga yang sanggup menggadaikan harta benda dan tanah pusaka. Bapa saya sehingga ke akhir hayatnya, meninggal dalam keadaan terkilan dengan tindakan anaknya yang sanggup menggadaikan tanah pusaka kerana kalah dalam perjudian.

Justeru, apakah altenatif kepada penjudi-penjudi ini. Pada saya, cukuplah dengan apa yang telah ada. Tidak perlulah ditambah lagi. Jika dapat dikurangkan dan dihapuskan lagi baik kerana tidak ada agama yang menyetujuinya. Jangan mengundang bala, takut-takut nanti dimurkai Tuhan. Tatkala itu, mereka yang mengharamkan judi atau tidak pernah berjudipun akan terpalit sama kerana bala Tuhan tidak mengenal tempat atau orang tertentu sahaja.

Tsunami yang melanda tidak hanya kena pada mereka yang engkar dengan Tuhan, tetapi melibat ramai orang baik yang tidak berdosa, termasuk rumah ibadat seperti surau dan masjid. Janganlah kita anggap, jika bala turun ia hanya akan kena pada mereka yang melakukan maksiat sahaja.
Saya yakin kepimpinan negara kita akan melihat perkara ini dengan serius. Biarlah mereka yang berjudi haram ditangkap polis. Sekurang-kurangnya kita dapat memberikan mereka pengajaran daripada terus berjudi seumur hidup.

Kajian yang dibuat ke atas bandar-bandar utama di Amerika Syarikat seperti Washington, Minnesota, Mississippi, California, Colorado, Connecticut, Las Vegas, Wisconsin dan sebagainya, menunjukkan bahawa apabila pusat judi dibuka, kadar jenayah dalam pelbagai bidang meningkat serta merta sehingga 500 peratus.

Menurut John Curran, kadar jenayah ragut, rogol, rompak, serangan dan bunuh meningkat mendadak apabila kasino dibuka. Statistik Federal Bureau of Investigation (FBI) mempamerkan, kadar jenayah daripada 1000 orang penduduk meningkat daripada 134.3 pada tahun 1978 kepada tahap menakutkan iaitu 450.3 pada tahun 1988. Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Keith Copher, Ketua Penguatkuasaan, Lembaga Pengawasan Judi, Nevada, yang mendedahkan antara 450-500 pekerja ditangkap setahun kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram dalam satu daerah.

Menurut Schaff, Counselor for the Department of Corrections in Wisconsin "In the most desperate phase of compulsive gambling, they will do anything to gamble," "They start stealing money from their spouses, family . . . they'll get money anyhow, anywhere. They'll do forgeries, embezzlements, thefts. It's mostly white-collar crime."

Tidak ketinggalan, judi turut menjejaskan kadar percukaian negara. Menurut Tom Grey, President of National Coalition Against Legalized Gambling, "We have studies that show for every dollar you bring in gambling revenue, you'll lose $1.90 in costs to the taxpayer," he said. It's as simple as ABC, "the addiction, the bankruptcy, the crime and corruption that you already have will just multiply with this expansion." … "If you're not fighting it, it's like cancer and will metastasize and take you over,". Sila rujuk http://www.citizenlink.org/FOSI/gambling/cog/A000002180.cfm

Semua bukti ini menunjukkan bahawa perjudian langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada negara, patah lagi kepada individu yang terlibat. Justeru, tunaikan hak semua agama dan hak rakyat untuk mendapatkan kebaikan dan hidup aman damai. Saya yakin ia bertepatan dengan amalan gagasan 1Malaysia. Saya juga yakin masyarakat Islam akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pentadbiran yang ada pada hari ini jika kita bertegas.

Keseriusan ini lebih baik daripada melayan pandangan dan tuntutan pemuda MCA, seperti Ka Siong yang membangkitkan isu pemberhentian penghantaran pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) keluar negara bagi lepasan SPM. Beliau mempertikaikan apakah MARA akan mengambil tindakan yang sama. Kita amat faham akan maksud tersurat dan tersirat sebab pelajar-pelajar MARA adalah orang Melayu. Dalam kepala beliau hanya bangsa, bangsa, bangsa, bukan soal negara yang lebih utama. Ultra kiasu sungguh. Lebih baik join sahaja parti ultra kiasu itu, baru senang cerita. Janganlah menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional. Pernahkah parti-parti komponen Sabah Sarawak bangkit isu ini, walaupun mereka lebih berhak. Jawapannya tidak, kerana mereka memahami inspirasi dan aspirasi sejarah negara.

Apakah universiti tempatan terlalu lekeh untuk menempatkan pelajar-pelajar cemerlang ini? Jika begitulah keadaannya, tidak payahlah bersusah payah meminta kerajaan memberikan tanah dan bantuan untuk mendirikan Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan sebagainya. Lebih baik hijrah universiti ini keluar negara. Kita mahu melihat adalah mereka mampu bertahan atau tidak untuk menjadi universiti yang berkualiti.

Kenyataan ini tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang berjawatan dalam barisan kabinet kerajaan. Biarlah yang menyalak itu pemimpin mereka yang kononnya mempunyai moral yang tinggi. Barulah tidak menjadi duri dalam daging. Bertindaklah ada dasar apa yang benar, apa yang salah, bukannya menegakkan benang basah dalam lingkungan etnik yang sempit. Kita tidak akan ke mana-mana.


Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, UPNM merangkap Setiausaha Agung DPIM. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

MctHeory:
Nampaknya tindakan Ds Najib yang tidak meluluskan lesen judi bola adalah tepat. Suara rakyat harus didengar. Judi punca segala masalah!.

Rabu, 23 Jun 2010

CHEE KEONG KASI PENAMPAR PADA LO' LO DAN KHALID GEREJA!



Mc tak tahu kalau ada yang sudah membaca berita ini. Tapi berita ini merupakan pukulan K.O pada ahli parlimen Pas yang kononnya sungguh-sungguh perjuangkan Islam. Apakah Islam dalam pengertian sebenar puak Pas ni? Baca berita dibawah.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya.



Sumber Utusan

MctHeory Mengulas:
Mula-mula sekali Mc tegur kepada ahli parlimen BN. Punyalah ramai ahli parlimen BN dalam parlimen tapi takde seorang pun yang berani menegur Pas dan PKR dalam isu Judi bola ni. Takde point ke? Tak buat homework ke? Ohh lupa, Ahli Parlimen BN semuanya sibuk!, banyak bussiness kiri kanan, mana sempat nak jawab isu-isu semasa ni, betul tak?

Tahniah kepada Chee Keong kena bagi penampar baik punya kepada mangkuk Pas dua ekor yang dok berlakon selama ni. Jawapan balas dengan mengunakan fatwa N.ajis, adalah sesuatu yang amat berkesan. Kita jangan lihat perkara ini dari sudut moral, mungkin Pas boleh menjawab judi lebih terpengaruh dari arak. Kita lihat dari sudut ekonomi Islam.

Fatwa N.ajis adalah betul..memang takde salahnya. Cuma?! Puak Pas ni terlalu ekstrim menyerang kerajaan dan mengelirukan rakyat dengan mengatakan Pas ni terlalu suci sehingga tiada langsung cukai dan sumber yang tidak elok mereka ambil. Sedangkan mereka juga bersetuju bahawa cukai dari sumber yang tidak elok boleh digunakan pakai untuk memajukan ekonomi negeri.


MctHeory:
Chee Keong u r da best la .. hehe. .

Khamis, 17 Jun 2010

ISU JUDI? ANWAR BUKA PEKUNG SENDIRI!


Semua orang tahu Datuk S. Nallakaruppan adalah bekas rakan karib , Datuk Seri Anwar Ibrahim.Juga semua orang tahu beliau adalah bekas pengarah ekskutif syarikat judi Magnum Corporation Berhad.

Sebab itu Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu adakan sidang akhbar Selasa untuk mempersoalkan kelayakan Penasihat PKR itu nak cakap bab judi pertaruhan sukan untuk hentam kerajaan.

Ini kerana dakwanya semasa dalam kerajaan dulu Anwar pernah beberapa kali guna jet milik Magnum untuk terbang ke luar negara.

''Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Magnum. Saya tahu segala-galanya tentang Anwar dan Magnum.

''Kalau dia kata judi itu haram, mengapa datang kepada kami ?" soalnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Nallakarupan mendakwa Anwar dan parti pembangkang sengaja bising soal judi semata-mata untuk kepentingan politik mereka.



Sebelum ini bekas rakan tenis Anwar itu dalam beberapa ceramahnya pernah menyuarakan rasa hairan mengapa Ketua Pembangkang itu boleh rapat dengannya sedangkan beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat judi.

Anwar dan Nallakaruppan bersahabat selama lebih 20 tahun sebelum putus ekoran timbul pertikaian politik antara mereka.

Dalam pada itu jangan lupa pada gambar kontrovesial Anwar berdansa riang ria dengan anak tauke Genting masa jadi pembesar dalam kerajaan dulu

sumber agendadaily

Rasanya bila Mc siarkan isu ni di blog Mc, ramai pencacai pakatan yang akan mengatakan, semasa Anwar luluskan judi magnum, dia masih lagi bersama UMNO. Seperti mana dakwaan mereka terhadap Zaid 'mabuk' Ibrahim yang dikatakan berhenti minum dan berjudi selepas keluar dari UMNO. Apa yang pasti, Anwar pernah menerima judi sebagai sumber pendapatan negara dan meluluskannya.

Kenapa dia luluskan judi semasa dia masih lagi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? Kerana dia memandang cukai dari judi adalah salah satu pendapatan besar negara. Tetapi kini kenapa dia menentang? Kerana kepentingan politik! Dia ni jenis manusia yang bermuka-muka. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Manusia yang suka main belakang ni memang susah sikit nak faham.

Jadi pada pendapat anda, adakah Anwar betul-betul menolak lesen judi bola sepak atau sekadar hanya gimik politik? Anjing kalau tak makan tahi, dia mesti nak cium-cium juga. Ye tak?

MctHeory:
Dengan Anwar, dergar boleh, percaya jangan!

Sabtu, 29 Mei 2010

JUDI BOLASEPAK ITU HARAM, TAPI PAKATAN LAGI HARAM JADAH!


Mc bukan nak kutuk atau bincang hal judi. Memang Mc menentang judi bola sepak, ramai diantara blogger pro-UMNO disini juga menentang keras lesen judi bola sepak ni. Ini adalah salah satu tindakan salah dari kerajaan Pesekutuan.

Sebenarnya benda ini boleh dibawa berbincang, berdialog dengan kerajaan. Demontrasi aman juga bagus untuk menunjukkan rasa marah dan protes terhadap tindakan kerajaan itu, tapi janganlah keterlaluan.

Mc rasa protes keterlaluan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kini bukanlah protes berkenaan dengan judi, tapi juga protes membabitkan hal-hal lain sama. Mereka mengunakan isu Judi sebegai mukadimah utama, selepas itu mereka selitkan pelbagai hal lain disambung dengan tohmahan.

Cara mereka marah, cara mereka mempertikaikan kerajaan Pusat, umpama kerajaan pusat ni langsung tidak Islam. Umpama kerajaan Ds Najib langsung tidak Islamik. Mereka kaitkan UMNO dengan Apco, mereka bayangkan kerajaan UMNO sebagai kerajaan yahudi, kemudian mereka kaitkan isu judi dengan semua ini.

Begitu pandai mereka ini menyusun kata menyerang kerajaan pusat. Sedangkan hakikat sebenar, Kerajaan UMNO inilah yang banyak membantu masyarakat Islam di Malaysia malah di dunia. Contohnya dalam setiap projek perumahan melayu yang melebihi 33 buah rumah, mesti perlu ada tapak untuk surau.

Dalam setiap kementerian atau projek kerajaan, jabatan Agama Islam juga ada paranan untuk dimainkan. Cuma kali ini kerajaan memberi lesen judi, ia merupakan satu tindakan salah, tapi jangan kita salahkan semuanya sekali.

Sebab itu Mc kata, Judi itu Haram! Tapi Pas dan Pakatan Rakyat jangan jadi Haram jadah! memperbodohkan rakyat umpama rakyat langsung tiada otak.

Fikirkanlah!

Selasa, 18 Mei 2010

JUDI BOLASEPAK? UNTUK MELAYU ATAU UNTUK CINA DAN INDIA?



Judi adalah Haram dalam Islam! Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung adalah haram sama sekali. Bekerja di kedai judi, menjadi penyambut tetamu, kerani atau juruwang sekalipun akan tetap terbabit dengan dosa haram perjudian. Itu hakikat sebenar betapa perjudian perlu dijauhkan dari semua umat Islam.

Itu penerangan berpandukan hukum agama. Bagaimana pula dengan hukum judi disesebuah negara Islam yang majmuk seperti Malaysia? Perlaksanaan sebuah kedai judi di negara Islam majmuk, adalah amat tidak digalakan. Tidak dilarang, tapi tidak digalakkan. Nak buka tetap boleh, cuma permintaan itu hanya untuk orang bukan Islam. Tempat untuk buka kedai judi juga, hanyalah ditempat majoriti penduduknya terdiri dari bukan Islam.

Panjang betul mukadimah Mc bagi. Itu cuma sebagai rujukan aje, bukan Mc nak mengalakkan orang berjudi. Cuma Mc nampak kebenaran yang kementerian kewangan meluluskan lesen judi bolasepak kepada BERJAYA ni. Telah dibesar-besarkan oleh puak-puak pembangkang. Paling tak boleh tahan, bila Dap turut serta membantah. HAhaha. .Dap pun bantah judi! hahahah. .Nak tahu kenapa Dap bantah juga?

Dap bantah judi, sebab diorang tak dapat lesen untuk menjual judi terbabit. Cuba kerajaan bagi peluang kat Dap untuk jadi taukeh jual judi tu, confirm diorang tak bantah punyala. Ini semua permainan politik busuk ala idea terpupus puak Pakatan Haram. Pas pula memang tengah kering isu, tiba-tiba isu ni keluar, apa lagi, diorang kasi bakar isu ni sampai nampak macam isu masalah terbesar negara.

Dah kerajaan beri penerangan bahawa judi bola sepak cuma dijual hanya kepada orang bukan Islam. Jika orang Islam cuba membelinya, boleh dikenakan hukuman. Kedai yang jualnya kedai berlesen dan melarang dari orang Islam pergi beli! Kedai judi yang sememangnya sudah sedia ada. Jika benar Pas menentang judi! Sepatutnya Pas patut putuskan hubungannya dengan bapak segala judi iaitu Dap.

Mc bagi contoh Selangor sekarang ni. Bersepah kedai game judi kuda, signboard luar cybercafe, tapi isi dalamnya hanyalah game judi kuda. Pelanggan yang datang pula terdiri daripada budak-budak sekolah, anak melayu kita yang dibenarkan masuk berjudi didalam kedai tersebut. Itu judi HARAM! dah la judi sememangnya HARAM ditambah lagi dengan judi haram yang dibuka oleh kongsi gelap cina belaan Dap, bertambah rosak la anak melayu kita.

Kerajaan mewujudkan kedai judi berlesen bagi mengekang kewujudan judi haram bola sepak yang dipanggil 'bookie' atau taukeh kedai judi haram. Sememangnya judi adalah haram bagi Islam, tapi tidak kenapa cina dan india. Sebab pertama ia dibuka, sebab yang lainnya, judi berlesen mudah dikawal berbanding judi haram.

Judi berlesen khas untuk orang bukan Islam, dan kerajaan boleh memantau sebarang salah laku. Kalau judi haram, diwujudkan oleh puak-puak kongsi gelap belaan Dap yang sememangnya tak dapat dikawal, sebab tu Dap marah sangat. Perniagaan mereka diganggu oleh judi berlesen!

Mc pun tak menyokong judi ni. Sebagai orang Islam, kita kena menjauhkan diri kita dari perkara yang dilarang oleh Islam. Dah tahu judi tu haram yang dok pi beli buat apa! Pembangkang membantah sebab kepentingan mereka diganggu! Mereka hanya mencari alasan, bukan nak menyelesaikan masalah.

MctHeory:
Dari berjudi, baik main guli!

Kalau betul Pas mahu melarang sebarang hiburan dan benda yang diharamkan oleh Islam. Kenapa benarkan lagi clubbing dibuka? Paling baru The Opera! tiga tingkat! Betul-betul depan Sunway, jika waktu malam dah serupa macam kat Las Vegas, tapi takde sapa pun yang bising atau buat bantahan. Waktu operasinya sampai 3 ke 4 pagi,

Selasa, 20 April 2010

BUKTI ZAID KAKI JUDI!

Perhatikan keratan web dibawah ini terutamanya yang dibulatkan. Cuba tengok nama siapa yang bertaruh didalam bulatan tersebut.






Dah habis baca dan tengok? Mungkin ada ada sesetengah pembaca yang sudah membaca keratan ini dan ada yang belum. Ini adalah bukti nyata yang menunjukkan Zaid Ibrahim ialah seorang kaki judi kuda. Dia selalu bertaruh pergi ke New Zealand untuk berjudi secara besar-besaran. Inikah yang calon wakil rakyat istimewa dari Pakatan untuk penduduk Hulu Selangor?

Dalam Portal Malaysiakini Zaid menafikan bahawa dia berjudi,

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan, jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan, katanya.

Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.
sambung baca sini

Kiranya masa dia dalam UMNO dia jahat la. Macam tu la dia nak beritahu kita. Lepas dia keluar dari UMNO, dia terus jadi baik ke? Macam mana pula dengan keratan web di atas? Bukankah tarikh taruhan itu selepas dia dah keluar dari UMNO? Apa dia nak cakap lagi? Nak kata fitnah lagi ke?

Kalau orang macam ni pun penduduk Hulu Selangor mau undi, nampaknya habis la musnah masalah sosial di Hulu Selangor nanti. Pasti banyak kedai judi dan nombor ekor yang akan diluluskan olehnya.

sumber TheUnspinners

MctHeory:
Lepas ni Pas boleh keluar fatwa kata judi kuda takpa tu sukan tak haram la!