Jumaat, 16 April 2010
Pemilihan Zaid Ketepikan Kehendak Akar Umbi
Tulisan dan pemikiran yang baik dari Seorang penganalisis politik Dr Mohamad Agus Yusof mengenai calon PKR Zaid 'mabuk' Ibrahim.
HULU SELANGOR: Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak mengambil kira kehendak akar umbi sebaliknya bersifat "atas ke bawah", kata seorang penganalisis politik.
Ia dilihat sebagai strategi parti itu untuk menarik undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil 25 April itu kerana sokongan pengundi Melayu dijangka berpecah dua, kata Dr Mohammad Agus Yusoff.
"Keputusan ini sudah pasti "top down". Ini kerana Zaid bukan anak tempatan serta bukan calon dari bahagian itu. Beliau juga calon lompat," katanya.
Antara anggota PKR yang disebut-sebut dipertimbangkan oleh PKR ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat. Zaid, 59, adalah bekas Ketua Umno bahagian Kota Baharu di Kelantan.
Barisan Nasional (BN) semalam menamakan Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan, 44, sebagai pilihannya.
Agus berkata pemilihan Zaid mempunyai kesan pro-kontra kepada pengundi.
Walaupun dikenali sebagai pemimpin politik di peringkat nasional, personaliti Zaid yang dikatakan mempunyai gaya hidup moden mungkin menjadi beban kepada parti itu untuk menarik undi Melayu.
"Saya jangka peribadi dan imej calon ini akan jadi permainan pada pilihan raya kecil yang penting bagi kedua-dua pihak bertanding," kata pensyarah sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Kerusi Hulu Selangor meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali, yang ketiga-tiganya diwakili BN. Kawasan Parlimen itu mempunyai 64,500 pengundi termasuk 799 pengundi pos.
Daripada jumlah itu 34,020 pengundi atau 52.7 peratus adalah pengundi Melayu, 16,964 pengundi atau 26.3 peratus adalah pengundi Cina dan 12,453 pengundi atau 19.3 peratus adalah pengundi India selain terdapat 1,000 pengundi Orang Asli.
Sebelum menyertai PKR, Zaid dikenali sebagai pemimpin kuat Umno di Kelantan yang satu ketika dulu menentang keras pelaksanaan hukum hudud di negeri itu yang diperintah PAS sejak 1990, yang kini sekutu PKR selain DAP.
Keadaan ini mungkin menerangkan kenapa Zaid ketika pertama kali berucap sebagai calon PKR di Dewan Komuniti Serendah di sini pada Selasa lepas berkata pemilihannya mendapat restu Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang kini berada di Mekah.
Bagi penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Atory Hussein, pemilihan Zaid nampak agak kelam-kabut dan pilihan raya itu kelihatan seperti lebih tertumpu kepada PKR dan bukannya pakatan tiga parti itu.
"Pendapat saya, sejarah yang lepas ketika Zaid masih bersama Umno tidak relevan kerana beliau kini bersama PKR," kata Atory yang tidak menolak kemungkinan serangan peribadi akan menjadi modal politik menarik pengundi di Hulu Selangor.
Mengenai pemilihan Zaid yang dikatakan tidak disenangi sebilangan pemimpin PKR, Atory berkata itu merupakan persaingan dalam PKR untuk mencari pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin utama parti itu.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak. - BERNAMA
MctHeory:
PKR saja tempat kubur awal-awal..dah bosan hidup agaknya!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan