Jumaat, 2 April 2010
PENTINGNYA PERKASA UNTUK MELAYU!
Perkasa! satu NGO melayu yang betul-betul tengah meletup sekarang ni. Semangat membela melayu dan mempertahankan maruah melayu memang sangat Mc kagumi.
Kewujudan NGO seperti Perkasa ini memang sesuai pada waktu sekarang. Disaat semangat orang melayu berbelah bahagi diantara bangsa atau harta. Kewujudan Perkasa bagai membuka semula mata orang melayu yang bagaikan dipukau oleh pembelot-pembelot melayu.
Pembelot Melayu! gelaran yang Mc khaskan pada parti pembangkang Pas dan PKR. Dimana melayu dalam parti ini kelihatan seperti bersedia untuk mengadai segalanya bagi berkuasa.
Pas, parti yang kononnya pembela agama dan bangsa. Mempunyai ramai bijak pandai agama didalam parti tersebut. Tapi sekarang perjuangan Pas seolah menyimpang jauh dari perjuangan asal.
Pas menyimpang apabila Pas banyak mengikut kata-kata Dap dan selalu merestui perbuatan sundal PKR yang diketuai oleh Anwar walaupun perkara yang bertentangan dengan Islam.Contohnya Isu kalimah Allah.
Cerita pula tentang parti PKR. PKR bukanlah parti melayu dan PKR juga bukanlah parti yang diteraskan oleh perjuangan. PKR ditubuh hanyalah kerana mahu membela Anwar. Maksudnya, PKR ditubuh hanya untuk menagih kesian rakyat supaya menyokong Anwar.
Jadi apakah melayu dalam PKR mahu memperjuangkan melayu? Semestinya tidak! perjuangan mereka hanya untuk Anwar dan perjuangan Anwar pula hanyalah untuk berkuasa. Jadi apa pentingnya bangsa melayu bagi mereka? Langsung tak ada!
Bila masa Pas dan menyimpang. PKR sudah tak boleh harap. Bangsa melayu mahu bergantung pada siapa? Yang tinggal hanyalah UMNO. UMNO satu-satunya parti yang masih membela bangsa melayu, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi UMNO tetap dengan perjuangan asalnya.
Cuma! sejak akhir-akhir ini, UMNO kelihatan lebih mengikut rentak pembangkang yang lebih mengutamakan bangsa selain melayu. Promosi UMNO Juara Rakyat adalah bukti utama menunjukkan UMNO mahu jadi juara di hati rakyat dan bukannya hanya orang melayu.
Kenapa UMNO mahu jadi Juara Rakyat? Kenapa tidak jadi Juara Melayu? Ini yang menjadi persoalan sekarang. Adakah UMNO sudah lupa akan perjuangannya membela melayu? Tidak, UMNO tidak lupa. Cuma sekarang UMNO mahu membesarkan lagi skopnya. Bukan hanya mahu mesra dengan melayu, tapi juga mahu mesra dengan berbilang kaum.
Ini terjadi apabila UMNO melihat parti komponen BN yang lain bagaikan gagal menjuarai bangsa mereka. MCA selalu bertelingkah sesama sendiri. Gerakan pula bagaikan parti sesat salah arah dalam BN dan MIC baru nak merangkak pancing kaum India.
Sebab itulah UMNO mengorak langkah awal dengan promosi UMNO Juara Rakyat. Jika komponen BN masih tidur, biar UMNO bangun usaha sendiri untuk mengambil hati rakyat kembali.
Bagi Mc, kempen promosi UMNO Juara Rakyat seakan berjaya. Kerana setiap kali ia dibuat. Ribuan rakyat akan turun bersama pemimpin bagi menjayakan program tersebut. Bukan hanya orang melayu, tetapi kaum lain juga turun bersama.
Dimasa UMNO sedang sibuk menarik dan memancing perhatian kaum bukan melayu. Perkasa, yang diasaskan oleh Dato Ibrahim Ali dan sokongan kuat Tun Dr Mahathir. Membuat langkah silat awal dengan mengempur segala musuh orang melayu.
Kini kelihatan Perkasa menjadi Juara Melayu! Walaupun Perkasa bukan parti politik, akan tetapi Perkasa dan UMNO bukanlah asing. Mc percaya ramai ahli UMNO didalam Perkasa dan setiap program Perkasa pasti disokong oleh UMNO.
Sebab itulah kewujudan Perkasa amat penting waktu sekarang. Disaat UMNO sudah berbelah bagi kesetiaannya. Pemuda UMNO pula lebih pentingkan wang dari perjuangan. Kaum melayu pula hampir lupa tentang sejarahnya. Perkasa bangun kejutkan semua pihak tentang penting 'Melayu dan perkara 153 dalam perlembangaan yang perlu dipertahankan.
Mc sebagai orang Melayu dan berharap orang melayu tidak kira dari loghat atau berbeza keturunannya, jawa ke minang ke banjar ke jika mengaku melayu, bangun bersama Perkasa untuk membela bangsa melayu demi anak cucu kita nanti.
MctHeory:
Jangan jadi melayu yang tak mengaku melayu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
salam hormat bro
skrg ni ramai melayu dh x mengaku dia tu melayu. yg dasat skali ada yg malu diorang dilahirkan sbg melayu.
ada melayu yg terang2 menikam org melayu dgn bersekongkol dgn yahudi mabok.
ada melayu yg nak menggadaikan negara sb giler kuasa
haiii ntah la ape nak jadi dgn org melayu skrg.
kalau ada melayu macam tu. suruh dia keluar daripada Malaysia aje. buat semak Malaysia!
Catat Ulasan