Rabu, 14 April 2010

RAKYAT HULU SELANGOR SUDAH BOSAN DENGAN PKR!



Mc mempunyai ramai rakan yang tinggal di kawasan parlimen Hulu Selangor. Almaklumlah. .kawasan parlimen Hulu Selangor ni bukannya kecik. Antara kawasan yang besar dan makin pesat membangun. Banyak kawasan peranginan, perindustrian dan pertanian yang terletak didalam P094 ini.

Akan tetapi mengikut cakap-cakap orang disana. Sejak PKR menawan kerusi parlimen Hulu Selangor dan menjadi kerajaan Selangor. Bagaikan tiada langsung sebarang perubahan yang cuba kerajaan Selangor lakukan. Tiada pembangunan, tiada peningkatan kemudahan awam serta keperluan rakyat.

Yang ada hanyalah kesan pembangunan semasa BN memegang kawasan tersebut. Jadi apa yang kerajaan Selangor buat selama ini? Jangan salahkan kerajaan pusat, kerana rakyat disana memilih PKR bukannya BN. Jika difikirkan, adakah patut BN mencampuri urusan PKR untuk memberi bantuan kepada rakyat disana, sedangkan PKR yang dipilih oleh rakyat untuk menjaga mereka?

Bukan kerajaan BN tidak sudi membantu rakyat Hulu Selangor. Tetapi adalah tidak adil bagi BN untuk menabur budi pada yang tidak sudi untuk memilihnya. Pada ketika ini, BN yang mewakili kerajaan pusat telah kembali untuk memikul tanggung jawab untuk menjaga rakyat Hulu Selangor. Sebab itu Ds Najib dan Ts Muhyiddin turun disana dan memberi bantuan dan menjanjikan kemudahan yang terbaik untuk rakyat Hulu Selangor yang telah lama derita dibawah PKR.

Apakah mereka tidak serik dibawah jagaan PKR? Perlukah rakyat Hulu Selangor mempercayai kata-kata PKR dan konco-konconya lagi? Jika mereka mahu menderita dan tiada perubahan untuk kehidupan mereka. Mereka boleh memilih semula PKR. Jika mereka mahu hidup terbela dan kemajuan disekililing, mereka perlu memangkah lambang dancing untuk masa depan mereka dan anak mereka.

Jika PKR dan Pakatan Haram mahu menang disana pun, hanyalah untuk menjaga maruah parti. Peruntukkan 21 juta dari anwar untuk merasuah rakyat di Hulu Selangor adalah satu pendekatan songsang yang menjijikkan. Jika dulu mereka menuduh UMNO/BN merasuah, tetapi kini mereka yang terang-terang melakukan demikian.

Mc harap rakyat Hulu Selangor bangun berdiri dibelakang BN esok. Tinggalkan PKR dan Pakatan Haram dengan retorik busuk mereka. Peluang sebegini bukannya ada selalu. Mungkin Allah maha kuasa telah mendengar penderitaan rakyat di Hulu Selangor dan memberi peluang kedua untuk mereka. Bangkitlah rakyat Hulu Selangor! dan Bangkitlah rakyat Selangor!


MctHeory:
Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang!

3 ulasan:

mat nisfu berkata...

Saya anak kedah dan dah 25 tahun mencari rezeki di KL dan sekarang tinggal di salah sebuah perumahan baru terbesar di P094.

Just to confirm bahawa sejak PKR menang, MEMANG TAK ADA PUN PEMBANGUNAN DI KAWASAN INI. Tetapi harus diingat, zaman G . Palanivel jadi MP pun, pembangunannya sangat lembab. So walhasil bali hasil.

Apapun PRK ni satu rahmat utk kami di sini yg dahagakan pembangunan. Mana - mana pihak yg nak buat pembangunan dipersilakan tapi kami akan undi calon yg terbaik je.

McTheory berkata...

Mc tahu, Mc dah buat kaji selidik, memang PKR langsung tak buat kerja. Si Palanivel pula. .dia rasa terlalu selesa sebab tu dia agak lupa diri. padan la dia kalah pru ke 12

YANG GAMBI berkata...

Bro, pengundi2 di Hulu Selangor bukannya semuanya buta dan jumud.... InsyaAllah BN akan merampas kembali kerusi P94...