Khamis, 29 April 2010

SIKAP DENDAM DAN BUTA HATI PAS MENYEBABKAN MELAYU TIDAK BERSATU!



Mc banyak mendapat email daripada pembaca blog yang mempersoalkan kenapa UMNO dan Pas tidak mahu bersatu. Ada yang bertanya dan ada juga yang mempersoalkan kenapa biarkan melayu berpecah.

Mc sudah terbitkan artikel berkenaan perpaduan kaum melayu berpuluh kali. Kami dipihak pro-UMNO sudah menyatakan terbukanya hati untuk berbincang, cuma disebabkan ada sesetengah pemimpin Pas yang masih jumud dan hitam hatinya menghalang perpaduan tersebut.

Mc faham kenapa penentang utama perpaduan melayu seperti N.ajis, Husam dan geng edrogan Pas yang lain menjadi penentang keras. Ini semua disebabkan busuk hati dan dendam kepada UMNO yang tidak dapat mereka lupakan.

Mc masih ingat lagi bahawa ada diantara mereka ketawa riang, menganggap UMNO sebagai terdesak hingga sanggup menawarkan kerajaan perpaduan Pas bersama UMNO. Malah ada yang berkata jika Pas bersama UMNO, Pas akan dilayan lebih teruk daripada Dap mengkudakan Pas.

Kiranya jika Pas menyertai BN, Pas akan dipijak oleh UMNO dan terpaksa menuruti segala cakap UMNO. Itu pendapat mereka, itu cuma helah mereka, hakikat sebenarnya, Pas yang selalu menikam belakang rakan seperjuangan.

Sejarah mendedahkan segala, ketika Pas dalam BN, Pas tidak pernah berusaha menyatupadukan kedudukannya bersama parti kompenen yang lain. Pas hanya mengunakan BN bagi menambahkan pengaruhnya diserata negeri di Malaysia. Begitu jahatnya rancangan Pas semasa didalam BN. Sedangkan UMNO tidak pernah ada episod curang kepada rakan. Begitu patuhnya UMNO kepada perpaduan dan harmoni BN.

Kini apabila sesetengah pihak mahu mengabungkan antara UMNO dan Pas, banyak benda perlu dibuat, banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Mc ingat kalau sekarang UMNO bergabung dengan Pas, bakal bergegar KLCC di Kuala Lumpur.

Cuma ada satu jalan yang boleh membuatkan impian ini menjadi kenyataan, apabila puak penentang hati hitam konco N.ajis sudah tiada didalam Pas. Malah pengaruh Anwar al-juburi didalam Pas sudah lenyap. Insyallah. .yang lainnya akan bersatu dan melayu akan kembali kuat!

MctHeory:
Itu cuma andaian Mc. Kalau tak bersatu pun, UMNO tetap maintain!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askm...

Sekadar sdkt pendapat, hakikkatnya cara berpolitik skrg x kira Umno atau Pas tidak akan menguntungkan org melayu dan islam...

Kita bergaduh bagai nak rak, baca paper, baca blog, tgk tv... Buleh dikatakan xder satu pun brita yg menenangkn hati. X cukup dgn jenayah di sekeliling tambah dgn gelagat org politik...dan yg akhirnya dpt pening kita...golongab marhaen...X kira melayu, cina, india dll...x kira dgn siapa kecenderungan politik kita.

Harap2 org politik umno - pas tgk2la klau nk berpolitik... Jgn setiap masa kita nk bercakaran. Klau x kesian ke dt sndri kesian kanla rakyat yg dok pilu dan gundah kt bwh nie....

Wsalam...