Jumaat, 14 Mei 2010
KENAPA ADA CINA SOKONG PAS?!
Pas for All! Itulah yang dilaungkan oleh puak-puak tegar Pas yang terpengaruh oleh dakwaan gila pemimpin mereka yang sanggup menjual agama demi kuasa dan wang ringgit. Pasti anda semua pelik apabila ada kaum cina dan india yang menyokong parti Pas ini.
Mc ada berkunjung ke sebuah perasmian pembukaan cawangan Pas di Petaling Jaya. Mc ni cuma mengikut je la, sesambil mengorek rahsia. Diorang bukan kenal pun Mc ni siapa, inilah yang bagus jika menjadi undercover dan lowprofile, siapa pun tak kenal. He he he. .
Pelik sungguh bila Mc pergi kat perasmian ni, ramai tetamu yang hadir terdiri daripada orang cina dan sebilangannya kaum india. Orang melayu ada tapi sama banyaknya dengan kaum cina. Pelik! ni pembukaan cawangan Dap ke PKR? Tak macam cawangan Pas je pun.
Bila dah pelik, mula la nak menyiasat, apa yang dah jadi ni. .korek punya korek akhirnya Mc dapat tahu dari mulut penyokong-penyokong Pas yang berbangsa cina ni. Mereka ni kebanyakannya ahli Dap yang menyokong Pas. Ialah, kan Dap ni dah berkahwin dengan Pas maka demi slogan Pas For All mereka menyokong Pas dari belakang sepenuhnya.
Kata mereka lagi, Pas ni bagus, Pas ni parti yang betul-betul amalkan ajaran Islam. 'Ye ke?' Itu kata mereka. Lagi mereka menyokong Pas kerana mereka bencikan korupsi, kroni dan salahguna kuasa oleh parti UMNO. Mereka kata Pas ni bagus kerana tidak buat semua tu. 'yeke?' Sahih mereka ni tak ikuti perkembangan semasa, atau mereka hanya baca harakah dan the roket saja kot, takpun dok baca Suara Keadilan yang tak beberapa nak betul tu.
Bila Mc buka pasal negara Islam yang hendak ditubuhkan oleh Pas, mereka menyokong hasrat Pas tersebut, kata mereka negara Islam cuma untuk orang Islam, takde kena mengena dengan diorang. Mc pun terus diam dan layan diorang berburak. Kebanyakan yang hadir didalam majlis ni lebih kurang dalam 30an keatas.
Mungkin mereka ini tidak sedar bahawa negara Islam jajaan Pas tu hanya retorik memancing undi semata-mata. Jika benar Pas mahu melakukannya sudah lama mereka lakukan di Kelantan dan negeri jajahan Pakatan Haram yang lainnya. Mc malas nak bertekak atau bertegang leher dengan puak-puak Pas kat tempat mereka sendiri. sudah pastilah Mc akan teruk dibelasah kalau cuba mencari pasal.
Sampai bila mereka ini akan diperdaya oleh Pas pun taktau la. Jika benar Pas betul-betul memperjuangkan Islam, Mc sendiri akan menyokong mereka. Tapi hakikat sebenarnya, mereka hanya mengunakan Islam demi kepentingan politik dan ehsan daripada rakyat. Bak kata orang, depan cakap lain, belakang cakap lain. HamPas!
MctHeory:
Pas for All! yeahh! tuih!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
betul tu bebb. islam hanya topeng utk dpt undi.
bayangkan hudud pas di kelantan dan terengganu lain2. mereka kata hudud hukum Allah, kalau lain tu hukum apa kenamanya.
dan yg peliknya kata mereka hudud hanya utk org islam. bayangkan janda melayu kene rejam sampai mati sbb berzina, tapi anak cina yg berzina kena denda RM200 jee.
zaman nabi hudud tak macam tu. hudud for all. 1 MADINAH 1 HUDUD.
Lagi pelik kalau pas bantah k'jaan malaysia keluarkan lesen judi.
k'jaan kata judi hanya utk non muslim.
tapi mereka bantah kata judi tak baik utk semua ugama.
tapi mereka kata hudud hanya utk muslim boleh pulak.
lagi bertambah pelik bila k'jaan kelantan luluskan lesen judi & arak selama 20thn di kelantan tak pernah miss.
MUAHAHAHHA
KENAPA PENCACAI NAK MENYOROK MASUK KEDLM CAWANGAN PAS. PEMBUKAAN CAWANAGAN UMNO TAK SEMERIAH PEMBUKAAN CAWANGAN PAS4ALL
TULAH UMNO TU TAK TERIMA 1MALAYSIAH
HE HE HE HE
Cina sokong PAS sebab Cina tau PAS tu jual agama.
whose next
I dont really understand what is wrong with you,you obviously havent been to kelantan and secondly you know nothing about islam ,dont just say you know islam just bla bla,kerajaan kelantan sudah lama ingin laksanakan hudud tapi ditentang oleh kerajaan persekutuan,so kena dapt izin dari federal gov dulu baru bole laksankan ,zaman apa entah ada org nk samam kelantan sebb nk laksanakan hudud,hudud is not a matter of doing rejam and stuff,its so as the people obey the law of Allah but pemimpin harus tunjukkan bagaimana cara by following islamic rules themselves,pemimpin harus adil dari segenap aspek contoh kediaman dn pekerjaan is something that all of us need,if the gov doesnt provide that then surely they would be homeless people,and homeless people when they get hungry,they do anything to get food meaning stealing ,it goes the same as jobless people,when finding a job is hard and tough ,they will obviously give up,when barang naik minyak naik,tidakkah rakyat akn terkongkong terutama yg fakir miskin so all of these will basically lead to all sort of crime.and when somebody does crime when they are poor,they dont have to be punished instead the government have to help them in some way but if the rich steals from the poor that is considered a crime,and regarding the fact tha if a muslim does zina and a non muslim does zina,its basically up to the hakim to give the best punishment,and you know if muslim are pnished in dunya it is so that they dont get punished in the life here after and one day in dunya equals to 1000 days there,I advise u to go to ceramah agama,dekati ulama,solat awal waktu dan lima waktu lengkap,moga moga dapat hidayah dari Allah ,u certainly got a lot to learn mate
Catat Ulasan