Selasa, 25 Mei 2010

PAS SUDAH BUKTIKAN PERJUANGAN ISLAM TIDAK PENTING!

Pas membuat tindakan berani dengan membuka keahlian parti kepada bukan Islam. Sayap baru Pas, Dewan Himpunan Penyokong Pas yang telah dinaik pangkatkan dari Kelab penyokong ke ahli Pas sudah membuktikan segalanya.

Tindakan berani Pas bakal mengundang padah kerana Pas terpaksa membayar semua ini dengan harga yang amat tinggi. Apabila Pas membuka keahliannya kepada bukan Islam, ini bermakna Pas tidak lagi mengutamakan Agama Islam sebagai perjuangan rasmi mereka. Macamana nak perjuangkan Islam, jika ahlinya tidak Islam?

Apa jua alasan yang diberikan oleh Hadi Awang untuk membuka keahlian Pas ini, akan menyebabkan ramai ahli Pas akan berpusu-pusu keluar dari parti campuran. Kumpulan pertama sudah keluar semalam di Alor Setar, akan ada kumpulan sedar seterusnya yang akan meninggalkan Pas.

Mc tahu, tak ramai ahli Pas yang sedar akan perkembangan ini. Ramai ahli Pas yang tidak suka dan menentang keras pembukaan keahlian kepada bukan Islam. Apa nak buat, Pas sudah terdesak, ramai melayu sudah tidak menyokong Pas, sebab itu mereka mengharapkan kaum lain menyokong mereka.

Dap sibuk nak cari ahli melayu, Pas sibuk nak cari ahli bukan melayu, PKR sibuk pertahankan ahli yang dok nak lompat ni. Kata Pakat? Pakatan apakah ini kalau masing-masing sedang cuba penuhkan perut sendiri? Fikirkanlah!

MctHeory:
Berubah kepada baik, bukan jadi makin teruk!

3 ulasan:

Mohd berkata...

Wahai Melayu yg tak sedar diri,
1. Sedarkah anda bahawa kaum Cina di Malaysia sudah bersatu utk merampas Puterajaya di PRU13 nanti?
2. MCA dgn pemimpin pelakun lucahnya serta Gerakan hanya akan menjadi musuh dlm selimut BN. Mereka akan hanya berkempen spt melepaskan batuk di tangga. MCA dan Gerakan hanya akan menekan UMNO utk memberi berbagai2 macam tuntutan utk kaum Cina bila masa pilihanraya.
3. Di kawasan2 Parliamen bandar di mana kaum Cina adalah majoriti, DAP akan menang. PKR dan PAS akan digunakan di kawasan majoriti Melayu utk meraih undi kaum Melayu. Dgn itu, Pakatan Rakyat akan menang cemerlang di PRU13 nanti.
4. Sudah tentulah Anwar Ibrahim (kes liwat di mahkamah akan ditunda sehingga PRU13) akan menjadi PM.
5. Lepas itu DAP akan meminda perlembagaan Malaysia dgn kelebihan kerusi PR 2/3 di Parliamen. Yang pertama Institusi Raja-Raja Melayu akan dihapuskan supaya mengujudkan Republik of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi PM. Anwar akan jadi Presiden Melayu yg pertama dan terakhir.
6. Maka bermulalah mimpi ngeri utuk orang2 Melayu di Republik of Malaysia ......

Tanpa Nama berkata...

PAS harus tukar nama dan bendera nya sekali jangan letak 'bulan mengambang' panadol ... aku syorkan ' roket naik ke bulan ' ... baik2 PAS jangan sampai terhemPAS

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KINI GILIRAN AHLI2 PARTAI PISS PULAK RAMAI2 KLUAR PARTI. YAMMMSENGGGGG!!! HUHUHU