Pecat lagi! Kali ni Samy memecat dua orang lagi ahli MIC (CWC) Kp Samy dan G Kumar. Alasan pemecatannya kerana mereka berdua lantang mengkritik Presiden MIC itu. Mc mendapat tahu bahawa Samy Velu memimpin MIC sudah lebih dari 30 tahun. Kata orang apabila kita terlalu lama memegang jawatan, kita akan bersikap diktator dan orang pun lama-lama naik menyampah.
Dalam 30tahun Samy Velu jadi Presiden, sudah 100 ribu ahli MIC dipecatnya. Wow! satu jumlah yang besar. Mc percaya, dari jumlah tersebut pastinya ramai yang dipecat kerana tidak mengikut arahan atau cuba menentang Samy Velu bukan? Apa ni Mr Samy, orang lain mengumpul ahli, MIC pula suka buang ahli.
Mc pun tak tahu sangat tentang perlembagaan MIC ni. Macam mana nak pecat ahli, siapa yang boleh pecat. Tapi nampaknya, jika menjadi Presiden Parti, kuasa penuh amat terbuka untuk memecat ahli. Patutla Samy mahukan G.Palanivel jadi Timbalannya sebab Mr.G ni pak turut je, apa Samy cakap dia angguk je.
Mc bukan nak campur masalah rumah tangga MIC tapi nampaknya Mr Samy ni dah melampau sangat. Dah dua tahun janji nak turun takhta. Ni janji lagi tahun depan, tah betul tah tidak. Bila pertikaikan, sahih nanti kena pecat. Alaa. .Mr Samy, kalau orang dah tak suka turun aje la. Kasi orang lain naik, kan senang. Tak jemu ke dah 30 tahun dah!
Mctheory:
Naik jemu tengok muka!
3 ulasan:
beliau wajib bertaubat!
ehkekekkekeke ~~~
x releven lagik
wooohaaaa!
>>__<<
Mungkin tu lah perlembagaan MIC.. Presiden berkuasa mutlak dan tak boleh dikritik.. (Macam cerita Sivaji the boss lak..)
http://sampulkecil46.blogspot.com/
Frodo..bukan bertaubatlah..lebih baik terus dipecatlah..ekkeekkekekk
Catat Ulasan