Seperti yang dijangka, gelombang kaum India meninggalkan Dap akan berterusan, malah gelombang ini akan lebih kuat bila hampirnya PRU ke 13.
Sumber gambar dan video Mc ambil dari SINI
BUTTERWORTH Mei – Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.
Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.
“Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya. “Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam ini. – Bernama
Dap hanya memperjuangkan kaum cina tanpa mempedulikan kaum lain. Karpal Sink jangan cakap la, dia tu muka Singh tapi hati perut komunis. Dia dah sebati dengan Dap.
Amat menyedihkan Mc apabila ramai kaum Melayu yang masuk Dap. Kini kaum india dah sedar dan keluar Dap. Bila pulak barua-barua melayu dalam Dap nak sedar dan tinggalkan kumpulan Komunis moden tu? Sedarla wahai bangsa ku, anda sedang dipergunakan!
P/s: mereka masih kenyang dengan suapan Dap..
McTheory:
Projek mengDAPkan Melayu sudah bermula..
Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan
Isnin, 30 Mei 2011
Rabu, 26 Mei 2010
KECOH! LEPAS MCA, MIC LA PULAK!

Apa nak jadi ni? Kecoh tak sudah! Dulu MCA, sekarang ni MIC pulak. Bila agaknya komponen BN ni nak aman? Kita bergaduh sesama sendiri, sedangkan Pakatan Haram ketawa melihatkan kita bercakaran. Mereka sedang mengatur langkah untuk maju, kita masih lagi dok terhegeh-hegeh cari tapak.
MIC pun satu. Baru aje nak naik balik, dah berlagak sombong si Presiden MIC. Kalau macam ni la, sampai bila pun MIC tak maju. Bila bergaduh je, tuduh orang lain salah. Balik-balik UMNO juga yang kena.
Biasala bapak borek anak rintik. Sama dan serupa sungguh bapak dan anak ni. Samy Velu lambat nak turun takhta sebab nak bagi anak dia naik kot. Sebab tu asyik tangguh-tangguh.
MIC nak keluar BN? kalau betul nak keluar dah lama MIC dah keluar. Tak payah nak kaji-kaji dah.Tegur sikit nak keluar, cakap sikit nak keluar. Susahla macam ni, keras kepala tak boleh diajar.
Mc malas nak tulis lagi pasal MIC lagi. Ini kali terakhir, lepas ni nak tumpukan ke lubuk PKR. Anwar dah mula gerakan perisik ke kawasan Melayu untuk lepaskan racunnya. Hati-hatilah!
MctHeory:
MIC, Bodoh sombong!
PECAT LAGI! SAMY VELLU SUDAH MELAMPAU!
Pecat lagi! Kali ni Samy memecat dua orang lagi ahli MIC (CWC) Kp Samy dan G Kumar. Alasan pemecatannya kerana mereka berdua lantang mengkritik Presiden MIC itu. Mc mendapat tahu bahawa Samy Velu memimpin MIC sudah lebih dari 30 tahun. Kata orang apabila kita terlalu lama memegang jawatan, kita akan bersikap diktator dan orang pun lama-lama naik menyampah.
Dalam 30tahun Samy Velu jadi Presiden, sudah 100 ribu ahli MIC dipecatnya. Wow! satu jumlah yang besar. Mc percaya, dari jumlah tersebut pastinya ramai yang dipecat kerana tidak mengikut arahan atau cuba menentang Samy Velu bukan? Apa ni Mr Samy, orang lain mengumpul ahli, MIC pula suka buang ahli.
Mc pun tak tahu sangat tentang perlembagaan MIC ni. Macam mana nak pecat ahli, siapa yang boleh pecat. Tapi nampaknya, jika menjadi Presiden Parti, kuasa penuh amat terbuka untuk memecat ahli. Patutla Samy mahukan G.Palanivel jadi Timbalannya sebab Mr.G ni pak turut je, apa Samy cakap dia angguk je.
Mc bukan nak campur masalah rumah tangga MIC tapi nampaknya Mr Samy ni dah melampau sangat. Dah dua tahun janji nak turun takhta. Ni janji lagi tahun depan, tah betul tah tidak. Bila pertikaikan, sahih nanti kena pecat. Alaa. .Mr Samy, kalau orang dah tak suka turun aje la. Kasi orang lain naik, kan senang. Tak jemu ke dah 30 tahun dah!
Mctheory:
Naik jemu tengok muka!

Rabu, 14 April 2010
TANGAN JAHAT DALAM MIC!

Ketika ini terdengar bahawa cawangan-cawangan MIC yang menyokong G.Palanivel akan membuat sesuatu yang buruk jika kepimpinan atasan BN tidak memilih Palanivel menjadi calon BN. Kata puak-puak MIC ini bahawasanya Palanivel ni sudah dipilih oleh jawatankuasa pusat MIC dan mereka menyokong Palanivel untuk menjadi calon BN nanti. Mentang-mentangla dia ni pujaan Samy Vellu.
Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka Palanivel dicalonkan ditolak oleh kepimpinan BN. MIC mempunyai 72 cawangan di Hulu Selangor dan 30 cawangan menyokong Palanivel menjadi calon dan akan bertindak jika kepimpinan atasan parti tidak mencalonkan Palanivel.
Berita ini dilaporkan oleh semua portal dan blog pembangkang. Apa motif MIC membuat begini? adakah ini satu ugutan pada DS Najib supaya mengikut kata mereka? Tidakkah mereka tahu bahawa tingkah laku ini boleh mencemarkan semangat harmoni dalam BN? Mereka MIC mahu dicalonkan di Hulu Selangor, Ds Najib dah ikut, kali ini mereka bertindak melampau dengan mahu mengugut DS Najib supaya mengikut juga kata mereka?
Mc tahu tidak semua ahli MIC bersetuju dengan keputusan MIC ini. Ketua penerangannya berani bercakap kerana Mr.Samy yang suruh dia cakap, kalau dia nak cakap sendiri, Mc ingat dia pun tak berani nak kata macam tu. Apakah MIC sudah lupa atas janji mereka kepada Ds Najib supaya setia pada kepimpinan parti? Pandai betul Samy Vellu apabila mencuci tangan dan suruh Ketua Penerangannya membuat kecoh di Hulu Selangor.
Mc masih ingat lagi kata-kata Palanivel semasa Ds Najib menyertai perasmian parti Makhkal Sakti tahun lepas. Merah mata dan mengigil lutut juga la pemimpin-pemimpin MIC masa tu. Takut kena tukar tempat parti India pertama dalam BN. Palanivel buka terus sejarah Malaysia, Palanivel kata "Tunku Abdul Rahman sudah buat perjanjian dengan MIC, jikalau MIC sudah takdak ahli dan tinggal seorang ahli saja pun dia tetap akan berunding dengan MIC" punyala mengelabah MIC masa tu.
Dah sekarang MIC mahu menunjuk belang, lupakah MIC bahawa cawangan UMNO di Hulu Selangor melebihi cawangan MIC sebanyak 3 kali ganda? Tetapi demi keharmonian dan semangat 1Malaysia, Ds Najib tetap mahu calon dari MIC. Mc percaya Ds Najib sudah bersedia dengan tekanan seperti ini. Kita tunggu jawapannya esok pukul 4 petang!
MctHeory:
Patutla Tun Dr M suruh Samy bersara cepat-cepat, makin lama makin buruk perangainya.
Khamis, 8 April 2010
MIC JADI CALON BN! MAMPUKAH BN MENANG DI HULU SELANGOR?

Ds Najib sebagai pengurusi Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan bahawa calon untuk P094 Hulu Selangor terus dipegang oleh MIC. Keputusan ini jelas menunjukkan Ds Najib mahu mengekalkan semangat setiakawan dalam BN.
Walaupun sebelum ini banyak pihak termasuk akar umbi meminta Ds Najib memberikan calon dari UMNO. Akan tetapi mungkin Ds Najib mahu bertindak adil dengan kekalkan kerusi MIC kepada MIC. Jadi apakah MIC mampu menang di Hulu Selangor?
Mengikut teori Mc. Kemampuan tersendiri MIC untuk menang di Hulu Selangor adalah rendah. Tetapi jika semangat 'kawan' dalam BN sangat kuat, ia akan memberi kemenangan yang bermakna kepada BN. Maksud Mc ialah. .jika MIC dapat memenangi Hulu Selangor. Ini bermakna sokongan kaum bukan melayu sudah pun pulih dan kembali kepada BN.
Tidak dinafikan majoriti Melayu di Hulu Selangor adalah besar berbanding kaum-kaum lain. Tetapi BN boleh mengunakan Hulu Selangor sebagai tempat mengukur sokongan bukan melayu kepada BN. Adakah sudah pulih atau belum.
Jika dilihat akhir-akhir ini, sebelum Ds Najib mengumumkan calon di Hulu Selangor. MCA menerusi Presidennya yang baru Dr Chua, membuat kenyataan bahawa kaum cina di Hulu Selangor concong kepada BN. Akar umbi kaum cina lebih menyokong BN daripada Pakatan Haram.
Malah MIC juga sudah membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa kaum india di sana mahukan MIC semula untuk membela nasib mereka. Maksudnya kaum india di Hulu Selangor mahukan BN bagi mentadbir kembali Hulu Selangor setelah dua tahun berada ditangan PKR dan selama dua tahun langsung tiada kemajuan yang dibuat oleh penyandang sebelum ini.
Jika kita menimbang akan dua-dua kenyataan MCA dan MIC. Ini bermakna, Hulu Selangor pasti akan dimenangi oleh BN kerana majoriti kaum melayu memang mahukan BN kembali disana. Tapi apakah kaum melayu di Hulu Selangor masih mahu mengundi BN walaupun calonnya MIC? Itu masih lagi menjadi tanda tanya besar bagi Mc.
Apa yang pasti akar umbi di Hulu Selangor tidak menolak MIC. Cuma mereka tidak suka akan Palanivel kerana kata mereka si Palanivel ni kalah dulu sebab tidak menunaikan janji. Apa yang dijanjikan olehnya pada kempen pilihanraya dan sebelum itu pun tidak semua ditunaikan. Umpamanya macam ni la. .janji 10 biji bola, yang sampai hanya dua, lapan lagi tah la bila.
Maknanya, rakyat Hulu Selangor menolak Palanivel dan bukannya menolak MIC atau menolak BN. Oleh sebab demikian Ds Najib telah bertindak bijak dengan mengekalkan kerusi itu kepada MIC dan tidak meletakan semula Palanivel sebagai calon.
Mc sebagai blogger menyokong UMNO sekaligus menyokong BN, menyokong apa jua calon yang dikemukakan oleh Ds Najib. Pastinya Ds Najib akan mempertimbangkan calon terbabit dalam segala segi sebelum memilihnya. Mc juga berharap rakan-rakan yang lain menerima keputusan ini.
Kita tumpukan perhatian untuk menawan semula parlimen Hulu Selangor. Kasi Pakatan Haram dan Anwar angkat bungkus kat sana. Beri amaran awal pada Anwar supaya dia tersedu dan menikus untuk membuat onar di Malaysia lagi.
MctHeory:
Confirm BN menang di Hulu Selangor!
Isnin, 5 April 2010
BLOGGER PR SOKONG CALON BN MIC!
Mc ada terjumpa dan membaca dua tiga blog pro-Pakatan Haram yang menyuarakan pendapat mereka menyokong BN meletakan calon MIC di Hulu Selangor nanti. Mereka menyokong MIC datas alasan kononnya menyokong hak kaum India keatas kawasan tersebut.
Mc rasa tak payahla Mc beri link ke blog berkenaan. Tak berfaedah pun. .Hujah yang dikemukakan memanglah boleh diterima akal, tapi bila Mc meneliti kembali list blognya dan isi blognya baru Mc tersedar bahawa blog terbabit milik pro-pakatan.
Apa kejadahnya Pro Pakatan menyokong calon MIC? Pasti ada niat busuk disebaliknya. Mana ada musuh menyokong parti lawan dengan niat yang baik. Mc masih ingat kejadian pelik semasa pemerintahan Pak Lah dulu. Masa Pak Lah mahu meletakkan jawatan, ramai pemimpin pembangkang yang tidak mahu Pak Lah letakkan jawatan. Kata mereka Pak Lah baik dan layak jadi PM.
Kenapa mereka kata begitu?
Mereka sedar, apabila Pak Lah masih menjadi PM hingga ke PRU ke 13. Peluang mereka untuk menang PRU berkenaan amat besar sekali. Penolakkan rakyat keatas kerajaan BN disebabkan kesilapan Pak Lah memerintah menyebabkan pembangkang mahu Pak Lah terus memerintah. Begitu juga dengan keadaan yang terjadi sekarang.
Pastinya pakatan mahu calon MIC bertanding di Hulu Selangor. Bila MIC bertanding, peluang mereka untuk menang akan kembali terbuka. Rakyat di Hulu Selangor mahukan UMNO. Jika MIC yang bertanding, peratus kemenangan BN di Hulu Selangor pastinya tipis.
Mana ada musuh suka pada lawan yang kuat. Lagi lemah kita pada mereka. Mereka lagi suka. .Mc harap, kepimpinan BN jangan tertipu dengan suara-suara blog palsu pakatan yang pura-pura menyokong MIC.
MctHeory:
Bukannya kita tak suka MIC. Tapi kita mahukan yang terbaik untuk menang!

Isnin, 29 Mac 2010
MIMPI SI SAMY VELLU!
Mc ada baca kenyataan Samy Vellu yang mahu Timbalan President MIC, si Palanivel calon P93 Hulu Selangor yang lepas dicalonkan semula dalam PRK kali ini. Beliau juga berkata MIC yakin Palanivel akan menang dalam PRK P93 kali ini.
Mc pun tak faham kenapa si Mr Samy sanggup buat kenyataan yang dianggap kurang cerdik bagi pihak lain. Sedang semua pihak tertanya-tanya mengenai calon BN untuk P93 ni, Mr Samy dengan penuh yakin menyuarakan cadangan calon bagi pihak MIC. Hehe. .kelakar la, bagaikan syok sendiri pula.
Sudah ada temubual dan risikan yang dibuat oleh pihak berwajib mengenai calon pilihan dari akar umbi. Ternyata, kebanyakan penduduk di Hulu Selangor mahukan calon berbangsa Melayu, kerana bagi mereka, Melayu majoriti dikawasan berkenaan.
Malah ramai juga penduduk yang sudah serik untuk memilih calon dari Pakatan. Jika dulu mereka mengundi Pakatan sebab calonnya melayu, tapi kini jika letak apa saja calon pun, mereka akan tetap akan pangkah BN. Sebabnya mereka sudah serik dan muak dengan janji-janji kosong Pakatan Haram.
Cuma, rasanya lebih bagus kalau letak saja calon melayu iaitu dari parti UMNO untuk kita memastikan bahawa kemenangan P93 nanti 100 peratus milik BN. Jangan cuba ambil risiko, sebab ini percaturan yang sangat penting. Andai kata tersilap langkah, Pakatan akan bersorak mengatakan mereka masih kuat dan kukuh walaupun berdepan dengan pelbagai kontroversi.
Kepada Mr Samy dan MIC, jangan ikut hati dan nafsu, timbang-timbangkanlah untuk kepentingan semua pihak. Jika berhajat kukuhkan BN, tolong Ds Najib berkempen disana walau siapa saja menjadi menjadi calon BN. Jika MIC terus berdegil, Mc percaya. .Pakatan Haram akan gunakan isu ini sebagai modal menghentam BN dalam P93 nanti.
MctHeory:
Pat pat siku lipat, sapa hebat dia dapat!

Langgan:
Catatan (Atom)