Isnin, 29 Mac 2010

MIMPI SI SAMY VELLU!

Mc ada baca kenyataan Samy Vellu yang mahu Timbalan President MIC, si Palanivel calon P93 Hulu Selangor yang lepas dicalonkan semula dalam PRK kali ini. Beliau juga berkata MIC yakin Palanivel akan menang dalam PRK P93 kali ini.

Mc pun tak faham kenapa si Mr Samy sanggup buat kenyataan yang dianggap kurang cerdik bagi pihak lain. Sedang semua pihak tertanya-tanya mengenai calon BN untuk P93 ni, Mr Samy dengan penuh yakin menyuarakan cadangan calon bagi pihak MIC. Hehe. .kelakar la, bagaikan syok sendiri pula.

Sudah ada temubual dan risikan yang dibuat oleh pihak berwajib mengenai calon pilihan dari akar umbi. Ternyata, kebanyakan penduduk di Hulu Selangor mahukan calon berbangsa Melayu, kerana bagi mereka, Melayu majoriti dikawasan berkenaan.

Malah ramai juga penduduk yang sudah serik untuk memilih calon dari Pakatan. Jika dulu mereka mengundi Pakatan sebab calonnya melayu, tapi kini jika letak apa saja calon pun, mereka akan tetap akan pangkah BN. Sebabnya mereka sudah serik dan muak dengan janji-janji kosong Pakatan Haram.

Cuma, rasanya lebih bagus kalau letak saja calon melayu iaitu dari parti UMNO untuk kita memastikan bahawa kemenangan P93 nanti 100 peratus milik BN. Jangan cuba ambil risiko, sebab ini percaturan yang sangat penting. Andai kata tersilap langkah, Pakatan akan bersorak mengatakan mereka masih kuat dan kukuh walaupun berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Kepada Mr Samy dan MIC, jangan ikut hati dan nafsu, timbang-timbangkanlah untuk kepentingan semua pihak. Jika berhajat kukuhkan BN, tolong Ds Najib berkempen disana walau siapa saja menjadi menjadi calon BN. Jika MIC terus berdegil, Mc percaya. .Pakatan Haram akan gunakan isu ini sebagai modal menghentam BN dalam P93 nanti.

MctHeory:
Pat pat siku lipat, sapa hebat dia dapat!

Tiada ulasan: