Rabu, 31 Mac 2010
JALANG DAN POLITIK!
Perkataan Jalang adalah satu perkataan yang mengambarkan satu perkara atau pekerjaan yang tidak baik. Jalang bermaksub menjual diri dan melakukan perniagaan lendir yang lebih hina dari pelacuran. Jika seorang perempuan digelar jalang, itu bermakna perempuan terbabit maruahnya bagaikan tiada lagi.
Bagaimana pula dengan jalang politik? adakah sama seperti pekerjaan jalang tadi? Akidahnya sama, tapi caranya berlainan. Satu parti politik melayu yang dahulunya konon ditubuh untuk memperjuangkan agama. Ditubuh bagi menegur kerajaan dalam isu agama, ditubuh untuk menegakkan syiar agama, kini telah menyimpang jauh.
Apabila tujuan atau dasar hidup kita digadaikan oleh sebab tertentu. Kemudian perlaksanaan tujuan tersebut menyimpang dari apa yang diperjuangkan dan dipertahankan selama ini, hingga lari dari tujuan tertubuhnya parti politik tersebut. Untuk apa lagi wujudnya parti itu sekiranya dia dilihat tidak berfungsi dan seringkali mengadai diri bagi kepentingan tertentu.
Mc merujuk semua ini kepada Pas. Walaupun pemimpin pertengahannya terdiri daripada imam-imam masjid dan AjK kampung. Tetapi pemimpin atasan Pas sudah tidak mementingkan perjuangan syiar Islam. Tidak salah Pas bersama Dap dan Pkr. Yang jadi salahnya apabila Pas tidak dapat membentuk Dap dan Pkr, malah Pas pula yang mengikut rentak mereka.
Mc lihat semakin hari makin teruk Pas dipergunakan. Perlu Mc bagi contoh kepada pembaca ke? Lihat di Selangor, apa yang Pas buat? Maksiat menjadi-jadi. kedai arak, kedai urut dan pub disko wujud bersepah-sepah. Bukan saja di Selangor, Kedah, Kelantan pun dah banyak. Isu Islam yang sensitif, banyak Pas lepas tangan. Jadi apa relevannya kewujudan Pas lagi?
Dengar cerita jentera Pas sudah mulakan perang minda di Hulu Selangor. Pas pula yang kempen lebih-lebih dari PKR dan Dap. Nampak sangatla Pas sentiasa dipergunakan oleh Pkr dan Dap. Dipergunakan hingga hilang maruah diri dan maruah parti.
MctHeory:
Jadi salahkah bila Pas digelar 'Jalang Politik'?!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tak salah kalo kena dgn gayanya.
Mc sila jelaskan isu Apco! apakah malaysia sekarang berkawan rapat dengan Israel pembunuh umat Islam!
Catat Ulasan