Khamis, 8 April 2010

MIC JADI CALON BN! MAMPUKAH BN MENANG DI HULU SELANGOR?



Ds Najib sebagai pengurusi Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan bahawa calon untuk P094 Hulu Selangor terus dipegang oleh MIC. Keputusan ini jelas menunjukkan Ds Najib mahu mengekalkan semangat setiakawan dalam BN.

Walaupun sebelum ini banyak pihak termasuk akar umbi meminta Ds Najib memberikan calon dari UMNO. Akan tetapi mungkin Ds Najib mahu bertindak adil dengan kekalkan kerusi MIC kepada MIC. Jadi apakah MIC mampu menang di Hulu Selangor?

Mengikut teori Mc. Kemampuan tersendiri MIC untuk menang di Hulu Selangor adalah rendah. Tetapi jika semangat 'kawan' dalam BN sangat kuat, ia akan memberi kemenangan yang bermakna kepada BN. Maksud Mc ialah. .jika MIC dapat memenangi Hulu Selangor. Ini bermakna sokongan kaum bukan melayu sudah pun pulih dan kembali kepada BN.

Tidak dinafikan majoriti Melayu di Hulu Selangor adalah besar berbanding kaum-kaum lain. Tetapi BN boleh mengunakan Hulu Selangor sebagai tempat mengukur sokongan bukan melayu kepada BN. Adakah sudah pulih atau belum.

Jika dilihat akhir-akhir ini, sebelum Ds Najib mengumumkan calon di Hulu Selangor. MCA menerusi Presidennya yang baru Dr Chua, membuat kenyataan bahawa kaum cina di Hulu Selangor concong kepada BN. Akar umbi kaum cina lebih menyokong BN daripada Pakatan Haram.

Malah MIC juga sudah membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa kaum india di sana mahukan MIC semula untuk membela nasib mereka. Maksudnya kaum india di Hulu Selangor mahukan BN bagi mentadbir kembali Hulu Selangor setelah dua tahun berada ditangan PKR dan selama dua tahun langsung tiada kemajuan yang dibuat oleh penyandang sebelum ini.

Jika kita menimbang akan dua-dua kenyataan MCA dan MIC. Ini bermakna, Hulu Selangor pasti akan dimenangi oleh BN kerana majoriti kaum melayu memang mahukan BN kembali disana. Tapi apakah kaum melayu di Hulu Selangor masih mahu mengundi BN walaupun calonnya MIC? Itu masih lagi menjadi tanda tanya besar bagi Mc.

Apa yang pasti akar umbi di Hulu Selangor tidak menolak MIC. Cuma mereka tidak suka akan Palanivel kerana kata mereka si Palanivel ni kalah dulu sebab tidak menunaikan janji. Apa yang dijanjikan olehnya pada kempen pilihanraya dan sebelum itu pun tidak semua ditunaikan. Umpamanya macam ni la. .janji 10 biji bola, yang sampai hanya dua, lapan lagi tah la bila.

Maknanya, rakyat Hulu Selangor menolak Palanivel dan bukannya menolak MIC atau menolak BN. Oleh sebab demikian Ds Najib telah bertindak bijak dengan mengekalkan kerusi itu kepada MIC dan tidak meletakan semula Palanivel sebagai calon.

Mc sebagai blogger menyokong UMNO sekaligus menyokong BN, menyokong apa jua calon yang dikemukakan oleh Ds Najib. Pastinya Ds Najib akan mempertimbangkan calon terbabit dalam segala segi sebelum memilihnya. Mc juga berharap rakan-rakan yang lain menerima keputusan ini.

Kita tumpukan perhatian untuk menawan semula parlimen Hulu Selangor. Kasi Pakatan Haram dan Anwar angkat bungkus kat sana. Beri amaran awal pada Anwar supaya dia tersedu dan menikus untuk membuat onar di Malaysia lagi.

MctHeory:
Confirm BN menang di Hulu Selangor!

3 ulasan:

mat nisfu berkata...

Aku berckp sebagai pengundi P 094Walaupun BN gula- gulakan jutaan ringgit utk buat interchange di Sg Buaya dan pelbagai janji - janji pembangunan , confirm BN bungkus lagi. Awat la Najib pi pilih calon MIC

Kpd PKR, tahniah, hampa akan menang lagi. Tak yah kerja kuat pun hampa akan menang. Tahniah, tahniah.tahniah

P/s ; Tahniah jugak pada Najib kerana buat keputusan yg "bijak"

Tanpa Nama berkata...

Bagi sy, inilah masa utk mencari win-win result. Tentu experts dah mambuat analisa yg tererinci kenapa BN kalan P94 sedangkan menang ADUN.

Sebab calon kah ? sebab MIC kah ? sebab Melayu kah ? sebab PKR kah ?

Sy kata sebab calon Melayu maka PKR menang. Ini kerana org Melayu P94 telag berkorban sekian lama dgn MP yg bukan Melayu dan inginkan perubahan.

Dizaman ICT ini, kita perlu berubah jika tidak kita akan ketinggalan.

Adekah berbaloi mengambil ridiko ini ?

McTheory berkata...

Pada komentar.

Mungkin Ds Najib mahu melihat sokongan bukan melayu terhadap BN. Mungkin juga beliau mahu mengekalkan sikap setiakawan dalam BN. Tidak adil beliau memberikan kerusi MIC kepada UMNO. Itu pendapat Mc, selebihnya hanya Allah yang tahu.