Jumaat, 25 Jun 2010

CERITA KERAJAAN SELANGOR SEKARANG!



Selepas kecoh diperkatakan hampir 2 tahun berkenaan kecurian pasir di Selangor, akhirnya MB Lembu mengakui akan kewujudan kecurian tersebut.Tawaran RM5 ribu kepada mereka yang berjaya melumpuhkan kegiatan pasir dikawasan masing2 secara langsung mengukuhkan lagi dakwaan bahawa terlalu banyak kawasan yang pasirnya telah dicuri walaupun KSSB diwujudkan untuk memantau pengeluaran pasir ini.

Kes KSSB yang dibawa ke SELCAT untuk dibicarakan hanyalah sebagai satu helah memesongkan cerita sebenar apa yang berlaku.Media online pro pakatan haprak mengeluarkan cerita kegagalan KSSB menguruskan kewangan dengan memberi bonus kepada pekerja mereka walhal kita sebagai rakyat Selangor mahu mengetahui kenapa hasil pasir ketika pemerintahan pakatan haprak ini tidak setinggi ketika pemerintahan BN.Rakyat Selangor bukan mahu mengetahui jumlah bonus tetapi kita mahu mengetahui apakah punca sebenar kegagalan KSSB memantau kegiatan curi pasir ini.Adakah terdapat dalang dikalangan pegawai tertinggi kerajaan Selangor terlibat secara langsung dalam melindungi pencuri-pencuri pasir tersebut.

Pada awal perbicaraan SELCAT, Yaakob Sapari memberi alasan tiada penguatkuasaan terhadapa kegiatan curi pasir ini sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian berjuta2 ringgit.Mereka ini telah mengenal pasti masalah tetapi gagal mengambil tindakan yang sewajarnya.Inilah yang harus diberitahu kepada rakyat Selangor kenapa tiada tindakan diambil sehinggakan kerajaan Selangor sekarang sudah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Hasil daripada kegagalan KSSB untuk menjana pendapatan hasil pasir menyebabkan kerajaan negeri kekurangan sumber kewangan dan akibatnya sekarang ditanggung oleh rakyat Selangor.Hasil risikan KGC, beberapa tanah PBT akan digadaikan kepada bank saudagar dalam mendapatkan sumber kewangan baru untuk tujuan pentadbiran dan perjalanan parti.Ada sesetengah PBT telah mengeluarkan arahan supaya kerja lebih masa untuk pekerja2 dikawal hanya sekitar 60 jam sebulan.Penggunaan kertas A4 untuk kerja-kerja pejabat juga dikawal dalam memastikan jabatan berjimat cermat.Tindakan berjimat cermat adalah perkara yang bagus tetapi ada sesetengah perkara yg dibuat adalah diluar jangkaan dan tidak pernah belaku ketika zaman pemerintahan BN di Selangor.

Sumber KGC juga mengesahkan bahawa kedai-kedai PLB kepunyaan PBT telah dinaikkan sewa daripada RM250 sebulan kepada RM470 sebulan.Kenaikan RM220 sebulan hampir menyamai 200% daripada harga sewa terdahulu.Keadaan kedai masih sama seperti dulu tanpa ada sebarang penubahsuaian dilakukan.Kenaikan ini secara jelas menampakkan tindakan terdesak PBT dalam menjana kewangan.Kenapa perkara ini berlaku? Ianya adalah kerana tiada peruntukan daripada kerajaan negeri sehinggakan PBT terpaksa menggunakan beberapa kaedah dalam memastikan mereka terus beroperasi walaupun terpaksa menyusahkan penduduk setempat.

Beberapa kemudahan rakyat yang sebelum ini diselia oleh PBT seperti Pusat Sukan dan Stadium akan diswastakan dalam memastikan tanggungan kewangan PBT berkurangan.Konsep penswastaan adalah idea yang boleh diterima pakai tetapi sekiranya tempat-tempat riadah rakyat Selangor diswastakan, ini akan memberi beban kepada penduduk setempat dalam menggunakan kemudahan tersebut kerana sudah pasti sewa akan naik dan tahap penyelenggaran akan menjadi lebih teruk.

Hasil daripada kegagalan kerajaan negeri dalam menjana sumber kewangan yang kukuh telah menambahkan lagi beban kos kehidupan kita sebagai rakyat Selangor.Sekiranya semua kos hidup meningkat, apa akan terjadi andai kerajaan persekutuan menaikkan lagi kos bahan2 penting seperti minyak,gula dan sebagainya??? Jawapannya mereka akan menggunakan isu tersebut sebagai faktor kesusahan rakyat walaupun ianya berpunca daripada mereka-mereka yang tamak dalam mengaut keuntungan hasil bumi Selangor..

DENGAR-DENGAR CUKAI PINTU AKAN NAIK 8% WALAUPUN MANIFESTO MEREKA MENJANJIKAN PENURUNAN 20%..SAMA-SAMA KITA TUNGGU..SUMBER KGC SEDANG MENGUSAHAKAN SESUATU...

Sumber Kita Gempur

MctHeory:
Lebih banyak masalah dari menyelesaikannya!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Inilah kepimpinan Kerajaan Kebajikan hamPAS, Pakatan Kibas Rompak dan DAPig..........

Tanpa Nama berkata...

Daulat Tuanku patik mohon Tuanku mencemar Duli melihat Negeri Tuanku dibawah seliaan Memanda Menteri sementara ada kawasan yang belum berlubang lagi.Ampun Tuanku.