Mc nak cerita mengenai kejadian menarik yang harus diketahui oleh semua pembaca tentang tingkah laku buruk ahli Pas. Bukan semua ahlinya, tetapi mungkin hampir semua, kerana perjuangan mereka berasaskan tentang satu matlamad dan ajaran pemimpin juga menunjukkan kiblat demikian.
Pas seperti kita semua sudah maklum mengunakan Islam kononnya sebagai asas kepada parti. Akan tetapi yang betulnya ahli dan penyokong mereka hanya taksub dan berpandukan kepada pemimpin yang tertentu. Maksudnya fanatik keatas pemimpin.
Apabila fanatik terhadap pemimpin dan sekaligus kepada parti, mereka akan menjadi tidak keharuan dalam membuat pertimbangan, yang mana baik dan yang mana buruk. Begitu juga terjadinya dalam soal agama dimana, baik dan buruk sesuatu benda juga ditentukan oleh pemimpin mereka.
Jika syurga boleh dijual beli, apa la sangat nak dibandingkan dengan soal salah laku dan fitnah? Umpama, rasuah dikatakan sedekah, rembat (mencuri) dikata halal. Bila haram sudah jadi halal, maka semua akan jadi lintang pukang. Apa patut komunis dianggap sahabat? Fikirla sendiri!.
Itu cuma contoh keterangan perangai orang Pas dan pemimpin mereka. Cerita sebenar, bermula begini, jika sebelum ini umat Islam seluruh dunia digemparkan dengan kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza dan menghalang segala bentuk bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Gaza. Berita ini merupakan satu ancaman dan penghinaan terhadap saudara sesama Islam kita di sana.
Apa yang menyedihkan, ada juga puak Islam Pas ni yang langsung tak heran pasal berita ni. Apa yang lebih penting bagi mereka adalah bola sepak piala dunia. Mc baru-baru ini bertekak disatu kedai makan bersebelahan dengan markas Pas. Waktu berita mengenai kapal Racheal corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ditahan, ada hamba Allah yang sebok nak tengok bola.
Nampaknya Bola lebih penting dari berita nasib sukarelawan yang ditahan. Mereka langsung tidak prihatin mengenai nasib saudara sesama Islam mereka. Puak-puak inikah yang megah kononnya pejuang Islam?. Inikah yang diajar oleh pemimpin Pas kepada ahli dan penyokong mereka? .Apakah demo yang dilakukan oleh puak-puak Pas tempohari hanyalah gimik untuk cari makan? sedangkan hati mereka tidak ikhlas? Hanya Allah saja yang tahu!
MctHeory:
Pas banyak berlakon dari betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan